Wednesday, January 23, 2013

wordless wednesday


hye guys Assalamualaikum..


kalau ada yang tak tahu, mesti dieorang tertanya-tanya kat mana ni? gaya macam kat obersi..! ngeh3.. eceli hanya di Serdang je uolsss... pergi sini time sebelum krismas aritu. oiii gambar dah basi.. kuikuikui.. pergi sini teman hanis beli chocolate untuk goodies rumah dia nanti.. tapi iolsss yang pilih. boleh gitewwww? 











yeayyy senget..! ok papai~

Monday, January 14, 2013

Heartbroken

Assalamualaikum w.b.t.


Tup tap tup tap  another five weeks to go for my special big day. sumpah belum nervous lagi. aku buat segala preparation ni macam tolong akak aku yang nak kawen je gayanya. padahal semua akak-akak da kawen da..LOL. minggu ni dah mula rasa sangat stress sebab mak and mula push aku siapkan kad kawen. ye mak sabar eh.
lepas tu ditambah lagi news yang tukang masak kat area rumah aku ni tak nak masak pulak. alamaks main tarik tali pulak pakcik ni kan. kesian mak aku dah susah hati. sampai sekarang tak kompem lagi siapa tukang masak kiteorang. yeayyyyyy!!! *pengsan, robek hati mak aku*



Bila cakap pasal masak aku macam nak postpone kawen ni kejap boleh? seyesli iollsssss tak reti masak. bahahahaa.. masak simple-simple tu boleh lah. eh, pencapaian paling hebat aku adalah ayam masak merah. aku macam risau sangat lah kalau tak dapat nak sediakan menu-menu masakan yang best pada suami tercinta nanti. tapi mak and kakak-kakak aku terer masak, tak kan aku sorang tak boleh masak? imposible..~ so, aku harus belajar memasak. tapi diharapkan masakan pertama nanti tak kene kritik habis-habisan ahh dengan hanis sebab hanis ni cerewet siket bab makanan. plus dia pon pandai masak. eh, sayang je lah yang masak gitu, boleh? hihihi.



Aku tak reti tulis entry sedey-sedey yang boleh bikin hati korang tersentuh. Kali ni tak ada story tentang my preparation. iuollsss memang suka nak share dengan uollsss sebab preparation tu semua adalah hasil usaha titik peluh aku sendiri. sumpah tak ada niat nak show off. lagi pon bukan cantek bebeno pon yang aku buat tu.. bahahaha.. tambahan lagi blog ni kan diari online iuolllsss, nanti my future kids mesti excited dengan mommy dia yang cute + rajen ni bila baca entry tu kan. Gitewww??



 Aku memang adalah manusia yang macam korang baca sebelum ni. seorang yang tak terlalu lemah lembut dalam perbuatan mahupun bahasanya dan seorang yang tak terlalu kasar. kiranya aku ni suam-suam kuku ke camne? wakakakaa.. Tapi aku juga punya perasaan yang sangat sensetif bila bicara tentang umur dan wajah aku. adalah satu hari tu aku ikut abah pergi beli barang untuk doorgift para tetamu nanti. bila nampak banyak barang tu, salah seorang pekerja perempuan tu tanya lah aku, 

"nak wat kenduri kawen ke?"

 aku pon jawab "haah".

 pastu dia tanya "siapa yang nak kawen?".

aku dah agak da mesti tanya soklan tu. dalam hati nak cakap siapa ek kawen? malas aku nak cari dosa kering kalau tipu nenek saya yang kawen..gggrrrr. then aku jawab lah "saya.."

"eh, yeke awak yang kawen????" sambil tengok aku dari atas sampai bawah.

"ye la.."

"macam budak sekolah je.."

ppfftttttttttttt




Aku malas sangat nak hadapi situasi macam ni lagi.. aku dah hilang sabar tau tak. terus rendah diri. perlu ke kalau nak kawen tu muka macam Rozita Che Wan? badan macam Enot? yelahh sebab tak puas hati sangat kan badan aku kecik. WHAT YOUR PROBLEM haaaa???? 




Dan 1 lagi cerita terbaru...mak terdengar perbualan seorang kawan dia.

"Cumie da nak kawen?" (Cumie its my family nickname)
"haah..bulan depan"
"kecik macam tu dah nak kawen? da ada umur 20 ke dia tu..?"


ada makcik..24 dah da saye.. eee geram tak? habis tu aku perlu sweet 15 forever ke?




Situasi lagi 3/4 tahun yang lepas bila aku ikut hanis beraya rumah kawan sekolah dia.

"siapa ni hanis? adik kau?"
member sorang tolong jawab, "hoiii girlfriend dia lah.."
"owhh sory sory.."

aku akan ingat sampai mati. 





Kawan-kawan pernah cakap, kau kene bersyukur muka kau lebeh muda dari usia. ada orang tu umur baru 12 tahun tapi muka macam umur 20 tahun. Yes aku selalu bersyukur, terima kasih Allah. tapi kadang-kadang hilang sabar dan sangat sedey la.. I also need respected from the others. kali ni AKU SERIUS. tak payah nak puji aku cantik ke tak, tapi cukup dengan pandang aku sama macam kau pandang orang lain yang kau hormat. 



Sekian, wabillahi taufik walhidayah.. wasalam. Okey bye. 


Monday, January 7, 2013

my wedding preparation #2


Assalamualaikum guys..



my wedding preparation #1



so, perkembangan persiapan terbaru adalah misi deco-deco kad jemputan kahwen.. eceli hard cover je tempah and boleh dikatakan murah.. tapi bila da bubuh itu ini maybe koz nya dalam 50sen maybe? everything is manual. sekarang baru rasa menyesal kenapa gedik buat cenggini.. konon nak tiru kad macam retiss.. tapi retiss tu order. aku nak order memang tak mampu plus kat kluang ni kompem tak ade servis cenggitu. by the way sesiapa yang nak kad, nanti boleh pm adress korang ye. sekarang kad pon in progress.. kesian hanis, dia pon dah ulang alik kluang tiap minggu. bakal penganten lelaki gigih bantu bakal pengaten perempuan..! chaiyok!!!



gummy gummy...! our task for this week.



yes, alhamdullilah last saturday bridal soh datang kedai. memula aku macam da bengang lah sebab pernah aritu janji nak jumpa kat kedai, tapi kedai tutup..call 10x pon off handphone.. sejak tu aku macam bengkek je dengan bridal ni. so, lastly dapat jumpa beliau lah.. excited dia tunjukkan baju penganten aku  kain untuk baju penganten aku.. aku dah agak dah.. baru beli kain sahaja.! naseb baek la warna yang aku request tu betul ahh.. kalau tak memang nak meroyan. after discuss everything, dia pon amek la ukuran badan aku and hanis.. katernye.....lagi 2 weeks soh datang for the first try fitting.. yolah tu..! ape-ape jelah. asalkan siap. kalau tak siap memang penganten nak kawen lari..! eh, wakakkaa..





bakal penganten juga dah berjaya gunting our tagging... nampak gaya memang terpaksa gunting sendiri memandangkan dah terlambat nak order plus mahal. biasalah penganten kali ni memang save bajet.. kuikuikui... aku paling menci gunting mende alah ni.. so sesiapa yang dapat nanti pastu kureng cantek so maksudnya aku gunting sambil tido..hikhikhik..


okey kisah bersambung...