Saturday, October 27, 2012

Kenangan manis terus jadi pahit

hye guysss assalamualaikum..



Selamat Hari Raya Qurban kepada umat muslimin dan muslimat semua.. yeayyy finally dapat guna lappy yang besar dan laju.. baru semangat siket ceq nak online.. kalau idok, dok guna lappy 1Malaysia yang abah dapat tu hmmmm macam hareeemmmm lembapss nak mampui.. sepenuh kesabaran kalau aku nak guna.. nak klik pon memakan masa 10saat..  eh lappy yang ni lappy pinjam..heee harap maklum



entry kali ni kite just nak mention a.k.a  heboh-heboh  yang kite dah KONVO..!!! setelah 4 tahun berhempas pulas mengheret beg roda ulang alik naik bus balek kampung dari Johor-Kedah.menimba ilmu dan siapkan esenmen finally grad jugak aku..! eh, kau memang keje balek kampung je eh Mai? Haah..asal ada kesempatan dan kekosongan kelas je kompem aku hilang cabut balek kampung.. naseb baek rumah aku kat johor..kalau aku dok Changlun je memang aku tak dok kolej ahhh.. gitewwww?






segulung sekeping ijazah digengganman ku.. ehe3



sumber kekuatanku.. sumber kewanganku.. sumber segalanya.. 
this for you mom and dad.. always love you





dia driver kami, dia penemanku, dia bakal hubby ku.. i love you..!



owhh baru taw hari konvokesyen adalah hari yang paling memenatkan dan memengsankan. dulu-dulu masa baru sem 1 dah berangan dah nak semua ahli keluarga aku datang time aku konvo nanti.. WAJIB. last2 cuma mak abah n hanis je yang datang... naseb baek jugak akak2 tak datang. dengan bebudak kecik lagi memang pengsan lah kan. dari pagi sampai petang! tak payah! nasihat aku kat korang yang akan grad nanti, tak yah lah usung family and bebudak kecik ramai-ramai. yang masuk dewan cuma 2/3 orang. yang lain kene tunggu luar..panas/hujan yang sangat menyesakkan pernafasan. kene tunggu orang yang konvo setel semua benda. owhh pingsannn! anyway, yesss aku dah konvo!! lega sangat.. tapi sekarang rindu jugak ahh zaman study.. seyesly zaman study kat U adalah zaman yang paling best dalam dunia sebab? relax and enjoy! peliss korang masuk U! anak-anak murid peliss masuk U okeys.. =)



ehemmm lepas je balek dari konvo, mak abah terus balek johor. tapi aku stay dulu kat rumah kakak di Cheras sebab weekend nya tu nak kursus kawen dengan Hanis kat area Alam Damai. nak dijadikan cerita, ahad last kursus tu da malam.. balek makan malam je letih sangat-sangat. lepas bual-bual and online fesbuk terus naik atas bilik.. nak ditakdirkan lagi, aku pun bukak jam, bukak cincin, letak hand bag semua kat bawah (ruang tamu). sebelum ni memang tanggal semua kat bilik. ye lah kan, letih sangat, rasa nak pengsan terus pastu tanggal semua kat bawah. akak aku pon sama, balek dr mkn kat mcD terus je letak hand bag kat atas meja makan. 



pagi Isnin tu aku tak bangun subuh sebab cuti ABC. pukul 6.30 aku perasan anak sedara masuk bilik sebab mandi nak pergi sekolah. aku pon 


"owhh dhira mandi.." then gedebuk tidur semula..


tak sampai 10 minit aku dengar suara Dhira, "Auntie, bangun...laptop auntie kene curi."


aku pon mamai " ha..?" terus bangun lari turun bawah. 


sampai bawah kakak aku macam dah nak nangis cakap, "Cumie, laptop kita semua dah tak ada, hand bag aku kene curi.."

sah memang betul. laptop aku tasa meja sofa dah tak ada.. terus akak aku tunjuk kat dapur, pintu and pagar dah ternganga besar. 


lepas tu, aku terus teringat "hand bag kiteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..!!!!" 


okey bye dah selamat kene curi pastu terus nangis. syukur jam n cincin tak di amek.. kalau kene jugak memang aku pengsan..! jadi, hasil curian adalah : 3 buah laptop, 1 buah tablet, 2 hand bag, 1 wallet abang ipar, 1 jam tangan abg ipar. jumlah setiap hang bag n wallet kau jangan cerita lah.. memang aku lah yang paling jatuh miskin hari tu.. kau pernah main Saidina/ jutaria? pastu kau muflis? duet kat tangan habes? ahaa macam tulah yang aku rasa pagi time tu. aset berharga aku hilang macam tu aje.. baru je akak and hanis  bagi duet sebab aku konvo..kira present konvo leteww, pastu lesap begitu sahaja.. laptop 4 tahun guna time study U tu.. jarang rosak.. hand bag hantaran tu.. sebab tu seminggu aku tak lalu makan, tak lena tidur..!!! 





sila abaikan keadaan belakang rumah yang macam berlumut. seyesly rumah taman selalunya pintu belakang tak pernah dibuka. akak aku memang jarang buka pintu sebab nak elak tikus cencurut masuk. kalau nak diikutkan sebenanya belakang ni rumput tinggi gila..petang sebelum kejadian akak and abang ipar bersihkan belakang ni thats why licin. lepas tu malam kejadian memang hujan lebat.. semakin lena dibuai mimpi lah kami.. kau nampak tak dawai pagar tu terbuka luas..cantek je pencuri tu potong and gulung ke tepi.. demnnn!! then, macam mana cara dia masuk?? pintu coklat tu senang kacang lah kan nak umpil.. grill tu, dia ketuk sampai cantuman tempat kita mangga tu terbuka.. pelik kan, kiteorg memang tak dengar die buat keje.. so, kesimpulannya di sini, jika malam hujan lebat, kau jangan nak tidur lena sangat ahh.. sebab para pencuri suka akan suasana hujan begitu kerana memudahkan dia buat kerja..! 



p/s: syukur alhamdulillah aku dah konvo... syukur sekali lagi sebab pencuri tak naik atas dan apa-apakan kami. especially aku tidur sorang and bilik tak berkunci.. kau bayangkan jika dia naik atas...... okey stop. don't imagine anything..! ngeriiii...


1 comment:

  1. Alhamdulillah nasib baik selamat tak diapa2 kan pencuri tu. huuu
    btw congrats dear for your convocation..
    haritu kite konvo sidang pagi pukul 10.30pagi dah siap. family yg tunggu pun tak lama sgt kt luar. ;)

    ReplyDelete

student tanye cikgu jawab =))