Tuesday, March 11, 2014

Cameron Highland trip

Hye guysss Assalamualaikum


Pernah pergi Cameron Highland tak? Aku rasa mesti semua orang akan cakap pernah!!! So aku just nak share yang aku baru first time datang Cameron. Hewhewhew. After balik dari Japan tahun lepas hubby aku saja usya Agoda.com. Then dia cakap agoda ada bagi diskaun kat hubby sebab jadi pelanggan setia Agoda. Ahaksss! Hubby cakap nak tengok tak hotel apa nanti duduk kat cameron? (Sambil buat muka comel dia). Hurmmm berdasarkan ayat dia yang macam tu i guess mesti dia nak wat surprise kat aku ni. So cepat-cepat aku geleng kepala cakap tak nak tahu. Okey then.



So cuti Thaipussam yang lepas kiteorang gerak la ke Cameron. (Cuti thaipussam eh? Bila tu..nampak sangat dah lama gila baru nak hapdet. Eceli last Januari 2014)
Pagi after subuh kiteorang gerak melalui Tapah. Dalam kul 8 or 9 macam tu dah start dah perjalanan berliku-liku naik banjaran tu. And dah tentu melalui kawasan Orang Asli. Time tu musim durian. Dieorang baru je pungut durian and jual tepi jalan. Hubby memang hantu durian. Dia macam nak sangat dah berhenti nak beli. Kite je tak bagi. Bahaya!


**owhh tips datang Cameron Highland:

-gerak awal pagi. Sebab kalau tak, tengah hari akan jem time nak naik atas.
-pastikan minyak mencukupi. But dont worry ada stesten minyak kat Tanah Rata.
- jangan naik cameron time school holiday baru bermula. Kompem jem. Naik lah sehari sebelum school holiday. Erkk perlu pontengkan anak yang bersekolah ke? Hahaha no komen.



Sampai kat Berinchang dalam kul 11 gitu. Berhenti buang air la dan isi minyak. So sampai kt Pekan Berinchang tu kiteorang lunch dulu kat Food Court berhadapan KFC. Murah jugak la makan lauk tengahari kat situ. Kat area sini juga ada masjid berhadapan Balai Bomba. So tak ada masalah nak solat Jumaat.


After tengah hari kiteorang pon check in hotel. Hurmm rupanya hubby aku tak sedap badan dari awal perjalanan. Dia kata saket kepala macam nak demam. Tapi dia tak bagitahu aku awal-awal sebab tak mau aku susah hati then rosak mood. Aku pulak dah rasa bersalah. So after check in terus je bagi dia paracetermol and bagi dia tidur kejap.









Ni lah dia hotel yang surprise sangat tu. The Copthorne Hotel. View hotel ni sangat lah cantik!! Ditambah pula time Januari-Februari memang Cameron tengah betul-betul musim sejuk. Hotel ni  terletak sebelah Kea Farm belah kanan. Thanx hubby!


Kadang-kadang baca jugak komen orang "alah pergi bercuti ni duduk je hotel bajet..jimat..sebab nak buat untuk tidur malam je"
Bagi aku memang betul. Tapi tak salah kan. Dah lah jarang dapat pergi bercuti, so bila bercuti tu apa salahnya duduk kat hotel yang selesa,puas hati,cantek siket even bukanlah 5star pun. Eceli terpulang kepada poket masing-masing. 


After he get his rest, hubby cakap kepala macam dah okey siket. So petang tu start jalan ke Ladang Teh Boh. MasyaAllah cantiknya ciptaan Allah!!










Ni teh yang dibeli untuk minum sendiri and bagi kat family. 



**Kiteorang tak singgah Cameron Teh Valley sebab hubby kurang suka teh cameron valley. Okey la okey la ikut cakap boss.



Dah petang gitu turun la dari Ladang Boh. Tiba-tiba ada mat salleh try tahan kereta. Dieorang boleh pulak jalan kaki naik kebun ni. And time turun dia cakap letih sangat. Dieorang ada 4 orang. Tapi cuma 2 orang je la boleh kiteorang tumpangkan sebab tak muat. Memula berat hati nak bagi tumpang sebab takut orang jahat ke apa kan. Tapi gaya macam baik je. Kalau kita buat baik, mana tau bila-bila pergi oversea dieorang pula tolong kite kan. So why not?





