Monday, April 15, 2013

The reception


hye guys, assalamualaikum..


dah dekat dua bulan baru rasa mood nak update entry tentang majlis perkahwinan tu wujud. sebelum kahwen bagai nak rak buat entry preparation. konon-konon lepas je majlis nak update pasal reception la. ermmm mai.. mai... hehehe. tahukah kamu semua kalau kita punye majlis, terasa kita sendiri takde simpanan gambar??? seyes iollsss cakap. dah la aku tak ada adik yang boleh diharapkan untuk tolong amekkan gambar. ada kakak, tapi kakak-kakak iollsss biasalah busy dengan AJK masing-masing. haha jangan tak tau kiteorang tubuhkan AJK. akak sulung menyandang paling banyak AJK. (AJK cendermata, AJK masak makan berdamai, AJK penyambut tetamu, AJK lucky draw, AJK kemas rumah). akak kedua siket je tugas sebab beliau preggy..(AJK masak makan berdamai + AJK cenderamata).  jadi celah mana nak tolong amekkan gambar ak banyak-banyak? jawapannya memang kene tunggu gambar dari fotografer. kuang3. 



memula nak cakap terima kasih tak terhingga kepada mak dan abah sebab sudi mengizinkan anaknya ni kahwen. bukan senang nak melepaskan anak perempuan bongsu ni kat orang lain. sebelum kahwen aku selalu nampak yang mak macam susah hati bila tau anak dia nak kahwen. maybe sebab aku muda lagi. tapi maybe lama-lama mak faham keadaan sebenar then mak restu dengan rela hati. tak terlintas hati ini nak kecewakan parents sendiri. habes je belajar terus nak kahwen. Tak! bukan tu tujuan sebenar. jodoh ni ada kala datang lambat, ada pula datang cepat. mungkin suratan aku untuk kahwen diusia muda (24 tahun). insyaAllah mak, selagi nyawa dikandung badan, kita tak akan lupa tanggungjawab kita sebagai anak. 



pilihan warna tema adalah beby blue-pink. semua adalah pastel colour. Hanis cakap nak yang pastel, tak mau terang-terang. okok..! kan iolsss pernah worried sangat kan dengan pilihan bridal kiteorang. tapi at last bridal ni langsung tak saketkan hati kiteorang la. on time! on bajet! even tinggal 2 weeks baju tak siap, tapi dua hari sebelum majlis, baju kiteorang berjaya disiapkan! ak sangat-sangat puas hati dengan beading dia, bunga-bunga semua adalah bertepatan dengan pilihan aku. kira dia memang ikut apa kehendak aku la.  senang cakap kat sini masih berbaloi jugak la. 



seyes cakap bajet majlis kat rumah aku hari tu untuk make-up  nikah + reception, 1 pasang baju baru, pelamin, aksesori hanya RM 1500. masih murah kan! baju tu sehelai je memadai, sebab tak perlu kita habeskan masa nak salin baju lain and tukar style tudung lain pulak. jimat masa, and family + kawan-kawan pun nak jumpa kita. tak de lah kes peranten asyik duduk bilik je. wink wink wink. And, iollsss nak bagitau, makeup dia memang classss... tak over and tak terlalu simple. pastu tak perlu nak touch up lagi untuk seharian tu. then yang solek perempuan, kita sangat selesa. Kepada kawan-kawan yang nak kahwen maybe, boleh lah survey kat SRI ANDAMAN MEMPELAI area SSAJ Batu 3 kluang. wahh promote pulak. yelah sebab servis dia baek kat kiteorang, so kasi promote la kenss.. 


suka sangat beading, flower, colour!


kalau nak cakap pasal pelamin ni yang failed siket.. biasa lah tak semua yang plan akan menjadi kenyataan. mesti ada yang cakap peranten dah sama kaler dengan pelamin. wakakaka.. i agreed that! macam ni, memula iollss da pesan da kat bridal ni nak pelamin kaler pink+putih. tapi bila tiba masa dia match kan jugak pink dengan blue. aku dah malas nak tegur time tu takut dia cakap aku ni cerewet sangat. biarkan jela.. so jadi lah pelamin sama kaler dengan peranten. kuang3.. 


mimpi yang indah-indah...=p


lupakan kenangan yang serabut-serabut tu. yang pasti majlis dah berjalan dengan lancar. cuaca pun alhamdulillah tak hujan. makanan pun iollsss rasa lebih dari cukup untuk para tetamu yang datang. 


hamboi mak pun nak posing lentok kepala kat abah.




kakak dan anak sedara. baju dieorang pun nak lace. glemer uollsss..!



pengapitsss... thx babe!!!
iolss doakan lepasni korang plak ye naek pelamin.  lekas2!


from left: Dyana, Nadia, Juwairiah, peranten, Shazwani, Atiqah.
thx laling!!




waaaa ni geng jemah UUM kiteorang!!!
tq sangat sebab korang sudi datang. dari kedah,kelantan,kl,jb,bp,pontian.. uiiiii bawak luggage siap datang.




geng STK!!!
tak sangka korang datang 1 rombongan. tq korang yang spoting!


ini jiran-jiran iollsss... dieorang banyak tolong..tq babe!


adat Johor. bayar tol..!



orang kuat kendarat mak! spoting gile...! muahahhaa



i love you sayang! 


............................................................................................


next reception belah lelaki. hamboi jimat entry gituuu.. 
jika anda sedia maklum, Hanis dah kehilangan mak sejak 2011. mak aku selalu kesian dengan Hanis. asyik soh datang rumah je soh makan macam-macam. adoiii.. hehehe. 
hubby kita seorang yang tabah! semua persiapan hanis yang buat and dibantu oleh abah,aunti aida, along and aizat. iollss kasi tabik spring ahh.. 


majlis resepsi seterusnya berlangsung di Dewan Jubli Intan, Kluang.
pemilihan dewan yang sederhana besar sangat sesuai dengan family yang tak terlalu besar. okey jugak la.. sewa dewan pon masih murah. dan bridal yang sama jugak kiteorang gunakan. muahhaa.. senang kan!
bajet di dewan sangat macam puiiii kalau kat semua bridal..paling murah RM 3500 gitu. tapi kiteorang kan suka under bajet. kalau boleh nak yang simple tapi comel. hehehe.. 
dengan SRI ANDAMAN MEMPELAI ni kos pelamin, makeup, decoration meja makan berdamai, pintu gerbang, walk away, aksesori hanya RM 1900. ehemm amacam? okey kan untuk bajet bridal di dewan? tapi bajet ni tak termasuk baju sebab baju kiteorang beli sendiri. alah kalau sewa baju maybe hanya perlu tambah rm250 kot. masih murah lagi la untuk pakej dewan. wink3



dewan yang telah di'renovate'


tema warna kali ni adalah orange-green. memang sengaja nak try guna kaler macam ni. nampak berani.



meja makan berdamai



my new family.. :)



pengapitss.. mereka sume unavailable..opsss



tetamu yang spotinggg


the hero...007! 
muahahhaaa


the princess!!
op koz la  fairytale.. 




lot of love!

.........................................................................