Friday, March 29, 2013

wedding dress for rent


hye guys assalamualaikum and salam Jumaat..!



entry kali ni nak cuba promote baju penganten yang iollsss pakai sendiri time wedding reception bulan lepas. kalau ada sesiapa yang berkenan, boleh lah aku buat servis sewa menyewa. ihikihikihik.. idea baju ni untuk korang yang verangan wedding ala-ala western or garden gitewww.. yup kat bridal memang lagi banyak pilihan dress penganten. tapi kadang-kadang dress bridal terlalu heavy. untuk dress putih krim ni corak and design agak simple and look cute.. op koz! hehehe jom check it out !




1)    Sizes **measurement can be adjusted +3cm or -3cm:

 XS - chest/bust 80cm, waist 63cm

2)    Can be worn for many formal occasions, including wedding dinners

3)    Style:
  Sweet +  Whimsical

4)    Fabric: lace with beaded design on bodice

5)    Back design: lace-up corset




fairytale sangatttt... ( muahahhahaaa)

gambar hadapan


kasi zooming siket....=)



bahagian belakang. 
so jangan risau, untuk saiz M pon boleh pakai sebab boleh adjust ikut saiz badan anda. 







oppssss maaf, iollsss tak lah pakai baju se'sexy' cenggini. aku ada buat baju luar untuk cover bahagian hadapan yang agak sexy tu. baju ala-ala cardigan.



ada butang panjang di bahagian belakang. so senang untuk kita pakai.



iolsss DIY sendiri shawl ni. shawl ni juga mahu disewakan kepada sesiapa yang berminat. hehehe... kalau nak beli pon boleh. ada pelbagai warna lagi. korang klik kat sini ----->  Scarf story



macam ni la gambaran sebenar kalau pakai dress ni..hehehe..iolsss memang suka yang simple-simple tapi asalkan nampak sweet and cute.. op kozzz!





veil tu sewa dari blogger paling cute..irine nadia marcello.. korang boleh lah sewa veil kat irine sendiri kalau berminat..hehhe 



also, iollss nak promote jugak baju nikah untuk disewa. baju ni besties i yang punye. kiteorang kawen sama-sama tapi rumah lain-lain la..hehehe.. baju nikah ni boleh juga disewa untuk sesiapa yang nak tunang. sesuai and cute sangat..!







size fit to S-M



sebarang pertanyaan untuk servis sewa dress or shawl boleh email : 

hermyownie@gmail.com

or

SMS 0132075363

or 

lawati page ini



okey papai


Thursday, March 28, 2013

cikgu owh cikgu

hye guys assalamualaikum..!



Alhamdulillah iolsss dapat penilaian khas! Di mana penilaian khas ni adalah program pengecualian interview untuk para graduan pendidikan cemerlang. Berkat doa dan kesabaraan belajar di universiti diakhiri dengan kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT. 





Sekarang dah dapat surat tawaran lantikan tetap jawatan pegawai DG41. yeayyyy!!! lepas ni hanya tunggu panggilan posting. harap sangat diberi sekolah yang terbaik untuk diri ini dan kalau boleh dekat dengan suami. paling harap"cepat-cepatlah posting"!!! semua kaum kerabat asyik dok tanya je.. lemas iolssss nak jawab !!! 




semalam mak abah da balek semula ke kluang. kembalilah tugas harianku sebagai isteri mithali.. uiiii mithali sangat.. hehehe. tapi diakui duduk sorang-sorang dalam rumah memang membosankan. kalau dah dekat kul 5.30 petang tu mula lah aku SMS, da kuar ofis ke belom? bila nak kuar ofis? ofis bila nak kuar? lalalalala...




sky blue...!
pemandangan luar tingkap. 
semua orang takde kat rumah. semua orang kerja, aku sorang je ada time siang. owhh tak tak, makcik tukang sapu ada kalau siang-siang camni. **penyedap hati**



 sebelum pergi kerja pagi tadi arahan telah diberikan 

"sayang, arini basuh baju tau. lepas tu iron semua baju tu..lepastu gulung-gulung tau masuk beg."


zzzzzzzzzzzzz..... ak paling menyampes packing baju.. 
yeayy esok adalah hari jalan-jalan kami!! wait for the next entry. =)




bye people


Tuesday, March 19, 2013

projek DIY

hye guys assalamualaikum..!



