Monday, December 23, 2013

Grilled Chicken Chop


hye guysss!

Grilled Chicken Chop with Mashed Potato and Black Paper + Mushroom Sauce


Semalam mood kite rajen siket mengonon nak masak wastern food untuk dinner. ahaksss! tak reti pon sebenarnya. apa lagi kite google lah kensss.. tahniah blog Resepi Citarasawan  sebab blog anda menjadi sumber rujukanku untuk memasak.. hihi. sebab kite pun amek resepi dari orang, so tak salah kite pon share resepi untuk orang lain. ye idok?


iolsss memang suka sangat makan chicken chops sejak zaman kat universiti dulu. kalau boleh setiap hujung minggu nak makan chicken chop. makan ramai-ramai dengan kengkawan memang syiokk owhh sambil ber'jemah'. 


kite guna teknik grilled sebab sekarang aku and hubby tengah batuk-batuk. so kononnya nak kurangkan makanan berminyak. so better grilled daripada kaedah menggoreng. dan bahan-bahan semua memang versi apa yang ada kat dapur. sebab tu guna kobis tak guna salad, and guna sosej + chicken popcorn tak guna wedges or fries. hihi. By the way, chicken boneless and semua bahan boleh didapati di supermarket seperti Aeon Big/tesco/ bla bla bla..


Bahan perapan:

1) 2 chicken boneless 
2) 1 sudu besar sos lada hitam (kite guna jenama life)
3) 3 sudu besar sos tiram
4) 1 sudu besar sos cili
5) 1 sudu besar kicap 
6) 1 sudu minyak makan (better minyak bijan, tapi kat rumah tak hado minyak bijan. ia supaya tak lekat ketika membakar)
7) 1/2 kiub ayam

Cara-cara:

1) satukan semua bahan dan gaulkan dengan ayam. perap beberapa jam atau semalaman.
2) bakar di atas non-stick pan atau oven.


gunakan lah aluminium foil untuk tidak melekat ye sayang-sayang.
kite bakar dalam oven lebih kurang 40-60 minit. cucuk garfu, kalau cucuk ayamnya dah putih so, dah masak.



Bahan black paper + mushroom sauce :

1) 1 labu bawang besar (jangan besar sangat bawangnya nanti bau bawang sangat dan di potong dadu)
2) 1 sudu besar mentega
3) 2 sudu besar tepung gandum
4) 500 ml air
5) 3 sudu besar sos tiram
6) 1 sudu besar sos lada hitam
7) 1 sudu besar sos cili
8) 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan, kalau tak nanti sos kaler kelabu)
9) 1 sudu besar lada hitam tumbuk. (aku guna serbuk lada hitam cap aji nomoto je kuikuikui)
10) 1/2 kuib ayam
11) mushroom tin (di hiris)


cara-cara:

1) larutkan tepung gandum dalam air. kacau hingga rata.
2) panaskan mentega dalam pan, tumiskan bawang hingga layu.
3) masukkan tepung yang telah dilarut dengan air tadi. kacau hingga rata.
4) masukkan semua bahan (segala sos-sos, kicap dan serbuk lada hitam).
5) last sekali, masukkan mushroom. biarkan mendidih dan masak.

* tak perlu tambah garam/gula sebab sos-sos tadi telah memainkan peranan manis dan masin.
* kalau rasa terlalu pekat, boleh tambah air.




kite memang manusia yang tak suka makan coleslaw. so tak perlulah buat coleslaw. muahahhaa.. tapi Puan Meijatul ni sangat gila makan mashed potato!


Bahan mashed potato :

1) 2 biji kentang USA
2) 1 sudu mentega
3) 1 sudu susu cair/segar
4) secubit garam


cara-cara:

1) kopek kentang, belah 4 dan rebus sehingga empuk.
2) lenyek kentang rebus dengan mentega, susu cair/segar dan secubit garam. 



Then, korang curah je black paper sauce tadi. senang cite!



o
tadaaaa...!!!
uwwaaa plating memang failed! tapi tak apa asalkan guna gambar hasil kreativiti sendiri. 


selamat mencuba...!



No comments:

Post a Comment

student tanye cikgu jawab =))