Friday, May 17, 2013

Kes 3 bulan


Assalamualaikum guyss...



Bila dah masuk bulan ketiga hidup berumah tangga baru terfikir wow banyaknya perubahan dalam hidupku ini. dulu enjoy-enjoy je life kat universiti. sekarang dah kena fikir untuk suami, nak masak apa setiap petang, basuh baju 2kali seminggu and bla bla bla.. korang yang belum bersedia nak kawen, jangan gatal nak kawen sebab nanti life is totally change! so be prepare mental and fizikal. yang lelaki sila kumpul duet anda sebanyak yang boleh. kalau nak kawen 40k harus dalam tangan. bukan just 4k je tau.. yang perempuan kene banyak gila bersabar and kena kurangkan merajuk @ moody anda sebab bila dah kawen suami jarang memujuk. kena tanya "kenape sayang tak pujuk?" wakakaka sampai macam tu sekali uollss.. so korang jangan nak dok meroyan kat fesbuk cakap nak kawen nak kawen, jodoh oh jodoh datanglah padaku.. eceli kita perlu mengadu dengan Allah bila di tikar sejadah tak perlulah kita berminta simpati di laman sosial. peliss jangan nampak sangat yang kita ni desperate.. sori peeps dats is my opinion. chill maaaa xoxo.. 



so dalam 3 bulan ni macam-macam la dah kiteorang lalui. Antaranya :


  • Honeymoon. waahhh jatuh tempat pertama uolllss.. eceli ke Phuket adalah sangat tak dirancang. ada member tanya bila nak update honeymoon ke phuket? memang nak update, tapi asyik malas je sebab? point dua.

  • Sebab lepas seminggu balek dari Phuket iollss kene jangkitan virus chicken chop chicken pox..! rasa dendam dengan chicken pox membuak-buak sampai malas nak update pasal honeymoon ke Phuket. so rasanya ini adalah dugaan pertama rumah tangga. haha sebab aku sangat sengsara and terseksa time tu. memang sangat tak selesa okey.. rasa tak dapat digambarkan macam mana 2 minggu lebeh aku berkurung dalam bilik and berpantang makan. Btw, thx to Hanis sebab jadi tukang sapu krim di seluruh badan  si isteri. Allah maha perancang sebab agaknya Dia nak bagi sakit ni time aku dah ada suami, so ada suami yang tolong sapukan krim kt tempat-tempat yang sulit dan tidak boleh dicapai oleh diri sendiri. dan semestinya suami yang tolong masakkan si isteri lepas balik kerja. thx to along too. so hadiah honeymoon adalah parut di muka yang entah bila nak hilang maybe tak hilang.. Kesian.

  • Lepas seminggu aku baek rupanya Hanis pun jangkit chicken pox aku. muahahhaaa gelak jahat! tapi dia dah makan antiviral awal so chicken pox tak keluar banyak. and macam tak kene chicken pox pun sebab hari-hari keluar jalan-jalan sambil menyebarkan virus kat shopping mall and tak berpantang makan pun.. cisss paling aku tak puas hati dia tak berparut. hmmmm pandainyaa aku jaga suami aku!

  • Fasa lebih mencabar bila akhirnya kami berjaya tinggal di rumah sewa baru. yeayy alhamdulillah. tapi macam biasa lah bila baru kawen memang takde harta karun la kan.. sofa and set meja makan pun lom hado lagi. takpe kami slow-slow okey. hidupp berdikari katenye.. =)


pic from google


  • I have Cici and now miss Cici so much! agaknya mesti ada kengkawan yang pelik sebab before ni memang aku tak akan pegang kuceng untuk kesekian kalinya! aku jadi camtu sebab FOBIA. zaman dolu-dolu time darjah 1 aku ada bela kuceng and mak kuceng ni me kol it CIKI and ada 3 ekor anak. aku sayang sangat-sangat dieorang and 1 ari abah aku hantar dieorang kat pasar awam sebab suka sangat buang air besar kat dalam rumah. sighh..then darjah dua aku masih nak bela kuceng jugak. kali ni entah kenapa aku tak kesah kuceng tu kaler hitam..erkkk then me kol it FAIZUL. wow dasyat nama tu Mai..! aku maen dengan dia, tidur dengan dia everything dengan FAIZUL. and tak semena-mena aku dijangkiti kurap kuceng yang sangat dasyat dikulit kepala. berbulan-bulan tak baik jugak. macam-macam ubat tradisional mak aku try ubatkan aku namun tak baek-baek pun. Lastly gi Klinik Nurish (pakar telinga and kulit) and aku sembuh! mak siap masak pulut kuning uollsss tanda bersyukur. sejak dari tu memang aku BENCI KUCENG. tapi bila duduk Putrajaya MAK OREN datang umah kiteorang and melahirkan CICI. aku jugak yang bagi nama CICI. jatuh sayang sebab Hanis and along suke kuceng. soooooooooo lame-lame aku sentuh jugak la kuceng sebab naluri "kekucingan" memang hado sejak kecik. uiiiiiiii kes terbongkar!






so dalam 3 bulan macam ni lah ringkasan my new life. Menjadi suri rumah tangga sepenuh masa untuk sementara waktu. at least merasa jugak la hidup bersuri rumah. mohon KPM keluarkan nama kiteorang secepat mungkin. ASAP..!!! kami dah lama sangat goyang kaki kat umah. kami nak SEKOLAH.  


okey bye..