Entry tentang my wedding macam dah terhenti je kan sejak entry The solemnization. eceli macam-macam lagi yang iollsss nak ceritakan kat korang yang sudi membaca, tapi asyik malas je nak menaip. busy letewww.. sejak dah kahwin status sekarang adalah surirumah sepenuh masa. sementara tunggu posting, iolllssss memang menghambakan diri untuk hubby tercinta, eceh..! pagi-pagi sediakan air untuk hanis, kemas katil, baca novel, basuh baju, online, makan ringan-ringan, iron baju kerja hanis, online lagi, then petang masak, tengok tv, tunggu hanis balek kerja,malam makan sama-sama, tengok tv, tido...zzzzzzzzzzzz 


korang minat tak DIY? sejujurnya aku adalah manusia yang sangat tak kreatif. lukisan zaman sekolah mana pernah dapat A.. paling bagus macam B je kot. memang tak suke subjek seni..! even soalan exam untuk subjek seni dapat tahu awal, patutnye boleh lah creat lukisan yang gempak, tapi cenggitu lah jugak lukisan yang aku buat. hmmmm Mai.. Mai...


tapi sebab kawen awal punya pasal + kawen sebelum kerja, macam terus jadi kreatif.. (kreatip sangat ke?? persoalanya..wakakakaaa) Memula berangan nak buat munge telor sendiri. sebab terpedaya dengan kata-kata incik Hanis. dia cakap dia tak suka munge telor yang ada bling-bling kilat-kilat. (can you imagine?). macam terus agree with him. Then jalan-jalan kat Nilai 3 nama kedai ZC. kedai ni sangat best la bagi aku sebab barang-barang dia macam berkualiti + glamour. 


Fall in love with this munge telor. 
yang kat atas  tu dusty pink ye kawan-kawan
rm 4.50  sebatang. 



balek rumah terus lah buat eksperimen guna tisu dulu, bila dah agak-agak berjaya terus beli bahan-bahan (paper crepe, reben-reben,gam uhu) untuk pengetahuan, munge tu mahal sebab dia guna reben-reben yang comel. bila comel tentulah harganya pun mahal. reben organza tu yang agak mahal. bergulung-gulung iolsss beli. pastu 2 bulan baru siap! so hasilnye adalah begini, even tak 100% sebijik macam kat kedai.






next, adalah projek DIY kad jemputan kahwen. yang ni paling macam nak taubat nasuhah la sebab kerja paling remeh dalam dunia. ingatkan senang tapi macam-macam step yang kene dibuat. tapi harga kompem jauh lebeh murah dari yang anda sangkakan. 


projek gedik ni bermula bila tengok kad jemputan kahwen ayu raudhah. 




makanya, hasil DIY dan ubahsuai telah berlaku.. seperti kad yang korang dapat tu lah hasilnya.. projek ini semakin gedik bila iolllsss pon buatkan kad untuk belah lelaki.. uiiiii rajen sangat....








bila kad dah siap, terus fikirkan untuk goodies.. iolllssss konon-konon suka lah kalau lain dari yang lain, asyik guna paper bag je, apa kata kita make a something different...! 



goodies untuk tetamu mak abah.. doly paper tu iolss kalerkan pink sendiri..tapi berjaya buat 300 pcs je sebab dah malas..hikhikhik



yang ni iollsss buat lebeh comel and spesel siket khas untuk VIP + kengkawan.. hehehehe


lepastu ada goodies tambahan la.. kiteorang sekeluarga bersepakat tak mahu guna mug sebagai goodies, tapi nak guna botol-botol cute ni sebagai goodies..  beli botol, then hias comel-comel.. iollsss gune sahaja reben-reben lebihan buat munge telor, bunga kaler kuning tu cabut bunga mak..hik3





dua botol ni untuk VIP, dalamnya isi beskot nestum bersalut coklat yang dibuat khas oleh kakak iolss sendiri. sorry gambo nestum coklat lupe nak amek, tapi yang pasti sodappp..hehe



yang ni goodies untuk kengkawan jugak.. kira dieorang akan dapat 2 benda lah. yang mana hanya dapat 1 goodies tu, maaf ye sebab mungkin berlaku kesilapan teknikal or sebok sangat mak ayah or kakak time tu. 



