Tuesday, March 19, 2013

projek DIY

hye guys assalamualaikum..!



Entry tentang my wedding macam dah terhenti je kan sejak entry The solemnization. eceli macam-macam lagi yang iollsss nak ceritakan kat korang yang sudi membaca, tapi asyik malas je nak menaip. busy letewww.. sejak dah kahwin status sekarang adalah surirumah sepenuh masa. sementara tunggu posting, iolllssss memang menghambakan diri untuk hubby tercinta, eceh..! pagi-pagi sediakan air untuk hanis, kemas katil, baca novel, basuh baju, online, makan ringan-ringan, iron baju kerja hanis, online lagi, then petang masak, tengok tv, tunggu hanis balek kerja,malam makan sama-sama, tengok tv, tido...zzzzzzzzzzzz 


korang minat tak DIY? sejujurnya aku adalah manusia yang sangat tak kreatif. lukisan zaman sekolah mana pernah dapat A.. paling bagus macam B je kot. memang tak suke subjek seni..! even soalan exam untuk subjek seni dapat tahu awal, patutnye boleh lah creat lukisan yang gempak, tapi cenggitu lah jugak lukisan yang aku buat. hmmmm Mai.. Mai...


tapi sebab kawen awal punya pasal + kawen sebelum kerja, macam terus jadi kreatif.. (kreatip sangat ke?? persoalanya..wakakakaaa) Memula berangan nak buat munge telor sendiri. sebab terpedaya dengan kata-kata incik Hanis. dia cakap dia tak suka munge telor yang ada bling-bling kilat-kilat. (can you imagine?). macam terus agree with him. Then jalan-jalan kat Nilai 3 nama kedai ZC. kedai ni sangat best la bagi aku sebab barang-barang dia macam berkualiti + glamour. 


Fall in love with this munge telor. 
yang kat atas  tu dusty pink ye kawan-kawan
rm 4.50  sebatang. 



balek rumah terus lah buat eksperimen guna tisu dulu, bila dah agak-agak berjaya terus beli bahan-bahan (paper crepe, reben-reben,gam uhu) untuk pengetahuan, munge tu mahal sebab dia guna reben-reben yang comel. bila comel tentulah harganya pun mahal. reben organza tu yang agak mahal. bergulung-gulung iolsss beli. pastu 2 bulan baru siap! so hasilnye adalah begini, even tak 100% sebijik macam kat kedai.






next, adalah projek DIY kad jemputan kahwen. yang ni paling macam nak taubat nasuhah la sebab kerja paling remeh dalam dunia. ingatkan senang tapi macam-macam step yang kene dibuat. tapi harga kompem jauh lebeh murah dari yang anda sangkakan. 


projek gedik ni bermula bila tengok kad jemputan kahwen ayu raudhah. 




makanya, hasil DIY dan ubahsuai telah berlaku.. seperti kad yang korang dapat tu lah hasilnya.. projek ini semakin gedik bila iolllsss pon buatkan kad untuk belah lelaki.. uiiiii rajen sangat....








bila kad dah siap, terus fikirkan untuk goodies.. iolllssss konon-konon suka lah kalau lain dari yang lain, asyik guna paper bag je, apa kata kita make a something different...! 



goodies untuk tetamu mak abah.. doly paper tu iolss kalerkan pink sendiri..tapi berjaya buat 300 pcs je sebab dah malas..hikhikhik



yang ni iollsss buat lebeh comel and spesel siket khas untuk VIP + kengkawan.. hehehehe


lepastu ada goodies tambahan la.. kiteorang sekeluarga bersepakat tak mahu guna mug sebagai goodies, tapi nak guna botol-botol cute ni sebagai goodies..  beli botol, then hias comel-comel.. iollsss gune sahaja reben-reben lebihan buat munge telor, bunga kaler kuning tu cabut bunga mak..hik3





dua botol ni untuk VIP, dalamnya isi beskot nestum bersalut coklat yang dibuat khas oleh kakak iolss sendiri. sorry gambo nestum coklat lupe nak amek, tapi yang pasti sodappp..hehe



yang ni goodies untuk kengkawan jugak.. kira dieorang akan dapat 2 benda lah. yang mana hanya dapat 1 goodies tu, maaf ye sebab mungkin berlaku kesilapan teknikal or sebok sangat mak ayah or kakak time tu. 



yang ni pula goodies untuk tetamu yang hadir semasa akad nikah. dalamnya, isi beskot choco chips yang dibuat khas oleh peranten sendiri.. hikhikhikhik..



sekarang masuk pula bab guestbook.. yeayy tang guestbook la benda paling malas sekali iolsss nak buat.. dah nak dekat tarikh kahwen baru fikirkan macam mana gaya guestbook aku tu ye. iollsss memang banyak idea, tapi kekadang pandai pikir je buatnya malas. muahahhahaaaa



tantara tara......! diam jangan gelak eh






buai laju-laju sampai pokok sena.. lalalalaaa
jiran aku geleng kepala, "idea gila apa yang kau buat ni?"
hehehe


btw, thx to my fren harlinda sebab pinjamkan bunga lingkar-lingkar, thx to nurin sebelah rumah, akma depan rumah, linda lorong 5 sebab malam-malam tolong iollsss gubah buai ni jadi comel..!



the props..!
thx to mieza tolong bagi link kat mana nak search props yang comel
thx to atiqah kamarudin yang tolong iolss gunting menggunting.. hehehe





iollsss juga ada bagi bookmark kepada sesiapa yang nak amek kat meja guestbook.
thx to kiki lala sebab tolong meng'photoshop' kan owl yang cute ni. hehehhe





wakakaka..simple backdrop untuk akad nikah + khtatam Quran. 
tak nak langsung mention ni adalah mini pelamin, sebab tak langsung pelamin. so call it backdrop..!


thx to kak Nda bago pinjam langsir, annie and her husband sebab tolong iollsss buat backdrop.



fuhhhhh rasanya setakat ni dulu entry tentang DIY. next entry maybe story tentang baju,vei + shawl rekaan sendiri. uiiiii 


ppsssstt: doakan iollsss berjaya dalam penilaian khas guru lusa ye!



papai