Saturday, August 24, 2013

i miss my hasben


Assalamualaikum..







Ini time gembira di Hari Raya. Hakikat cerita sebenar di bawah :


So dah 10 hari Hanis tinggalkan isteri dia kat Malaysia. seyesli sangat perit bila hidup berjauhan. Tak percaya? sila try.. sejak nikah tak pernah berenggang.. makan bersama, mandi err masak bersama, kemas rumah bersama, sidai baju bersama, shopping bersama, tidur bersama.. hummppp
Dulu sebelum tak kawen memang tak terasa nak meroyan. paling-paling pun malam Hanis fly pergi Jepun aku menangis sampai tertidur. pastu esok pagi bangun dah tak rasa apa-apa. di tambah lagi 4 tahun PJJ life aku pun dekat universiti, so ramai kawan-kawan, banyak esenmen, pergi balik kelas so memang tak rasa sunyi. tapi sekarang memang totally different. 



Beberapa bulan lepas bila dapat tahu boss Hanis suruh dia pergi kerja kat Japan 3 bulan memang macam nak gaduh je. Hanis ade cakap "jom ikut abg pergi sana." tapi aku memang tak nak. Tahu mesti tak boleh ikut sebab baru posting sekolah mane boleh suka-suka amek cuti tanpa gaji. Hello kau baru kerja pastu apply cuti 3 bulan? menggedik je! So like my friend said, "dia pergi for his future job, and kau stay sini for your future job too".
 keputusan memang memihak kepada boss Hanis..! congrate boss!  i hate that boss demn much! 



Seperti biasa ego aku memang kuat. aku memang buat tak tahu je. tapi dalam hati sentiasa mengira bulan berganti bulan, hari berganti hari untuk sampai bulan OGOS. kesian jugak la kat laki iolsss.. dah nak dekat-dekat dia nak pergi kiteorang ada la shopping barang raya. Aku nampak Hanis dok pergi rak rempah ratus, kicap, sardin, maggie.. aku selumber je buat-buat tak nampak. tak tolong pun. tengok-tengok banyak barang masakan 3 bulan dia dalam troli.. hummppp!!!



Bab kemas baju pun sama jugak. aku tengok dia da start dah keluarkan bag troli dia. semakin nebes iollsss.. but im still ego. malas nak tolong kemaskan baju dia. tapi bila difikir-fikir semula kesiannye laki aku. dia pergi bukan nak holiday.. dia pun tak suka tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah. at last aku tolong jugak ahh dia kemas baju, sediakan berus gigi and bekalkan kuih raya..isk isk iskkk



Malam terakhir lepas siap kemas beg aku memang dah sedey-sedey dah. masa tu 12 malam. kene bangun awal sebab flight kul 10.50 pagi. malam tu memang malam paling sedih sebab aku menangis tak benti-benti, teresak-esak sepuas-puasnya dalam pelukan dia. Aku nampak Hanis pun lap air mata maybe tak tahan tengok aku dasyat gila menangis. ada satu ayat dia,

"pergi mana-mana jangan lupa pakai cincin abg bagi k. sayangkan wife abg kan..." okey part ni aku semakin menangis lah.





Pagi tu aku kiteorang pergi KLIA naik ERL je. so aku heret sekali my niece untuk temankan aku. sebab takut lepas hanis dah check in masuk dalam, aku tak balik rumah sebab meraung kat KLIA. This anak sedara memang sangat tabah sebab langsung tak touching tengok drama sedeh aku. dia pulak tolong redakan aku nangis. good job my niece! so bila da sampai rumah lepas hantar hanis and hantar my niece kat rumah dia, aku pun sambung menangis sorang-sorang kat rumah dengan kuatnye sampai tertido, then bangun semula menangis lagi sampai kering air mata. 





Detik perpisahan.. uiii caption kemain!
dah takde senyum-senyum comel




Tapi sekarang iollss dah kembali pulih siket dari kesedihan. maybe sebab bekerja kot. siang kat sekolah bersama students, so students lah penyeri hidup aku sekarang, thankx Allah. Aku sedar, semua ni pasti ada hikmah yang sangat besar..


Im waiting for you sayang! 15 NOVEMBER 2013 please come quickly!
my auntie Aida cakap jangan kira hari, better kira minggu akan rasa sekejap. so tinggal 9 weeks sahaja lagi...! Bertabahlah..


okey byee..