Tuesday, September 18, 2018

Betul ke tak



Hi guys Assalamualaikum..!



Dah setahun weh tak update blog. Terlupa pulak yang i ni ada blog. Hahaha..!
Kali ni belum ada 'cerita' yang nak di type kan. Cuma nak share  kata-kata ni.



"Jadilah kawan yang berkata benar & bukannya yang membenarkan kata-kata kawan"



Sebabnya, kadang-kadang dalam berkawan di tempat kerja, kawan tu mengadu sesuatu kepada kita. (Contoh: dia kena marah dengan boss/ tak dapat mohon cuti/ masalah family@kawan dll).
Tapi kadang-kadang kita tak mampu nak membetulkan pemikiran dia yang sebenarnya tu salah. Sebab? Nak jaga hati kawan tu.  
Kann kann kann??






Di sebalik Mylinda Kitchen

Assalamualaikum



Brownies kedut legend
   
Ramai orang yang tanya "Tak penat ke?" "Bila Mai buat?" "Sempat ke..? "Rajinnya..."


Tart nenas feberet costumer

Sebenarnya dan sejujurnya  memang penat. Bayangkan i kerja, then buat dan jual kuih. Tapi mungkin sebab terlalu minat, so i laluinya dengan happy.  Start bisnes kuih ni bermula tahun 2011. Masa tu i tengah cuti semester and kebetulan time tu hampir nak bulan Ramadhan. Tiba-tiba terdetik idea dengan kakak i untuk bisnes jual kuih raya. Tart Nenas kakak i tu rasanya memang sedap dan boleh pergi jauh. Ecewah.. Resepi chocolate chips, semperit semua memang ada dari resepi turun temurun my family. So memang terus "ONZ" bisnes kuih raya sehingga kini. Alhamdulillah..








Mini Nutella cheesetart kegilaan ramai
mix fruitstart

Then start from last year, kakak and i mula memanjangkan langkah untuk mengembangkan lagi part time bisnes kiteorang ni. Sebelum ni kiteorang muncul time nak raya sahaja untuk open order kuih raya. But now semua customer boleh order anytime untuk kuih-muih, brownies, cheesetart dan lain-lain. Kadang-kadang kiteorang pun terima order untuk goodies orang bertunang/ kahwin/ majlis-majlis lain. Rasa puas bila dapat menghasilkan kuih/kek/ tart yang cantik dan comel dan customer pun puas hati.




 



Kakak and i memang pergi kelas belajar kuih talam, brownies, cheestart dan kek dah lama dah. Tapi before ni macam kalau rajin baru kami buat. Now kiteorang bergabung tenaga di bawah 1 nama iaitu  "Mylinda_Kitchen". Kakak i more to buat kuih tradisional misalnya kuih-kuih talam, donut, karipap, apam dan kuih frozen (cucur badak, karipap, donut). Sometime i akan turun padang untuk tolong my sis buat kuih tradisional tu. Dan i more to buat brownies, cheesetart, fruitstart or kek  dan lain-lain.







"Mylinda_Kitchen?" 
Bagi yang belum tahu, "Mylinda_Kitchen" tu gabungan daripada nama kiteorang. "My - nama i,Mai & Linda - nama my sis" . Owh eceli i ada sorang lagi kakak. Tapi disebabkan rumah dia jauh siket dan ada komitmen lain, dia kadang-kadang sahaja akan involve dengan kiteorang. But suatu hari nanti i berangan nak bergabung antara kami 3 orang siblings untuk mengembangkan lagi part time bisnes ni.  InsyaAllah amin...




Owhh berbalik dengan soalan "penat ke tak?" Yes memang penat. Biasanya kalau ada terima order, lepas sampai je rumah dari tempat kerja, i terus ke dapur buat brownies or cheesetart. Then masukkan dalam oven, baru lah i ambil anak dari taska. Kalau malam pulak, lepas dinner dan kemas apa yang patut, i akan start buat tempahan order tu. Tapi kadang-kadang Nia akan kacau i jugak kat dapur. Hahaha.. Sehingga lah siap, baru i akan masuk tidur. I pulak sejenis yang  pembersih dan pengemas. I akan kemas dulu dapur, cuci segala perkakas yang dah digunakan, mengelap, men'deco' brownies/cheesetart, ambil gambar comel-comel then baru tidur.  Zzzzzz. 




creampuff
puding caramel


Walaupun i buat part time bisnes, tapi i make sure kerja hakiki i sebagai seorang cikgu tetap berjalan.  Even sibuk membaking, i tetap sediakan makanan dinner, kalau tak sempat sangat i akan goreng telur dengan kicap  untuk dinner. hahaha. Sama juga dengan my sis. Walaupun dia housewife dan dalam masa yang sama part time bisnes buat kuih, dia juga menjalankan tugas sebagai mama. Tetap memasak, tetap hantar dan ambil anak-anak dari sekolah, tetap pergi kelas mengaji, tadarus al-quran dll. 


