Wednesday, April 17, 2013

honeymoon 1


hye guys assalamualaikum..!


Dalam mood manisnya kahwen ni, iollss nak share kat korang tempat-tempat yang kiteorang pergi untuk honeymoon. lepas 3 ari kahwen, Hanis ada bawak aku pergi 1 tempat. konon-konon first honeymoon la neh. eceh! puas tanya nak pergi mana, dia cuma cakap nak ppergi PD je. hotel apa? rahsia. konon surprise laaaa... aku pon malas nak amek tau lagi, ni kira betul-betul menghayati ke'surprise'an yang dibuat oleh suami. naseb baek tak tutup mata guna kaen. over! haha


lebih kurang perjalanan 2 jam lebeh dari Kluang, maka sampailah tempat yang dituju. yeayyyy!!!! Rupanya Hanis bawak kita pergi Avillion Hotel. cantek sangat tempat nie!!! untuk orang yang tak apply cuti kawen lama, honeymoon 2 ari 1 malam pun sudah memadai. deng!



kat avillion ni ada 2 jenis bilik. ada yang kat atas laut.yang kat atas laut lagi mahal la. Tapi  Hanis pilih yang garden. Rate harga garden dalam RM450. tahniah incik Hanis, pilihan anda menepati citarasa wifey! nampak cool and tenteram je kat sini. dan ini adalah bilik kiteorang..!



time ni baru sampai. seyes aku macam blur. memang muka always blur.. deng!




ehemmm.. ini bilik kami... do not disturb! =p
nak tengok kat dalam letewww... i know u




kat dalam pon best ! boleh lepak tang situ..tang sini.. sumpah aku tak nak keluar bilik. eh..! =p




ruang mandi pon disediakan 1 bilik khas yang luas.. uiiii kat sini lah iollsss berjinak-jinak suka mandi dalam tab. al-maklum kat rumah tak hado!



lepas tu kene heret dengan Hanis soh jalan-jalan kat sekitar hotel. atoiiiiiii malas banget!
kat sekitar avillion ni sangat bersih. pekerja depa sampai ke malam pon still menyapu lagi. betapa bersihnya! pastu korang boleh jalan-jalan kat bilik-bilik yang kat atas laut sambil lepak bawah payung. coconut pelis!!




pastu ada 2 swimmning pool. 1 untuk orang yang memang pro berenang, yang gambar ni untuk yang biasa-biasa berenang. ngeh3.. yang kat sini korang boleh berendam dari pagi sampai ke pagi seterusnya. kira 24jam la boleh berendam. swim malam-malam lagi syiokk owhh!



eceli hubby berdiri sebelah bilik sauna.. dan bilik sauna tu depan je bilik kiteorang. then kat avillion pon hado spesel spa dieorang tapi tak masuk la sebab cas lain la pulak.. 



setaip jam 10 pagi korang boleh melawat incik rabbit, ayam katek and burung merak. hahahahaa.. boleh bagi makan sendiri. bagi yang jakun macam aku memang syiokk la.. 



 the sunset! hehehe..puas tunggu tapi ini je yang muncul..





dalam banyak-banyak tempat yang selama ni kita dah pergi iollss rasa kat avillion lah yang paling best dan tak dapat dilupekan! sebab tenteram sangat-sangat kot. sangat berbalaoi uollsss... try la datang bila ada rezeki nanti. last but not least, thank you so much for every single thing, sayang! tak tau nak cakap ape, i love you! 


papai


Monday, April 15, 2013

The reception


hye guys, assalamualaikum..


dah dekat dua bulan baru rasa mood nak update entry tentang majlis perkahwinan tu wujud. sebelum kahwen bagai nak rak buat entry preparation. konon-konon lepas je majlis nak update pasal reception la. ermmm mai.. mai... hehehe. tahukah kamu semua kalau kita punye majlis, terasa kita sendiri takde simpanan gambar??? seyes iollsss cakap. dah la aku tak ada adik yang boleh diharapkan untuk tolong amekkan gambar. ada kakak, tapi kakak-kakak iollsss biasalah busy dengan AJK masing-masing. haha jangan tak tau kiteorang tubuhkan AJK. akak sulung menyandang paling banyak AJK. (AJK cendermata, AJK masak makan berdamai, AJK penyambut tetamu, AJK lucky draw, AJK kemas rumah). akak kedua siket je tugas sebab beliau preggy..(AJK masak makan berdamai + AJK cenderamata).  jadi celah mana nak tolong amekkan gambar ak banyak-banyak? jawapannya memang kene tunggu gambar dari fotografer. kuang3. 



memula nak cakap terima kasih tak terhingga kepada mak dan abah sebab sudi mengizinkan anaknya ni kahwen. bukan senang nak melepaskan anak perempuan bongsu ni kat orang lain. sebelum kahwen aku selalu nampak yang mak macam susah hati bila tau anak dia nak kahwen. maybe sebab aku muda lagi. tapi maybe lama-lama mak faham keadaan sebenar then mak restu dengan rela hati. tak terlintas hati ini nak kecewakan parents sendiri. habes je belajar terus nak kahwen. Tak! bukan tu tujuan sebenar. jodoh ni ada kala datang lambat, ada pula datang cepat. mungkin suratan aku untuk kahwen diusia muda (24 tahun). insyaAllah mak, selagi nyawa dikandung badan, kita tak akan lupa tanggungjawab kita sebagai anak. 