yang ni pula goodies untuk tetamu yang hadir semasa akad nikah. dalamnya, isi beskot choco chips yang dibuat khas oleh peranten sendiri.. hikhikhikhik..



sekarang masuk pula bab guestbook.. yeayy tang guestbook la benda paling malas sekali iolsss nak buat.. dah nak dekat tarikh kahwen baru fikirkan macam mana gaya guestbook aku tu ye. iollsss memang banyak idea, tapi kekadang pandai pikir je buatnya malas. muahahhahaaaa



tantara tara......! diam jangan gelak eh






buai laju-laju sampai pokok sena.. lalalalaaa
jiran aku geleng kepala, "idea gila apa yang kau buat ni?"
hehehe


btw, thx to my fren harlinda sebab pinjamkan bunga lingkar-lingkar, thx to nurin sebelah rumah, akma depan rumah, linda lorong 5 sebab malam-malam tolong iollsss gubah buai ni jadi comel..!



the props..!
thx to mieza tolong bagi link kat mana nak search props yang comel
thx to atiqah kamarudin yang tolong iolss gunting menggunting.. hehehe





iollsss juga ada bagi bookmark kepada sesiapa yang nak amek kat meja guestbook.
thx to kiki lala sebab tolong meng'photoshop' kan owl yang cute ni. hehehhe





wakakaka..simple backdrop untuk akad nikah + khtatam Quran. 
tak nak langsung mention ni adalah mini pelamin, sebab tak langsung pelamin. so call it backdrop..!


thx to kak Nda bago pinjam langsir, annie and her husband sebab tolong iollsss buat backdrop.



fuhhhhh rasanya setakat ni dulu entry tentang DIY. next entry maybe story tentang baju,vei + shawl rekaan sendiri. uiiiii 


ppsssstt: doakan iollsss berjaya dalam penilaian khas guru lusa ye!



papai


Friday, March 8, 2013

air milo

hye guysss


for information, kalau kat rumah or kat bilik zaman universiti iolssss memang hanya minum AIR MASAK sahaja. berbotol-botol beli air masak kat water machine. sama ada memang nak jaga kesihatan or malas nak bancuh air tu tak pasti lah.. muahahhaaa.. Paling-paling pun memang hanya pandai bancuh air teh O + air oren + air sirap + air anggur + air manggo. sebab mak tak gemar minum air yang berunsur susu, so aku pun dah terikut-ikut tak suka minum ada susu.(ZZZzzzzzzzzzzzzz). pernah sekali ade kawan mak datang rumah, then mak soh aku buat teh tarik. hmmmmm memang failed.



Tetiba after getting married kene bancuh air milo? gullpppppp... naseb baek hanis buat tutorial cara buat milo ikut selera tekak dia..! buueekkkkk =p





sekarang iolsss dah pandai buat air milo..! Dulu lepas je semayang subuh teros tido semula. sekarang dah tak dah.  lepas semayang subuh terus turun pergi dapur rebus air panas buat milo. sediakan seluar & baju, teman minum air, hantar sampai pintu, salam peluk cium... eh..! 
How sweet..! 



okey papai

Monday, March 4, 2013

The solemnization

Assalamualaikum people..!


iollssss sekarang sudah sah menjadi isteri kepada Hanis Syahmi.. yeayyyy alhamdulillah.. seyesli memang betul orang cakap time nak akad nikah sangatlah nervous.. memula mak andam tu cakap nak datang solek pukul 1 petang. tup tap tup tap 1.40 petang baru sampai. nikah pukul 2.30 petang sharp oii... memang sebelum mak andam sampai aku dah menangis dah kat bilik. bukan nangis sebab mak andam tak sampai-sampai. tapi sedey lah dah nak tamat zaman bujang. harus ikut husband, dah tak duduk dengan mak abah..  my bff Shazwani & Atiqah ahh yang tolong pujuk. (menggedik tak iolsss??) . pastu time hanis tengah bersalam dengan tok kadi lagi lah bertambah nebes.. pegang hand bouquet pun menggigil.. muahahaa..












22.2.2013 tarikh keramat.. 



p/s: leceh kan kalau semua moment guna photografer. langsung takde simpanan gambar sendiri. harus lah tunggu belas ikhsan kawan-kawan upload gambar..heeeee..