Dieorang dari Poland. On the way nak turun tu aku ajak amek gambo kejap. Hihi.. pastu kiteorang drop kan je dieorang ni kat tepi jalan besar kat Brinchang tu. Pandai-pandai lah nanti dorang cari cab sendiri. Hihi. Nice to met them!










Aku ni jenis tak suka makan strawberry walaupun semua orang gilakan strawberry. Rupanya hubby pon tak suka. Sebab aku rasa strawberry ni sebenarnya masam tak manis pun. So memang dengan strawberry tak ekcited sangat. Aku dari bawah lagi mulut tak berenti tanya hubby. "Kat sini ada bunga tulip tak?" Dengan pantas hubby cakap "tak ada".
"Kat sini ada levender tak?" Hubby cakap ada. Yeayyy!! 




Cameron Lavender ni ada kat atas dari Ladang Teh Boh. Masuk kena bayar rm5. Tapi tak rugi masuk sebab cantek kawasannya.








Kat dalam ni pun ada kawasan tanaman bunga daisy. Boleh petik sendiri mana suka. Sebatang rm2. Tapi aku tak petik pun sebab mesti layu sampai KL nanti. Hihi. Kalau nak petik Strawberry pon boleh jugak tapi aku malas nak petik.





Korang nanti jangan tau singgah kat kedai Lavender ni. Comel-comel and purple sangat. Yang suka gaya vintage haruslah terpikat nak beli.






Malam tu lepas maghrib kononnye nak dinner kat Pekan Brinchang. Tapiiiiii.....!!! Jem gila tahap beruk. Semua orang nak turun pergi pekan for dinner. Memang ada jugak lah beberapa kereta, park tepi and dorang sanggup jalan kaki. Sanggup gelap-gelap! I tak sanggup sebab i ni penakut. Hehe. So teruskan jugak. At last ada nampak gerai makan kat tepi jalan sebelum pekan. Aku cakap jom la benti makan kat sini je. Tak sanggup lah redah jem maha teruk ni. Maybe kalau teruskan jugak memang pukul berapa ntah akan sampai and maybe parking kat sana pon none hado.


Gerai tepi jalan ni kalau hari biasa mesti tak ada orang. Tapi time gini lah satu satu kereta berhenti makan sebab tak sanggup redah jem.


Pagi esok nya lepas breakfast kat hotel, kiteorang pergi Kea Farm. Jalan kaki je oi sebab sebelah je. Kalau naik kereta mesti susah cari parking kereta sebab sempit. So kat sini beli lah sayur segar, jagung segar. Eleh seme nak mention segar kensss.. haha





Ni bukan hujan. Tapi embun sampai basah sangat. Sejuk tu pastiiii!




Then check out, misi seterusnya cari bunga untuk mak. Mak aku suka bunga daisy.






Jangan tak tahu...kat rumah pon aku tanam munge tau.. hikhikhik. Konon je ni. Jangan dikau mengering sudahhhh!




Tengah hari tu kiteorang pun balik KL. Kesian kat dorang yang baru nak naik. Jem gila tau nak naik. Panjang dia kemain. Bahana cuti sekolah.. so bagus lah orang baru nak naik, kiteorang dah nak balik. Terselamat daripada jem. Cuma malam tadi je jem sebab seme orang nak pi dinner.


Sampai Tanah Rata benti kejap melawat Mardi and cari pisang goreng kat tepi jalan. Then teruskan perjalanan ke KL. Sayonara!






Good bye cameron!! Till we meet again. xoxo




3 comments:

  1. Cikgu...nak tnye leh?

    ReplyDelete
  2. Lovely pictures and article but do you have one in English? Would love to read

    ReplyDelete

student tanye cikgu jawab =))