Nutella cheesetart


Mahal or murah?
I rasa semua harga kuih kami adalah harga yang berpatutan mengikut standard "HOMEMADE". Kadang i yang takut nak letak harga sebab i sedar siapa lah i ni.. Sebab tak popular pun. (Ngeng..!) Hahaha. Tapi sekarang semua barang dah naik harga. Even butter, gula, chocolate baking semua naik harga. Stressss nye.. Ada terfikir nak STOP baking kadang-kadang. Tapi macam sayang.. macam tu lah selalunya.  


karipap kesukaan customer


Nama pun part time, so faham-faham je lah, memang "kadang-kadang" lah ye. Kalau memang i free, memang i terima order. Kalau banyak kerja sekolah, i terpaksa tolak. Tak nak rasa terbeban or menyusahkan, so i buat bisnes ni happy-happy je. Allah tahu niat hamba-Nya, dan selagi i larat dan sihat insyAllah i akan teruskan part time bisnes ni. Sebab dah terbiasa buat kerja, kalau weekend takde buat apa i akan boring gila and sakit kepala. Kadang i saja buat revision baking cake kat dapur suka-suka. (Gila kan..!) Hasil bisnes part time ni sikit sebanyak membantu my pocket money. Tak kan nak bergantung dengan duit makan gaji je kan. Jom korang.. DO SOMETHING..! 


p/s: 
*Yang area Nilai Impian, Bdr Seri Putera, Bukit Mahkota, USJ, Subang Jaya boleh order melalui whatsapp 013-2075363 (COD)

* Follow ig @mylinda_kitchen 


Love,
Mai




Tuesday, August 29, 2017

Nia and Playschool

Assalamualaikum


School t-shirt


Entry kali ni nak share lagi pengalaman Nia di playschool. Alhamdulillah ketentuan Allah now i duduk kat Nilai Impian. Walaupun jauh siket dari tempat kerja, tapi i percaya rezeki semua telah ditentukan oleh-Nya. Btw lama-lama i suka duduk kat Nilai Impian ni. Aman tenteram je. Yang penting tak jem dan tak stress. (Berbanding duduk kat Cheras dulu, MasyaAllah jem dia..).


Eh i nak story tentang playschool Nia la. Now da 2 tahun dia kat Zaza Cerdik. Untuk mommies area Nilai Impian yang tengah mencari taska/playschool tu, Zaza Cerdik is the best..! Perasaan risau tu takde langsung. InsyaAllah.. i percaya kat principal dia, percaya kat teachers dia.. harap-harap kepercayaan ini terbalas kepada semua mommies yang hantar anak dia di situ. Paling puas hati bila start from last 2 year, anak-anak ditempatkan di Zaza Cerdik berbeza mengikut peringkat umur. Kalau nak tahu lebih lanjut korang kene tanya sendiri kat principal Zaza Cerdik.



Belajar tampal-tampal.


Belajar kenal warna



Belajar kenal abdomen

Sepanjang tahun macam-macam aktiviti yang Zaza Cerdik ada. Yang i nampak modul pembelajaran berbeza setiap bulan yang sesuai dengan peringkat umur. Contoh Januari - belajar numbers, februari - alphabet.. Kadang-kadang ada juga aktiviti luar kelas contohnya cara menggosok gigi, penjagaan mushroom dan lain-lain. Kalau umur 4-6 tahun  dapat pergi lawatan luar. Tak sabar nak tengok anak i keluar dengan kawan-kawan and teachers with out papa and me. Haha.Nia sebelum ni takut dengan stranger. Tapi sekarang okey la.. dah berani and behave. Cuma dengan orang luar dia malu-malu (like papa and mommy) tapi kalau kat rumah, menari dan menyanyi kemain..
 


