Sunday, October 2, 2011

jom datang bilik kaunseling saya


Apa itu kaunseling?

*Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.


Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. 
 
 
Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri  dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. 
 
 
James (1982) pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.


kadang2 sesetengah orang ni kalau dengar sesi kaunseling mst takut kan? kononnya kaunselor boleh bace fikiran die lah.. leh psiko orang la.. huiiiii gerun nak dtg blk kaunseling..

bukan mcm tu lah sygku.. kiteorg ni kaunselor tak pernah pon belajar mcm mne klu tgk muka org tu terus boleh baca fikiran die.. haih sori kami bukan tok bomoh ye...hhehehee... 

tp kami diajar bagaimana nak berhadapan dengan orang yg kebuntuan, orang yg perlukan khidmat mendengar secara profesional..sebab kami ada belajar teori kaunseling, teknik kaunseling, proses kaunseling, & ade etika kaunseling yang tersendiri..

bab etika kerahsiaan adalah sangat dipandang berat oleh semua kaunselor.. jadi, anda tidak perlu takut untuk berkongsi cerita kpd kami ye.. 

kalau kat sekolah, bilik kaunsling sering dijadikan tempat para pelajar bertanya kan? tanya pasal kerjaya lah... U mne yg sesuai la.. kan kan? same mcm kami di fakulti ni.. walaupun kami masih dilatih, tp kami telah didedahkan dengan maklumat sedemikian.. cuma yang paling penting pada sem ni ialah, kami disuruh menjalani sesi kaunseling & ujian psikologi bersama klien sekurang-kurangnya 140jam..

jadi, kawan2 semua, marilah tolong saya. kata org, hari ni awak tolong saya..esok lusa saya tolong awak. (bole gitu? hehehhee)

marilah datang ke bilik kaunseling saya & 5 orang lg rakan kongsi..

LOKASI : BANGUNAN PUSAT PENGAJIAN & PEMBANGUNAN SOSIAL (dulu dikenali sbg fakulti pembangunan sumber manusia FPSM)

NO BILIK : 119

MASA : 8.00 AM - 5.00 PM



ruang untuk sesi kaunseling

ruang rundingan

welcome everybody..

games

dats me


sudut ilmu

kaunselor ter'over'

berhati2.. dlm ni byk borang klien

...............................................................................................

jom  jalani sesi kaunseling bersama saya, NORMAIZATUL FARAHIN BINTI SATIMIN- kaunselor pelatih anda =))

insyaAllah kita boleh berbincang bersama mengenai cerita & masalah yang sering membelenggu dlm fikiran..

jgn stress..jgn takut..kaunselor anda boleh membantu..
sekian~