Thursday, September 27, 2012

Kawaii-ii Shop Giveaway

hye guys assalamualaikum..!



korang minat tak benda yang comel-comel?  bubuh kat tudung ke, baju ke, kain ke.. kalau nak beli yang dah siap jahit tu kadang-kadang mak aiii mahal.. (tu bagi orang yang malas tapi berwang). kalau yang rajen macam aku (eh?) selalu suka jahit menjahit sendiri.. macam mana nak dapat benda comel tu? jom lah like page ni.. klik sini  kat page tu ada apa? ehemmm klik lah sendiri ye... rahsia kecomelan ada di situ.. gitewwww 



anyway, aku nak join giveaway page tu.. cara-caranya mudah sajaha...korang pon boleh join juga..






Disebabkan kaler pink tade... maka ffuuuhhhhh ffuuuuuhhhhhhh nak silver pelissss... (kalau ada rezeki, maka adalah kan..)  peace!!  T_T


Thursday, September 20, 2012

Confusing

hye guys assalamualaikum..


lagi 20 hari aku akan konvo.. yeaayyyyyyy now i'm graduated..! yup  i can't believe that i have finished my degree.. cayaa lah Mai... dah 5 tahun kau duduk kat utara.. setahun kat matrik perlis, 4 tahun kat kedah.. berdikari sangat... buueekkkk..! ehemm sila nantikan entry konvo aku after 9 oktober 2012 ye.. hewhewhew..








seperti yang dijanjikan dalam ikatan cincin (pertunangan), katanye dalam perbincangan tersebut iaitu pada 3 september 2011 yang lalu, majlis penikahan boleh dibuat selepas si bakal peranten perempuan habes belajar.. maka esok aku kawen! ahamboihamboi.... cantek muka kau kan! eceli si peranten perempuan ni memang tak sabar nak jadi ratu sehari..gedikks bebenor kan?


 tapi tapi tapi, aku tak tau macam mana nak mulakan ayat,  "mak, kita nak kawen.." gullpppp...

 awal tahun  hari tu masa kat dapur sambil masak-masak dengan mak, 

mak tanya "kau bila agak-agak plan nak kawen?" 

kaget dengan soklan tu maka cepat-cepat aku jawab "eerrrr mane kite tau.." (eceli pura-pura tak tau)


okey sekarang aku da habes belajar dan tahun 2012 semakin hampir menutup tirai. tapi mak tak tanya pulak soklan macam hari tu.. erkkkkkk mak, cepat lah tanya anak mu ni bila nak kawen!!!!!! mungkin kali ni, mak aku plak saja tunggu bila agaknya aku nak minta izin nak kawen.. uiiiiiii lemah lutut den camni.. baru sekarang aku perasan yang aku ni masih kecik lagi..umur 15 tahun gitu..next month baru nak amek PMR exam.. sighhhhh.. kaum keluarga and kawan-kawan semua dok tanya bila aku kawen kan? pastu jawapan aku mesti "errr tunggu kad kawen @ errrr tak tau..@ insyaAllah awal tahun depan @ doa2kan je kami cepat kawen" padahal langsung belum ada preparation. paling penting tak bincang pon lagi dengan parent.. oowhhhh pengsan sekarang!! 



owhh tambahan lagi (penanda wacana sangat..kau mai), aku tak posting lagi. bagus kawen before posting ke after ek? huhuh KPM cepat ambil kiteorang jadi cikgu pelisss..  namun begitu (wacana again..hik3), aku sedar aku takde duet poket lagi..pastu ada hati nak kawen kan.. puuiiiii... okey walau apa pun terjadi, aku mesti kene keje jugak after konvo ni.. nantikan muka aku di kluang mall or econsave sama ada as a sales girl or cleaner.. maybe! hahaha.



eh, eceli kau ni Mai ade plan tak dengan hanis tu?? jawapannye dah ada! Si Dia siap dah beli munge telur dah untuk kenduri belah dia.. aku???? makkkkkkkk cepat lah tanya kite bila nak kawen??!!!!! nebesnya aku.. kawan-kawan semua, boleh tak bagi idea camne nak mulakan mintak izin nak kawen? that is the point of this entry.. okey good nite guysss.. T_T



Saturday, September 15, 2012

us

hye..!



11 SEPTEMBER  + 15 SEPTEMBER adalah bufday kami. 
maka, HAPPY BIRTHDAY lah kan..!




both love..



Tuesday, September 11, 2012

cikgu maizatul baik

hye guysss

eceli tajuk entry tu macam over pulak.. okey 6 September 2012, maka tamatlah riwayat internship aku di SMK Bandar Baru Sintok, Kedah. Macam tak percaya akhirnya aku praktikal jugak kat kedah negeri kesayangan aku tu..gitewwwww.. =p pastu paling tak percaya aku praktikal kat sekolah sebelah UUM yang selalu student UUM lalu-lalang sebelum masuk pintu gerbang UUM.. eh, kau tak tau student sekolah ni ramai anak pensyarah tau. hahha motip? 


perasaan kau ape Mai bila nak tinggalkan sekolah tu???!!! ehem secara jujurnya memang excited ahh sebab nak habes praktikal.. siapa pun tak sabar nak balek kampung masing-masing kan.. pulang ke pangkuan family, makan free, tengok tv, kene buat RPH panjang berjela, kene observe oleh pensyarah yang cerewet..errrrr plaing letih kene buat sesi kaunseling then wat report..! Tapi, of koz lah ada perasaan sedey nak tinggalkan dieorang semua.. kelas 2 Teja? Memang degil ahh kan, kadang-kadang alahaiii malasnya aku nak masuk kelas dieorang. sumpah aku selalu masuk lambat 5 minit.. tapi tu tanggungjawab aku kene ajar BM.. aku paling puas kalau ajar dieorang ringkasan.. Harap-harap dieorang memang boleh score ahh ringkasan. yang lain tu kau jangan nak harap sangat la..sebab dieorang memang malas belajar. setakat aku ajar 3 bulan, ni komen dieorang:



student: sejak cikgu ajar kami BM ni, tebal dah buku kami.

me: pasai apa?? (hamboii aku cakap loghat kedah sekarang...)

student: cikgu sebelum ni tak ajar pon..




okey memang sekarang aku rindu sekolah.. !




" Holla . nih cikgu kaunseling kami . Kemarin dia last kat sekolah kami . so sad . hmmm , dia cikgu merangkap kakak kami . lpas nih dah tak jmpa dia dahh . )" - Syifaa 2012






aku memang takde duet sangat, tapi tetap nak bagi dieorang hadiah kenang-kenangan.. eh, aku memang suke mende-mende comelll ni...




dun wori korang, cikgu tak akan lupakan korang k.. tanpa korang tak siaplah internship cikgu.. yang degil-degil + nakal-nakal tu cikgu doakan korang dapat hidayah supaya berubah.. !!! 
byeeeee...see uollssss again..! 


Monday, September 3, 2012

3Sept2012

hye guys assalamualaikum..!


3Sept2012.. 

genap setahun cik Normaizatul Farahin + incik Hanis syahmi dicincini.. 
(bak kata Epin kawan aku,2011.. haha)




hey fren..! still remember this pic?? 
semua pon tunjuk 3 kan... means 3rd Sept..!! hikhikhik





walaupun pertunangan ni berlaku secara tiba-tiba (ketika itu), namun ia sangat membawa makna kepada hubungan kami.. semoga ikatan ini akan terus kekal hingga ke jinjang pelamin..insyaAllah..




okey Mai stay up semata-mata nak post entry ni kan..? yup..!
gudniteee!




p/s: internship aku akan habes lagi 3 hari..