Pendedahan tentang mushroom



Dengan kawan-kawan


Biasanya setahun sekali or dua kali akan ada open day. Time ni parents akan berjumpa teachers tanya perkembangan anak-anak. Siap ada file kemajuan.. mommy sangat kagum. Kawan-kawan i pun kagum. No, open day ni bukan tujuan nak blame anak. Tapi hanya nak inform parents yang anak dah pandai suap makan sendiri, buka baju sendiri, komunikasi dengan kawan, dll yang parents sendiri tak sedar anak dia dah pandai apa. 



Yang ni time kat Zaza Cerdik Playgym



Open day




Pertengahan tahun pula Zaza Cerdik buat Sport Day. Seronok tengok anak-anak bersukan. Sukan simple-simple je. Nia? Nia ni sejenis budak yang tak suka tempat crowded. So Nia agak stress dah berpeluh-peluh kalau sport day. Hihihi. Tapi dia akan join la acara yang teacher dah daftarkan. Even bersukan sambil menangis.. hahahaha.. Tapi suasana sport day memang meriah..! Tahniah teachers..



Muka penat. Tapi anti sukan barangkali

Kadang ada majlis sambutan macam-macam kat school. Contoh majlis sambutan Hari Guru..Hari Raya dan lain-lain. Comel je tengok dieorang.



Raya tahun 2016



Raya tahun 2017. Beraya dengan kawan-kawan.

  Kalau nak sambut birthday kat school pun boleh. Tapi everything parents akan sediakan contohnya cake and simle food. Teachers akan setting meja, kerusi, pinggan cawan. Seronok jugak la sambut kat school. Pengalaman..!



Sambut birthday dengan kawan-kawan



Nanti akhir tahun biasanya zaza cerdik akan buat konsert / hari terima sijil kat anak-anak. Rasanya pilihan i pilih Zaza Cerdik ni adalah pilihan yang tepat. Kalau hati parent senang hati dan lega, insyaAllah anak selamat kat school. Setakat ni takde masalah kat school, kalau Nia tiba-tiba demam time kat school teacher akan inform i, dan i minta teachers tolong monitor dulu sebab tempat kerja i jauh. I akan ambil Nia awal dari biasa untuk jaga Nia.I pun sedia maklum kalau suhu lebih 37.5, tak boleh hantar anak ke school. So that parent kene selalu check suhu anak kat rumah dari semasa ke semasa.



Kalau time i cuti sekolah, biasanya i akan hantar juga kat school selagi Nia sihat. Bukan sebab i dah bayar untuk sebulan semata, tapi i nak Nia bergaul dengan kawan-kawan. Anak i ni sejenis yang "cepat lupa daratan". Hahaha.  Kalau dia dah best duduk rumah, nanti dia akan nangis bila i nak hantar dia ke school time i betul-betul nak pergi kerja. So i rasa, lebih baik i hantar je, at least dia belajar dan tak mengada sangat kat rumah.

 
Teachers yang sangat friendly sudi datang beraya kat rumah.




Alhamdulillah i perasan umur 2 tahun setengah ni Nia dah banyak bercakap. Kepoh jugak kadang-kadang. Before ni tak jelas sangat ayat dia. Now dah jelas dah. Contoh, "mommy..Nia nak ni" "mommy, tengok ni.." (sambil menunjukkan sesuatu di TV misalnya) "mommy jom sleep" "papa jom take a bath" "wah..cantiknya." "what is this/ that?"
Kalau ABC, 123 till 20, Alip Bata Ta, kenal warna tu, MasyaAllah cepatnya pandai. Thank you teachers banyak membantu dan mengajar Nia dan anak-anak kat school. Kadang mommy baru ajar siket kat rumah, Nia akan cepat dapat. Maksudnya Nia memang sudah ada pendedahan kat school.  



Dah banyak pula i membebel. Hahaha. Harap semuanya okey-okey dan selamat. Pasti di tempat korang pun ada tempat yang selamat dan best untuk anak-anak sementara korang pergi kerja kan. Siapa tak nak anak happy dan selamat kan.. Okey sambung entry lain pula ye. 


Thank You,
Mai

Wednesday, March 29, 2017

Jaga Anak Chicken Pox



Hi assalamualaikum.


