Sunday, September 29, 2013

welkem Oktober


Salam and hai


September bakal mengakhiri bulannya. Bulan yang sebenarnya aku paling suka sebab september adalah bulan birthday aku dan suami tercinta. Tapi untuk 2013 september ni tidak memberi sinar kegembiraan untuk kami sebab terpaksa hidup berjauhan. InsyaAllah aku mengharapkan september tahun hadapan dan seterusnya akan memberi cahaya kebahagiaan untuk kami sekeluarga..





So, Oktober...tolong beredar secepat yang boleh okey. Setiap hari aku menadah tangan supaya suami pulang ke pangkuaan dengan segera. Dah tak sabar menunggu detik kepulangan beliau nanti. Tapi bila difikir-fikir sebenarnya lama lagi sebulan itu. Semua orang boleh cakap, alah..pejam celik pejam celik dah 3 bulan. Ehemm yelah.. yang tidak merasa sudah pasti tidak tahu beban rindu yang ditanggung. Dah berapa kali pejam celik tapi belum jugak suami aku balik. Hai lah diri, pelis kuat! Siket je lagi Mai..!



-till then-


Monday, September 16, 2013

15sept

Assalamualaikum and hye guysss!




Happy birthday to you mai..!

Siapa yang tak sedih bila time besday sendiri orang tersayang tiada di sisi kita untuk meraikan bersama, wish and kiss, makan kat luar ke maybe. Tapi haruslah terima hakikat bahawa tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Iollsss terima ini semua adalah ujian dari Allah. DIA pinjam suamiku untuk sementara waktu, untuk biarkan aku belajar erti berdikari, untuk kami saling rindu merindui dan untuk menguatkan lagi cinta kami. 



Terima kasih suami sebab buat semua ni untuk sang isteri. Pos cake ke rumah dan pos munge idamanku ke sekolah. Sangat tak sangka. Im really appreciate it. 





Sudah kesekian kalinya i said that i cant wait you to be back home! 





Till then, bye