Wednesday, December 11, 2013

Tokyo trip Day1


Bismillahirohmanirohim... Hye guys assalamualaikum!
Tarik nafas dalam-dalam sebab entry ni sangatlah panjang. Lepas 3 minggu balik dari bercuti barulah datang semangat nak menaip. Biar satu hari nanti boleh baca semula kenangan berjalan-jalan ni. Fuhhhhhhh


Plan nak pergi honeymoon ni memang dah dirancang sebelum kietorang kawen lagi. Hanis(hasben) yang nak sangat bawak wife dia ni pergi jalan kat Tokyo sebab kononnya dia rindu sangat nak datang Jepun selepas 2 tahun balik Malaysia for good. Tapi tak dijangka, lepas seminggu hari raya aidilfitri, boss dia suruh hanis kerja kat YOKohama selama 3 bulan. *menangis kite kene tinggal.sigh*  Hanis lah yang asyik usha AirasiaX. Aku buat derk je..biasalah aku, manusia yang malas nak meng'google'.. muahahahaaa... So awal tahun haritu kiteorang da siap-siap booked ticket untuk 4 orang. Hehhee father in law and auntie Aida kite pon nak join sekali. Okey no probs..lagi ramai lagi syiokk owhhh.. After few month kakak hanis pon nak join jugak. Kahkahkah okey booked lagi dua plus 1 infant. Harga ticket pergi balik seorang RM 1100. Harga tu sounds like "okey laaaa.." 
Kiteorang pergi tanpa tourist guide, so jimat siket ahh. 





From LCCT to Haneda Tokyo Airport sampai sana hari Sabtu kul 10 malam lebih kurang. Kat ticket cakap sampai kul 11 tapi lagi cepat plak sampainya. So malam tu hanis cakap kite semua tidur kat airport sebab dah lewat malam dah tak boleh nak check in hotel. Hahahahaa so masing-masing amek seat and tidur kat situ. Hanis ada cakap yang kemungkinan sehari dua ni kat Tokyo akan ada gempa bumi. Tapi gegaran siket-siket je tak membahayakan. Dalam aku tengah tidur kat seat malam tu, aku macam mimpi tengah ada gempa bumi..siap tercakap "makk...makk....". So bila esok pagi bangun, dalam hati cakap mimpi. Rupanya realiti.. Kakak ipar kata 2x gegar.. Kahkahkah bengong mai cakap mimpi pulakkk..

So lepas subuh tu kiteorang naik train yang paling awal. Keluar je airport da merasai kesejukkan angin Tokyo. Sekarang kat Tokyo adalah musim luruh around 8-12 degree. Dan masa kat jepun cepat 1 jam daripada Malaysia. Orang jepun paling suka musim autumn. Why? Yang tu takde jawapan. Wakakakaa




Kat sana kiteorang siap-siap beli ticket 'pasmo'. Its like touch n go card ahhh. So senang nak naik train tak perlu beli ticket. Untuk kali pertama kiteorang topup 5000 yen seorang. Tapi bole guna sampai habis. Eceli 5000 yen ni bertahan selama 3 hari je sebab kitorang memang guna train untuk ke mana-mana. Adventure lah siket. He3



Aman damai je kat Tokyo. Jalan raya dorang memang langsung tak sesak. Sebab dorang pergi mana-mana guna train. Pejalan kaki paling diutamakan. Haaaa kat stesen train memang sesak gila wa cakap sama lu.. manusia ke sana ke sini, tapi jarang langgar orang sebab dorang kan disiplin. Naik train naik lift pon beratur. MALAYSIA? ermmmmm kalau beratur mesti kene gelak. Haih


Okey lets start...!!!

Ahad-Day 1

Pagi lepas check in hotel, hanis bawak kitorang ke Imperial Palace Garden. Tempat ni adalah tempat pelancong wajib datang sebab kononnya ni adalah tempat bersejarah zaman raja dahulu kala. Tempat ni sangatlah luas sampai aku tak larat nak jalan ke semua tempat. Just melawat kat 1 garden ni sahaja. Tapi memang siyes...tantek angat! Pemandangan kat situ macam gambar dalam kalender if korang pernah perasan la.. hahahaha.. kat sini masuk free sahaja tapi Isnin tutup. Kitorang sarapan makan roti bekal dari Malaysia je untuk hari ni. 










Tengahari tu hanis bawak kitorang ke Harajyuku naik train. Yup ke mana-mana sahaja naik train pastu jalan kaki dalam 15 minit ahh paling kejap untuk sampai ke mana-mana. So sesapa yang ade penyakit gawot tu simpan je angan-angan kerana dikuatiri kaki korang tertinggal kat belakang..hikhik just a joke! Bab nak cerita ke situ ke sana naik train ape aku nak mintak maap sangat-sangat sebab lupa nak take noted. Terlalu banyak jenis subway,JRLine bla bla bla..