** Entry ni saja mommy type untuk kenangan dan penceritaan pengalaman jaga Nia pernah chicken pox.


3 Mac 2017 (Jumaat)

Balik amek Nia kat school. Dari pintu school nampak bintat merah kat leher Nia. Tapi tak tanya teacher pun. Dalam hati maybe kene gigit semut/nyamuk.


4 Mac 2017 (Sabtu)

Tengahari ni memang saje nak balik kampung Kluang (umah mak) sebab macam dah sebulan tak balik kampung. So memang niat balik nak jenguk mak abah even tidur hanya 1 malam.  Siang tu Nia macam biasa aktif je dalam kereta dan kat rumah nenek dia pun aktif je. Tapi since pagi, kadang-kadang rasa badan dia ada dedar-dedar. Tapi maybe sebab cuaca panas kot.


Tapi start lewat petang, apesal badan dia makin macam panas. Naseb baik kalau travel pun mommy memang bawak termometer. Lepas je maghrib sah demam sebab suhu 37.6


Bila makin malam, suhu semakin tinggi 38.9. Haishhh kenape pulak ni ek. Selalu kalau Nia demam pun takde lah suhu tinggi sangat. Then teringat bintat kat leher dia. Aku check jap. Okey fine serius! Hati terdetik "chicken pox" ke?? Sebab bintat tu menggelembung. Terus panic la mommy. Panic sebab risau & takde pengalaman jaga anak chicken pox dan alamak mommy kene amek cuti panjang la camni. (Kerja banyak pulak tu kat sekolah. Adusss dugaan.)


Malam tu tidur mommy terus jadi tak lena. Kejap-kejap check suhu Nia. Tapi memang still 38 je. Mommy pun bangun setiap 2 jam sebab nak tuam dahi and badan Nia. Mujur Nia tak meragam just tengah malam tu ada gigil-gigil siket.


5 Mac 2017 (Ahad)

Bangun awal kejut Nia terus mandikan dia. Bagi breakfast, Nia pun tak nak makan sangat. Siket je Nia makan. Kul 8.30 terus ke KPJ Kluang sebab nak minta doctor declare chicken pox or not. Fuhhh kiteorang patient first untuk doctor paed. Memang nak awal pun sebab tak nak sesak ramai orang dan tak nak Nia merengek tunggu lama-lama.


Masuk bilik doctor, doc tengok je dia dah confirm yang tu chicken pox. Pagi tu chicken pox dah start merebak kat bahagian bawah mata dan kat private part Nia. Kesian dia.


Doctor bagi ubat antiviral dan ubat batuk/selesama and cream sapu. Antiviral tu kene habiskan selama 5 hari. Antiviral tu  untuk mengelakkan blister keluar dengan banyak and lambat baik. Ubat batuk/selesema tu doctor bagi sebab Nia memang tengah batuk & selesema. Ubat demam pun doctor bagi, just bagi in case demam tinggi sangat. Bayaran kena around RM200 plus. Bertabahlah papa. Mujur boleh claim kat company. Hihi. 


Tengah hari tu dengan rasa rendah diri try call pengetua nak apply Cuti Khas kuarantin anak sakit. Call-call tak angkat. Aduiiiii semakin tak tenang hati ni. Hasben pulak baru bagitahu esok 3 hari dia nak outstation Bintulu. Hurmmm semakin risau mommy. At last mommy whatsApp je pengetua terangkan cerita sebenar. Tak sampai 5 minit dia pun balas okey boleh cuti 5 hari. Masa tu hanya Allah je yang tahu betapa leganya hati ni. Lega lah sebab boleh cuti jaga anak dengan tenang.


Malam.

Hasben dah balik KL. Mommy and Nia stay kat kampung sementara kebetulan hasben nak outstation. At least mommy tak panic duduk rumah sorang-sorang jaga Nia. Ada nenek and atok at least tak meroyan and boring kiteorang. Hihi. Lucky sangat balik kampung semalam. Percaturan Allah. Alhamdulillah.


Malam ni Nia start merengek time tidur sebab gatal miang kot badan dia. Tapi bila bagi susu naseb baik terus tertidur semula. Tapi masih terjaga-jaga tidur sebab miang gatal. Mommy pun memang tak tidur lena.


