Thursday, December 12, 2013

Tokyo trip Day 2, 3



Hye guys assalamualaikum.. kepada readers yang setia membaca blog cabuk ni, cerita travelling ni semoga dapat membantu dan memberi sedikit info-info kalau korang berjalan ke Tokyo nanti. Hew3

Sunday- Day 1

Monday- Day 2

Seawal 8.30 pagi hanis (hasben) suruh kitorang kumpul kat lobby. Tapi pastikan dah breakfast kat bilik. Pagi tu aku sarapan maggie and roti yang dibawa dari Malaysia. So pagi ni hanis nak bawa kitorang ke Tokyo Sky Tree..! Tokyo Sky Tree ni terletak di Sumida,Tokyo di mana ia merupakan menara tertinggi baru di mana di jepun sejak 2011 gitu. Apa-apa maklumat lebih lanjut korang google lah sendiri ye. Itew nak ringkas-ringkas je ni.. hik3


Macam biasa pergi naik train and turun kat stesen sky tree. Kitorang sampai kat sana lebih kurang kul 9.30 gitu. Sampai-sampai je sebok la aku ni bergambar kan. 








Haaaa tulah dia Tokyo Sky Tree.. menara nya macam KL Tower pon hado gak. Hehehe.. hurmm pesanan ikhlas dari aku, bila sampai tu jangan lah kagum sangat bergambar. Ticket masuk belom beli oiiii... sekali tengok kat dalam......




Waaaaaaaaaa.... ramai gila manusia tengah beratur beli ticket. Ni baru side belah kiri, side belah belakang tu ada lagi ramai. Sabar jelaaaa iolsss. Hanis pelik kenapa boleh ramai sangat orang sedangkan kitorang dah pilih hari weekdays. Bila hanis tanya orang jepun tu, dia cakap hari ni bukan hari holiday tapi rupenya dieorang ni semua dari daerah lain ada from saitama,Hiroshima and lain-lain. Kira rombongan Cik Kiah la ni... tengok, masyarakat Jepun sendiri kagum dengan ciptaan negara dorang. kau ada pergi naik KL Tower? Zzzzzzz.. Btw, ticket seorang untuk dewasa 2000 yen. 





Mujur.. not mujur tapi kebetulan abang ipar patah kaki and terpaksa gunakan tongkat untuk berjalan, (dia gigih and kuatkan diri untuk join juga even dia sakit. Clap for him) so that kitorang dapat naik lift guna fast lane and lebih cepat berbanding orang lain yang terpaksa beratur lama untuk naik lift. Hikhikhik. ketawa jahat.







Tadaaaa... kalau semalam naik Tokyo Tower nampak pemandangan malam, hari ni kita naik Tokyo Sky Tree nampak pemandangam siang. Cuaca agak berkabus so tak nampak jelas sangat. Padat kan bandar Tokyo. Tapi tersusun and bersih and cantek. 




Macam biasa wajib masuk shop yang ada kat situ untuk beli fridge magnet.






Firdge magnet yang kecik comel tu 262 yen, replika Tokyo Sky Tree ni tak ingat harga tapi macam rm80 something la. Menara ni dia ada lampu and boleh tukar-tukar like rainbow kaler. Worth it laaa..

Okey da tengahari so lapar. Hanis bawak kiteorang pergi Asakusa. Kat Asakusa ni tempat femes pelancong wajib datang sebab kalau nak shopping souvenir salah satu tempatnya adalah di sini. Bab shopping tu nanti iolss cerita lain kali sebab hahahaa kitorang datang Asakusa sampai 2x. hehe. owh tapi kite nak cakap, kat Jepun memang 24jam jalan kaki. Kaki itew aket angattt... huhu seyes. 



Untuk travel ni aku takde wat preparation sangat tapi ada lah beli kasut ni je. Beli kat The Mines. Bajet comel lah kaler pink kan. Tapi rupenya baru 2 hari, kaki saket sangat-sangat. Takut jugak lah kakak ipar kata kawan dia siap kena buat operation sebab saket kaki. Gullpppp.. tak nak!!!! Bila dah tak tahan tu terpaksalah beli kat kedai. Cari paling murah okey. Tak kisah dah asalkan kaki tak saket.




