Monday, May 9, 2011

ade news wehh

weeee~~
malas btol nk stdy ptg2 mcm ni... Ya Allah tiupkan lah hidayah Mu kpd ku...
semoga ak sedar bahawa exam ak berderet xde rehat setiap hari...
nnt da x sempat cover bru sebok nk merungut kan...
mai sila sedar mai... hehehee


owhh ade news weh..
ak mmg jenis x bace paper.. fine cakaplah ak bakal cikgu yg xtaw isu terkini...
ha'ah mmg malas gile nk beli + bace paper.. klu beli pon kompem ak selak2 jekk.. sigh~


tp news ni ak jumpe kt fesbuk yg tlh di post oleh kozmate aku.. hehehe..


bace sini


 anda malas nk klik?? k bace kt bawah nie....

Kerajaan kaji hantar guru Bahasa Melayu ke luar negara: TPM
Daripada Misiah Taib

2011/05/09

COPENHAGEN: Kerajaan bersetuju meneliti cadangan untuk menghantar guru Bahasa Melayu bagi mengajar kanak-kanak warga Malaysia di luar negara dalam usaha arah memartabatkan bahasa itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan sama pernah disuarakan warga Malaysia yang menetap di London sebelum ini.
"Kita boleh mengkaji perkara ini kerana ia sesuatu yang baru. Kita perlu teliti kerana ada implikasi kos. Kita kena teliti berapa ramai anak Malaysia di luar negara perlu diajar bahasa Melayu dan di mana kelas kita nak adakan?
"Kita juga perlu kaji bolehkah Kementerian Pelajaran menghantar guru ke sini, atau kita bawa orang kita di sini ke Malaysia untuk dilatih dan mereka boleh balik semula ke sini untuk menjadi tenaga pengajar, kerana mereka menetap di Denmark," katanya pada sesi dialog selepas makan malam bersama lebih 100 rakyat Malaysia di Denmark di sini.

Perkara ini dibangkitkan Malaysian Danish Association (MDA) yang kebanyakan ahlinya bekerja serta menetap di Denmark dan bimbang anak mereka tidak tahu langsung berbahasa Melayu dan tidak mengenali budaya negara asal.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Ketiga Menteri-Menteri Pelajaran ASEM (ASEMME3).

Sehubungan itu, Muhyiddin meminta MDA mengemukakan butiran terperinci dan beliau akan kaji sama ada kementerian boleh menghantar tenaga pengajar ke sini.
"Dari segi buku teks, kementerian bersedia menghantar buku Bahasa Melayu secara percuma dari Malaysia untuk kemudahan kanak-kanak Malaysia di luar negara," katanya.


hehehhe mcm best kan...
tp time ni klu kene ngajo kt overc pon nk pastikan ak dah kawen! ok mmg gediks...


dah jgn nk berangan ye.... tu baru cadangan...
jom pi mandi + makan
then g study!

byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!