Tips travelling: harus study google maps and maps train! Okey sila tengok peta train tu. Ermmm menangis ahh kau kalau tak study betul-betul sebelum nak berjalan. Keh3


Okey berbalik kepada cerita sebenar, pastu kitorang singgah kat Masjid Tokyo berdekatan dengan Harajyuku tu. Turun train jalan kaki around 15minits. 




Kebetulan hari ni warga muslim TOkyo ada wat program amal ahh lebih kurang. Berbelanja sambil menderma. Setahun sekali je. So kira program ni sangat dinanti-nantikan oleh muslims Tokyo. Kat situ ada jual makanan halal yang dimasak sendiri oleh student universiti kat Tokyo. Kitorang pun tumpang sekaki beli makanan untuk lunch kat masjid ni. Dorang ni majority dari Indonesia,Malaysia and negara Arab yang lain. 



Tantek angat masjid ni kan! Ala-ala kat Turkey gitewww... 
Lepas da kenyang, Hanis bawak kitorang ke Harajyuku Street. Dari masjid tu jalan kaki pergi stesen train tadi and berhenti kat 1 stesen lepas masjid tu. Harajyuku Street ni tempat remaja belia ber'shopping'. Crowded gile aku cakap! Nak jalan pun kene berhimpit-himpit. Kanan kiri kedai jual baju and kasut. Harga kat situ macam harga murah lah pada dieorang. Tapi pada orang Malaysia, "mak aiii mahal gila..."


Sebelum tu, hanis sarankan kiteorang beli kebab untuk dinner malam ni. Kat sini ada jual Doner Kebab yang halal di makan. Inilah gunanya travel dengan orang yang dah biasa dengan tempat kat situ and faham bahasa jepun. So that hasben boleh bercakap, bertanya, and baca ingredient tu sendiri. So kita boleh makan tanpa was-was. 



Kedai kebab ni ada kat depan tempat dorang shopping. Pak arab tu memang akan berdiri kat depan kedai untuk panggil orang beli kebab kat kedai dia. Kebab chicken or daging 500 yen. Boleh request nak sos pedas or kurang pedas. Dijamin sedap gilaaaaa.. isi ayam dia banyak gila. Gerenti menjilat jari. 







Dalam pada cakap mak ai mahalnye, sempat jugak aku beli dua helai baju. Hikhikhikhik. Meijatul kan kaki shopping, haruslah beli! Bukan ape, konon dari rumah cakap tak yah bawak baju banyak-banyak. Bawak 2 3 helai je. Tapi tak kan hari-hari kau nak pakai baju sama. Tak tantek la gambar cenggitu. *alasan semata-semata*




Ni la yang aku cakap tu. Ramai gila manusia..! Memang kalau tak sabar memang stress gila jadinya. Haha. Okey tak beli pape kat harajyuju *tak beli pape eh..baju dua helai*. Lepas tu naik train lagi menuju ke Roponggi. Time ni kakak ipar and abang ipar balik ke hotel sebab kesian beby dieorang da mengamuks.. aku,hanis, fil and auntie in law pergi Roponggi sebab auntie Aida nak belikan t-shirt Hard rock untuk anak dia. 



Jalan kaki jauh jugak lah dari train tadi. Lenguh kaki oi.. baru sehari da kene dera jalan kaki. Patut lah orang jepun semua slim belaka sebab banyak jalan kaki. Kalau odw nak kemana-mana korang rasa nak gi toilet, korang boleh singgah 7eleven. Dalam tu ada toilet free and you just no worries toilet dorang kat jepun semua bersih gila. 


Lepas da beli baju hard rock, kitorang teruskan berjalan kaki untuk ke Tokyo Tower. Dari sini dah nampak dah Tokyo Tower nya. Tapi bila jalan, tak sampai-sampai. Nak patah balik je rasa. Eh mana boleh, tak macho ah give up kensss.. 



Finally kitorang sampai..yeayyyy!! Kalau datang Tokyo wajib ahh datang sini. Datang time malam baru best sebab ada lampu. Ticket masuk 8200 yen. Darab lah sendiri dengan 3.3 maka dapatlah jumlah dalam RM. Owhhh kalau autumn, kul 5.30 petang dah gelap. Malam lebih panjang daripada siang. 



Bila naik tingkat atas, masyaAllah.. cantek gila pemandangan bandar Tokyo. Huuwaaaaaaa! 



Pergi mana-mana wajib beli fridge magnet. Kat situ ada Tokyo Tower shop. Korang boleh la beli pape kat situ. Reptika Tokyo Tower yang belah kanan tu hasben dah beli time dia study dulu. So aku hanya beli fridge magnet Tokyo Tower je. Harga around 420yen kot. Lupe!

Dan pastu naik train balik ke hotel. Pastu mintak hasben urutkan kaki sebab saket angat tahap maksima. Okey mesti korang cakap bila nak habes cerita kan. Okey tu sahaja untuk entry kali ni..  


To be continue..! Thanx for reading this entry. Bye!


1 comment:

  1. Sori..correction untuk tiket tokyo tower. Harga tiket 820yen.. hik3

    ReplyDelete

student tanye cikgu jawab =))