Murah-murah pun harga 2000 yen jugak. ni paling murah yang ada kat situ yang aku capai. Sobs sobs sobs..! Tapi selesa dan lembut.





Lunch hanis bawak makan Tendon kat Asakusa. Kena jalan kaki dalam 15 minit. Tendon ni adalah semangkuk nasi, ada udang tempura,sotong tempura,ikan tempura,pumpkin tempura, kacang panjang tempura,bubuh kicap and makan dengan sup herba and teh herba. Harga 500 yen semangkuk. Ada lagi menu yang lain. Tapi yang paling murah and mengenyangkan aku pilih yang menu ni je 500 yen. 








Hanis kata dia risau dengan aku sebab aku ni bab makan banyak yang tak suka dari suka. Hahahahaa.. dia worried aku kelaparan letewww.. Rupa-rupanya aku suka gila makan Tendon ni.. ranguppppp...!!!!




Tak tipu... licin mangkuk aku makan. Okey budak jakun tak reti makan guna chopstik. :p


Lepas tu diteruskan dengan naik Tokyo Cruise. Cruise ni dia lalu sungai bandar Tokyo. Tapi sungai dia luas dan bersih macam kat laut pula rasanya. Kitorang naik dari Asakusa dan turun kat Odaiba. Ticket kena beli awal siket. Tapi ikut sukati lah nak naik pukul berapa. Kitorang naik yang latest boat,namanya HIMIKO BOAT with panoramic windows. Untuk HIMIKO BOAT ni hanya waktu tertentu sahaja yang ada. Contohnya pukul 10.10 pagi, 1.25 petang and 3.25 petang sahaja. Selain daripada tu kene naik boat jenis lama punya. Kehkehkeh. So kitorang cepat-cepat beli ticket yang pukul 3.25 petang tu. Dari Asakusa ke Odaiba mengambil masa selama 50 minit. Harga ticket untuk dewasa 1520 yen seorang. 



Ni jeti dari Asakusa tu. Macam biasa,Jepun memang on time. Siapa lambat dia tinggal. Fuhhhhhh








Haaaa ni lah Himiko boat nya.. canggih tak? Hahahaa.. laju..kanan kiri and bumbung dia pon glasses. Bila da 15 minit, orang boat akan buka bahagian atas and kita boleh naik kat atas bumbung. Siyes best gila.. sejuk dan berangin...! Cer try cer try...



Ahaksss.. uolsss, i kalau tak over tu bukan meijatul okey.. hehehehe..



So lepas tu boat ni sampai kat Odaiba. Odaiba ni ada banyak shopping mall. Tapi kitorang tak masuk pon. Tahu, barang mahal mampu tengok je. Hihihi.. tapi tetap amek gambar kat tepi tu.. 





Malam tu konon nak naik ferris wheel tapi tak larat dah. Fenattt... okey pastu lapar. No idea untuk dinner kat mana. Hanis terpaksa bawak kitorang ke Akihabara untuk beli kebab. Kebab lagi?? Haha




Doner Kebab ada jual kat situ. Ada dua kedai, 1 boleh makan kat kedai and lagi 1 just untuk take away. Kitorang pergi yang kedai take away. Macam biasa sorang 1 beli kebab 500 yen. Meh kite tunjuk kebab nya macam mana.. tadaaaa! 




Amacam puas hati tak? 500 yen. Roti pita nipis je  tapi chicken nya banyak gilaaa.. Malaysia, tolong lah jual macam ni.  *okey RM15 mahal sangat. pikir 2x kalau kat Malaysia..hahahaha*. Then pastu naik train balik hotel and tidur.


.............................................................................................


