Friday, June 28, 2013

update



Hehu... akhirnya status suri rumah sepenuh masa akan berakhir lagi dua hari. sujud syukur bila check dapat negeri yang dikehendaki. Alhamdulillah doa suami dan keluarga termakbul jua. Sekarang tinggal tunggu nama sekolah pulak. Yang ni pun nebes jugak la sampai membuatkan selera makanku turun dengan begitu mendadak. Muka pun macam ayam berak kapur je. Muka susah hati letewww.. Same situation masa dapat panggilan universiti dulu sebab dapat jauh. Hape laaaa... 






So isnin 1july2013 ni akan diberitahu nama sekolah time sesi taklimat. 
Ya Allah permudahkanlah hambaMu yang penakut dan cengeng ini.. Amin... Good luck Cikgu Maizatul..! 






................................




Wednesday, June 19, 2013

mak jemah turun KL

hye assalamualaikum..


aiyoooo selalu nak update entry dengan cerita yang tak up to date. why eh?
entry kali ni berlaku dalam 2 minggu yang lepas. Bila kawan-kawan dari negeri berbeza turun KL. gamat okey gamat! 

cik nab- JB
jue - tengganu kite
zana - kedah
dyana and me - KL

dah pesan dah kat dieorang soh bawak duet poket tebal-tebal siket. hari pertama lokasi adalah Sogo and Jln TAR. hmm even Sogo sale sepanjang bulan tapi nampaknya tak berjaya memikat hati kiteorang nak shopping.  terus bawak dieorang ke jln tar. kat sini memang kompem duet mengalir dengan derasnya.. terutama tudung la kan. mana tak, sehelai bawal plain rm4.50, amek kau borong sampai 10 helai. tapi share la..



ini kedai jual kain cotton. ada dua budak tu sungguh tertarik dengan godaan abang bangla. kat sini adalah tempat paling lama kiteorang spend sebab rambang mata nak pilih kain cotton yang sumpah semuanya cantek. kalau pergi ke kedai sendiri korang boleh lah dapat beli dengan harga rm55. alasan paling kukuh bila banyak gila shopping kain ela and tudung adalah sebab nak jadi cikgu kan.. baju and tudung kena lah banyak.. uiiiii... 






on the way ke times square



kat kedai ni je da bape helai ntah dieorang beli. skirt and blouse dalam rm25 je. long dress rm49. aku tengok je, janji tak maw shopping pape kat sini tapi last2 terbeli lengging rm10 jugak. terpesona dengaan kaler block.. okey bai




shopping tak ingat dunia sampai lupa belom lunch rupenye. cik dyana promote kiteorang makan kat restoran korea. DUBU-DUBU kat times square tu. not bad la.. memula muka aku yang macam "adoiii reti ke iolls makan ni..dengan nasi macam lain macam" at last aku jugak habes makan dulu dengan licinnya. 



malam tu operasi mencari kedai burger bakar abang burn.
seme yang blogger femes like irine nadia and FL update dieorang nak try, seme okey seme. naseb baek dekat je kedai abang burn ni dengan rumah. kalau tak......



so malam tu dieorang check in kat rumah aku.. kesian takde tilam kan. 



the next day adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. ke IKEA. yeayyy my peberet meatball. seb baek kiteorang jalan-jalan ni time weekdays, so x de la penuh sangat kat ikea ni berbanding weekend. 


ni semua propa.. lebeh-ebeh yang tudung kaler yam. rasa nak tumbuk-tumbuk je.. muahaha.. muka ayu yang geli. acaner?








ingatkan kat sini nak makan meatball je, tapi tershopping jugak. aigooo.
i rase i macam anak dara jugak macam dieorang.. always okey.


after IKEA sepatutnya ada cerita maen ice skating kat sunway pyramid and pergi i-city. tetiba tergantung sebab aku balek awal. hubby kite tak sehat. 


lepas ni kami semua akan menjadi guru untuk selama-lamanya. tak tau la ada masa berjimba lagi ke tak. semoga kita smeua tak dipostingkan ke Borneo negeri yang sangat digeruni.



see u again my fren..!



Monday, June 10, 2013

mak abah umrah

hye guys assalamualaikum


semalam 9 Jun 2013 mak and abah telah selamat pergi menunaikan ibadah sunat umrah ke Mekah. kiteorang adik beradik hantar mak and abah kat Airport Senai, JB.


kite doakan mak and abah selamat pergi dan selamat pulang. semoga sihat, dapat menjalankan ibadah dengan baek dan yang pasti happy dapat ziarah tempat-tampat di Mekah & Madinah.





semoga suatu hari nanti anak-anak mak semua dapat menjejaki kaki ke Mekah jugak..! aminnnn