6 Mac 2017 (Isnin)

Macam biasa mandikan, sapu cream, bagi makan, bagi makan ubat. Naseb baik ada semula selera makan and Nia ni sejenis yang suka makan ubat. So senang mommy. Mommy bagi jugak air kelapa muda. Kata orang supaya cepat blister tu keluar kat badan. Mujur Nia nak minum air kelapa tu. Owhh air kelapa yang tak habis minum tu, boleh jugak curah kat badan anak selepas mandi. Petua orang tua. 


Macam biasa, makanan Nia tak boleh yang gatal-gatal. Nenek masakkan sayur bening and ikan goreng yang jenis tak gatal. Dan orang cakap jangan bagi kicap dan jangan kene hujan. Nanti berbekas. Banyakkan bagi anak minum air masak jugak.


 lepas mandi sapukan calamine losyen


Blister makin banyak keluar kat bahagian leher, muka dan badan bahagian atas.


Selasa-rabu

Blister makin bayak yang menggelembung dan mula sampai kat bahagian belakang badan dan kaki. Seperti yang dijangkakan, kalau makan antiviral, blister tak keluar terlalu banyak dan teruk. Just siket-siket je. Tapi makin hari makin berkerumping.


budak ni sejenis tak suka 'berlenggeng' @ tak pakai baju. so, mommy pakaikan jela baju kat dia. Ni tidur tengahari. 

Khamis

Papa balik Kluang. Petang tu kiteorang terus balik rumah sebab esok papa kerja. Masa ni semua blister dah berkerumping.


Jumaat-Sabtu

Yeayyy blister dah kering. Tapi mommy and Nia still mereput dalam rumah. Sebab tak nak lah nitizen menjeling kat mommy sebab sebarkan virus kat orang lain. Owhh tidakkk. Mommy rela mereput dalam rumah even dah jemu gila duduk dalam rumah. Hahahahaa. (** mommy and papa dah kena chicken pox lepas kahwin aritu. So, kebarangkalian jangkit Nia adalah sangat rendah. Fuhh)




Tapi mommy still risau sebab chicken pox Nia belum semua tertanggal. Risau lah sebab Isnin mommy nak kerja. Kalau school belum boleh terima Nia acaner??


Ahad

Pagi tu mommy check badan Nia. Macam banyak yang dah tertanggal. Tinggal 5 6 bijik je belum tanggal. Aduiiii risau. Siang tu whatsApp principle school Nia tanya boleh tak hantar Nia esok kat school. Mommy pun ada send gambar Nia. Alhamdulillah teacher cakap blister dah kering dah boleh dah hantar school. Gambar Nia pun dah cukup meyakinkan dah. Baru la mommy lega.


yang kat muka semua dah tanggal. ada sebijik dua je kat badan yang belum tanggal. tapi dah kering dah. 


Isnin

Hantar Nia kat school macam biasa. Alhamdulillah. Esoknya semua bekas chicken pox dah tanggal dah. Yeayyyy. Tamat dah proses chicken pox Nia. 


Kesimpulan:
1. Sebelum nak kena chicken pox anak akan dapat simptom batuk/selesema/badan dedar-dedar. 
2. Ada bintat macam jerawat kat mana-mana bahagian badan
3. Tiba-tiba demam suhu melebihi 38
4. Bintat jadi menggelembung macam bentuk mata.
5. Sah chicken pox! Terus jumpe doctor.


Tips penjagaan :
1. Kalau anak dah lebih 2 tahun ke atas sesuai bagi ubat Antiviral supaya chicken pox tak dasyat sangat.
2. Bagi minum air kelapa muda dan jaga pemakanan. Air masak jangan lupa. 
3. Sapu losyen calamine.
4. Rehat sahaja kat dalam rumah.
5. InsyaAllah dalam 7 hari anak akan sembuh. 


Terima kasih Allah sebab memberi percaturan yang sangat cantik dan teratur. Dipermudahkan urusan penjagaan anak dan tenang dengan adanya cuti khas dan dapat kebenaran boss. Rasa bersyukur kerana Malaysia masih aman dan tahun 2017 mula diperkenalkan Cuti Khas untuk jaga anak sakit tanpa rekod untuk penjawat Kerajaan. Kadang-kadang fikir positif, time jaga anak ni seminggu rehat duduk rumah, rehat daripada bebanan kerja. 


Selain itu, terima kasih atas pertolongan dan peneman daripada nenek dan atuk at least mommy tak panic sangat. Last but not least tenkiu kepada yang mendoakan kesihatan Nia. Sekian.. 