Tuesday-Day 3

Haaa nampak tak kaler font pon dah bertukar so senang day 3 sambung je kat sini. Pagi selasa ni hanis bawak kitorang ke satu tempat di bawah gunung iaitu di Nikko. Nak pergi Nikko ni mengambil masa 2 jam lebeh kurang naik train biasa. Nikko ni ada apa ha??? Kat sini kita akan masuk ke EDO WONDERLAND iaitu perkampungan ala-ala ninja zaman dahulu. Kat sini sangat sejuk. So better prepare baju tebal if musim sejuk lah.

Sepanjang perjalanan ke Nikko, korang akan nampak perumahan penduduk japan, sawah padi if dah melalui perkampungan and boleh nampak pemandangan yang sangat cantek.


Rumah macam tangga. Ko hado?


Sekarang dorang dah tuai padi. Bila dah tuai padi, dorang akan tanam sayur-sayuran pula.


SubhanaAllah.. tantek angat.. patutlah orang Malaysia suka duduk Jepun. Kat Jepun cantek and bersih je.



Dah kematu bomtot dok dalam train lama-lama at last sampai!!! Yeayyy... turun train, ada bus shutter ke Edo Wonderland and ops kos free sahaja. Eh tapi ticket masuk ke Edo Wonderland ni 6000 yen seorang including  ticket train pergi dan balik.




Kat tempat ni, macam-macam hado. Dah bayar mahal kan, mesti lah berbaloi. Naseb baik weekdays tak ramai orang. Ngeh3.. Kat sini akan diberi peta and jadual persembahan. Ada persembahan lakonan, ninja movie and macam-macam lagi. Aku paling suka masuk and tengok Ninja karasu House. Malangnya kita tak dibernarkan amek gambar and rakam video kat dalam ninja house ni. Best gila lakonan ninja.. macam real dengan lighting and sound system dia yang gila gempak. Pastu tiba- tiba ninja tu hilang. Pastu tiba-tiba ada kat depan mata korang. Memang kompem huduh muka terperanjat aku lah kensss.. haih.

Selain tu ada rumah ninja. Rumah ni boleh buat korang pening kepala sebab rumah ni seakan-akan senget sehingga korang tak boleh berjalan. Sebab tu ninja boleh lompat and terbang terbang kot. Hahaha.. Pastu ada rumah sesat and macam -macam lagi sampai tak akan sempat nak masuk semua tempat.



Okey dah petang, balik semula naik bus shutter and naik train balik Tokyo. Untuk dinner hanis bawak kitorang ke Shibuya. Shibuya ni tempat paling busy di Tokyo and semestinya pelancong wajib datang and tengok sendiri situasinya. Hahahaha.. Shibuya ni juga tempat lakonan movie Tokyo Drift. Ececececcee... remaja ramai lah lepak kat sini.



Ni la tempat yang femes kat Shibuya. 3 junction katenye. Manusia berpusu-pusu. Gitewww. Okey last but not least nak tunjuk tempat dinner. Malam ni makan makanan indian kat Shibuya. Dari 3 junction tadi kena lagi menapak selama 15 minit. Malam seyes sejuk gila.. tapi best. Ahakss


Rupenya orang Jepun pun suka makan curry. Haih tak sangka kite. Okey kedai ni pak arab yang masak. kedai nama SAMRAT ni memang halal dan student jepun memang selalu makan kat sini. Apa yang best and speselnya kedai ini roti nan and curry dia sangat sedap!



Harga curry ayam or daging or kambing semuanya 850 yen termasuk roti nan or nasi. Roti nan and nasi tu korang bole mintak top up secara free sampai perut korang meletopss.. best tak best tak??? Dah lah sedap, pastu boleh top up. Haihhhh.. yang uniknya lagi korang kene beli curry tu kat mesen dia. Pilih and masukkan duet. Curry dia plak semangkuk tu memang cukup makan sampai untuk 2 orang. Banyak!




Okey tau panjang sangat enry kali ni. Aku pon dah lenguh tengkuk dah ni. Tapi kene jugak habeskan step by step. Lepas makan ni terus naik train balik ke hotel. To be continue guysss... bye