Sunday, March 13, 2011

GEMPA + TSUNAMI.. muhasabah diri




1- 22 Mei 1960 - Chile - gempa bumi sekuat 9.5 SR menggegarkan Santiago dan Concepcion. Dianggarkan 5.000 orang terbunuh dan 2 juta yang lain kehilangan tempat tinggal.

2- 28 Mac 1964 - Alaska - gempa bumi penyebab gelombang tsunami telah mengorbankan 125 orang dan menyebabkan kerugian harta benda bernilai 310 juta dollar AS. Gempa dengan kekuatan 9.2 SR ini wilayah Alaska, sebahagian di wilayah Yukon dan British Columbia di Kanada.

3- 26 Desember 2004 - Indonesia - Gempa bumi berkekuatan 9.1 SR mengoncangkan Aceh, kemudian dilanda tsunami yang mengorbankan 226 ribu orang di Sri Lanka, Thailand, Indonesia, India dan sembilan negara lain.

4- 4 November 1952 - Russia - Gempa bumi 9.0 SR disusul tsunami yang melanda sehingga Kepulauan Hawaii di AS. Tidak ada korban jiwa dalam bencana ini.

5- 11 Mac 2011 - Gempa bumi berkekuatan 8.9 SR mengoncangkang Jepun. U.S. Geological Survey memverifikasikan bahawa gempa itu berada di kedalamam 15.1 batu (24 km) di lokasi 81 batu arah timur Sendai yang berada di Pulau Honshu. Filipina, Taiwan dan Indonesia mengeluarkan peringatan tsunami. Pusat Peringatan Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran berjaga-jaga sehingga negara Colombia dan Peru.

6- 27 Februari 2010 - Chile - Gempa bumi 8.8 SR dan tsunami di Chile mengorbankan lebih dari 500 orang dan menyebabkan kerugian bernilai 30 juta dollar AS. Memusnahkan ratusan ribu rumah dan merosokkan jalan raya dan jambatan.

7- 31 Januari 1906 - Ecuador - Gempa dengan kekuatan 8.8 SR menggoncang pantai Ecuador dan Colombia dan menyebabkan berlaku tsunami yang mengorbankan lebih dari 1.000 orang. Gegarann gempa dirasai sehingga ke San Francisco dan barat Jepun.

8- 4 Februari 1965 - Alaska - Gempa bumi 8.7 SR menyebabkan tsunami yang dengan ketinggian 10.7 meter di Pulau Shemya.

9- 28 Mac 2005 - Gempa 8.7 meter menggegarkan Sumatera mengorbankan kira-kira 1300 orang yang kebanyakan tinggal di Pulau Nias.

10- 9 Mac 1957 - Alaska - Gempa berkekuatan 8.6 SR melandau Kepulauan Andreanof. Di Pulau Umnak, Gunung Api Vsevidof meletus setelah 200 tahun tidak aktif dan menyebabkan gelombang tsunami setinggi 15 meter.

11- 15 Ogos 1950 - Tibet/India - Dua ribu rumah, kuil dan masjid hancur akibat gempa sekuat 8.6 SR. Daerah yang paling teruk dilanda gempa adalah Cekungan Brahmaputra di timur laut India. Sekurang-kurangnya 1500 orang terkorban akibat bencana ini.

lagi gambar gempa + tsunami di jepun 11 mac 2011



tengok la..
betapa hebatnya kuasa tuhan..
sekelip mata je musnah...
takutnya ak tika melihat pusaran laut yg mengganas, 
ombak yg kuat..
kemusnahan..
nyawa..harta benda...


owhh TUHAN..
kasihanilah kami semua..
kami tunduk dan akur bahawa kuasa Mu sangat besar..
sekuat mana pun pertahanan yg dibina,
namun tidak boleh menandingi kuasa Mu Ya Allah..

Ya Allah,
kasihanilah kami..
kami bermohon hentikanlah bencana yg berlaku di jepun kini..
sesungguhnya telah ramai yg terkorban Ya Allah..

selamatkan lah hanis syahmi dan rakan2 nya yang laen Ya Allah..
jangan lah Kau luaskan lg gempa Mu dan Tsunami Mu..
lindungi dan selamatkanlah kami Ya Allah..
amin....


2 comments:

student tanye cikgu jawab =))