Friday, February 3, 2017

Nia turns 2


Nia turns 2..!

Cepat je dah besar anak mommy ni. Jangan cepat sangat besar tau. Hahaha.
So sempena Nia 2 tahun, mommy buat bday dia kat school Nia je, Playhouse Zaza Cerdik Nilai Impian. Sambut dengan kawan-kawan dia je. Simple-simple je. 


Malam sebelum sambut kat school Nia, mommy dah siap-siap props untuk photoshoot kat rumah dulu. hahaha. LoL tau mommy ni. Siap buat timer camera bagai. 


mommy, Nia and papa


Esok petang baru bawa kek ke school. hahaha..








with teachers




Simple and sweet je. Asalkan ada kenangan. hihi.




Order kek ni dengan my jiran. 


then mommy ada buat kek pandan gula melaka untuk gathering dengan sibling. haha sekali lagi nyanyi Happy Birthday to you..



Happy Birthday Nia mommy. Semoga jadi anak yang solehah, bijak, sihat selalu, murah rezeki dan ingat mommy and papa. Love you so muchhh.! Mmmuuaaahhhhhhhhhhhh.. 


Tuesday, August 30, 2016

Botol Tommee Tippee murah


Assalamualaikum, Hi


Anak Anda pengguna Botol Susu Tommee Tippee? 
Setiap 6 bulan kita perlu tukar botol susu anak kita tau. 
Botolnya yang comel, corak yang menarik, berwarna-warni dan mudah disedut oleh anak-anak. 


Saya ada menjual Tomme Tippee original frok UK loose pack or secara borong. 

RM28 per bottle (not inc postage)
RM82 for 3 bottle (not inc postage)
Borong? - sila sms/ whatsapp saya :) 


Untuk order atau pertanyaan, sila SMS / Whatsapp : 
013-2075 363 @ 013- 2355 363


atau boleh email ke : myzatulfarahin89@gmail.com


Follow instagram saya : @ohcutieplease



Tommee Tippee Pear Pink




Tommee Tippee Bee Blue




Tommee Tippee kalerfull




Too cute too handle. 
Jom beli, jom tukar, jom try..!

#tommeetippee #tommeetippeebottle #tommeetippeemurah


Friday, July 15, 2016

Aidilfitri 2016

Hi guys assalamualaikum..!

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin. Mohon Maaf atas kekhilafan dan keterlanjuran dalam menulis blog serta dalam ungkapan kata-kata. Salam 0-0. 


Sekejap je Ramadhan dah berlalu dan berkahir kan? Bila dah meningkat dewasa ni, rasanya bulan Ramadhan lah yang paling best sekali. Sayu je rasa. Kalau zaman kecik-kecik, bulan Syawal yang paling best! (zaman childish).  Alhamdulillah dah mengakhiri Ramadhan dengan jayanya. Kini Syawal pula hampir mengundurkan dirinya. Kalau Syawal pulak, rasa kejapnya raya kat kampung. Tak sama macam zaman sekolah dulu. Merasai syawal tu betul-betul. Ikut bontot mak beraya, marhaban 1 kampung. Bestnya..! Sekarang dah kawen. Dah ada anak pun wei. Dah kerja paling penting. Komitmen kena balik ke pangkuan kerja tu paling sadis. Hurmm bila dah balik rumah masing-masing, kompem-kompemlah macam dah tak raya. Jemputan open house takde sangat pun. Nampak gaya, kuih raya kat rumah tu makan sendiri je la. LOL.


Famili kecik saya. Dah malam baru nak snap gambar.


Tahun ni, first raya kat rumah belah suami. Walaupun rumah mak i dengan mertua dekat je pun (20 minit), tapi taknak jadi macam tahun-tahun sebelum ni. Penat jap kat sana jap kat sini. Tahun ni, i cakap, biar seharian kt rumah mertua. Raya ke-2 and raya seterusnya  kat rumah mak i. :p



Our potrait. Pink theme. 



Raya ke-3. Our boria theme. my mak, my siblings. 
Mak i yang belikan baju kat kiteorang. Haha.



okey uolss... selamat hari raya again! semoga kta ketemu lagi pada tahun akan datang. InsyaAllah. 



** Baru perasan, tahun ni baju asik pink je.