pilihan warna tema adalah beby blue-pink. semua adalah pastel colour. Hanis cakap nak yang pastel, tak mau terang-terang. okok..! kan iolsss pernah worried sangat kan dengan pilihan bridal kiteorang. tapi at last bridal ni langsung tak saketkan hati kiteorang la. on time! on bajet! even tinggal 2 weeks baju tak siap, tapi dua hari sebelum majlis, baju kiteorang berjaya disiapkan! ak sangat-sangat puas hati dengan beading dia, bunga-bunga semua adalah bertepatan dengan pilihan aku. kira dia memang ikut apa kehendak aku la.  senang cakap kat sini masih berbaloi jugak la. 



seyes cakap bajet majlis kat rumah aku hari tu untuk make-up  nikah + reception, 1 pasang baju baru, pelamin, aksesori hanya RM 1500. masih murah kan! baju tu sehelai je memadai, sebab tak perlu kita habeskan masa nak salin baju lain and tukar style tudung lain pulak. jimat masa, and family + kawan-kawan pun nak jumpa kita. tak de lah kes peranten asyik duduk bilik je. wink wink wink. And, iollsss nak bagitau, makeup dia memang classss... tak over and tak terlalu simple. pastu tak perlu nak touch up lagi untuk seharian tu. then yang solek perempuan, kita sangat selesa. Kepada kawan-kawan yang nak kahwen maybe, boleh lah survey kat SRI ANDAMAN MEMPELAI area SSAJ Batu 3 kluang. wahh promote pulak. yelah sebab servis dia baek kat kiteorang, so kasi promote la kenss.. 


suka sangat beading, flower, colour!


kalau nak cakap pasal pelamin ni yang failed siket.. biasa lah tak semua yang plan akan menjadi kenyataan. mesti ada yang cakap peranten dah sama kaler dengan pelamin. wakakaka.. i agreed that! macam ni, memula iollss da pesan da kat bridal ni nak pelamin kaler pink+putih. tapi bila tiba masa dia match kan jugak pink dengan blue. aku dah malas nak tegur time tu takut dia cakap aku ni cerewet sangat. biarkan jela.. so jadi lah pelamin sama kaler dengan peranten. kuang3.. 


mimpi yang indah-indah...=p


lupakan kenangan yang serabut-serabut tu. yang pasti majlis dah berjalan dengan lancar. cuaca pun alhamdulillah tak hujan. makanan pun iollsss rasa lebih dari cukup untuk para tetamu yang datang. 


hamboi mak pun nak posing lentok kepala kat abah.




kakak dan anak sedara. baju dieorang pun nak lace. glemer uollsss..!



pengapitsss... thx babe!!!
iolss doakan lepasni korang plak ye naek pelamin.  lekas2!


from left: Dyana, Nadia, Juwairiah, peranten, Shazwani, Atiqah.
thx laling!!




waaaa ni geng jemah UUM kiteorang!!!
tq sangat sebab korang sudi datang. dari kedah,kelantan,kl,jb,bp,pontian.. uiiiii bawak luggage siap datang.




geng STK!!!
tak sangka korang datang 1 rombongan. tq korang yang spoting!


ini jiran-jiran iollsss... dieorang banyak tolong..tq babe!


adat Johor. bayar tol..!



orang kuat kendarat mak! spoting gile...! muahahhaa



i love you sayang! 


............................................................................................


next reception belah lelaki. hamboi jimat entry gituuu.. 
jika anda sedia maklum, Hanis dah kehilangan mak sejak 2011. mak aku selalu kesian dengan Hanis. asyik soh datang rumah je soh makan macam-macam. adoiii.. hehehe. 
hubby kita seorang yang tabah! semua persiapan hanis yang buat and dibantu oleh abah,aunti aida, along and aizat. iollss kasi tabik spring ahh.. 


majlis resepsi seterusnya berlangsung di Dewan Jubli Intan, Kluang.
pemilihan dewan yang sederhana besar sangat sesuai dengan family yang tak terlalu besar. okey jugak la.. sewa dewan pon masih murah. dan bridal yang sama jugak kiteorang gunakan. muahhaa.. senang kan!
bajet di dewan sangat macam puiiii kalau kat semua bridal..paling murah RM 3500 gitu. tapi kiteorang kan suka under bajet. kalau boleh nak yang simple tapi comel. hehehe.. 
dengan SRI ANDAMAN MEMPELAI ni kos pelamin, makeup, decoration meja makan berdamai, pintu gerbang, walk away, aksesori hanya RM 1900. ehemm amacam? okey kan untuk bajet bridal di dewan? tapi bajet ni tak termasuk baju sebab baju kiteorang beli sendiri. alah kalau sewa baju maybe hanya perlu tambah rm250 kot. masih murah lagi la untuk pakej dewan. wink3



dewan yang telah di'renovate'


tema warna kali ni adalah orange-green. memang sengaja nak try guna kaler macam ni. nampak berani.



meja makan berdamai



my new family.. :)



pengapitss.. mereka sume unavailable..opsss



tetamu yang spotinggg


the hero...007! 
muahahhaaa


the princess!!
op koz la  fairytale.. 




lot of love!

.........................................................................