Saturday, June 23, 2012

tak faham bahasa punya budak

hye guys assalamualaikum..!

akhirnya berjaya mengharungi minggu ketiga dalam bulan praktikal.. jangan risau ada banyak minggu lagi kene tempuh.. sigh.. okey setakat ni baru sekali aku pergi makan kat kantin sekolah. kau sadis tak baca?? aku lagi sadis tahu tak.. selain dari malu tak ada kawan LONE RANGER kat sekolah nak pergi kantin, aku sebenarnya busy sangat-sangat kat bilik kaunseling. pelajar-pelajar selalu je jenguk ziarah aku kat situ..alhamdulillah setakat ni tak putus-putus klien untuk buat sesi kaunseling.. apekah yang aku temberang dieorang dalam sesi pun aku tak pasti. kakakkaa.. yang pasti ada jugak yang aku buat sampai budak tu tersentuh menitiskan air mata..ahaaa cuak lah tu mengaku diri dia bersalah.. (apa yang aku melalut dan korang tak faham?!!)


okey pastu minggu ni da start latihan sukantara dan sukan macam-macam.. arrgghhhh seteres aku dengan sukan ni. sebab kene datang belah petang pulak..! aku ni dah lah tak ada geng kat sekolah, kene pula jaga rumah sukan. memang kera sumbang lah aku.. tak pe Mai.. bertahan okeys..!! pastu macam biasa lah kan, hari-hari memang ada je kertas relief sampai kat meja aku. eceli aku suka je kene relief class. tapi kalau dapat relief kelas form 5 memang sumpah aku tak akan masuk.. jahat tak aku?? kihkihkih.. malas lah aku.. nanti dieorg dok kacau-lacau aku je..menci ahhh.. dah la yang lelaki tu da bermisai, tinggi, besar semacam.. cuak ahh cikgu nak masuk oiiii.. patik mohon ampun pengetua..!


apa yang pasti hari-hari aku berdoa kepada Allah supaya lembutkanlah hati pelajar 2 Teja untuk dengar arahan dan faham apa yang aku ajar kat mereka..owwhhhh seyes saket otak saket tekak aku masuk dalam kelas tu.. eceli dieorang semua tu tak matang lagi kot. dok fikir nak maen je.. cikgu faham..! 

rabu aritu aku ajar tatabahasa, Kata Ganti Nama.. aku dah tulis besar-besar dah "KATA GANTI NAMA" kat white board.. plus aku dah mention dah 

"okey kuarkan buku Tatabahasa sekarang..."


"cikgu, buat kat buku tatabahasa eh..?"


"ye.."

beberapa saat pastu soklan lagi.. "cikgu, keluarkan buku tatabahsa ye..?"


kumpulan sebelah sana pulak.. "cikgu, keluarkan buku tatabahsa ke..?"

bla bla bla.... tanya lagi dan tanya..


aku sambil bercekak pinggang buat gaya garang tapi sorang pon tak pernah gerun


 "eeee yelah.. buat dekat buku Tatabahasa..!!! tak faham-faham bahasa keeee....???" 


gulpppp...!


okeybai..!~