Monday, March 17, 2014

Resepi inti samosa atau karipap


Hye guys assalamualaikum!


Macam dah lama je tak update resepi entry. So, hihihihi pagi ni nak share resepi bagaimana nak buat inti karipap or samosa yang sedap. By the way ni adalah resepi mak kite. I  adore with my mom so i mesti nak tiru cara dia masak!! 


Bahan membuat inti :


  1. 5 atau 6 biji ubi kentang. potong dadu kecil. 
  2. 1 biji bawang merah (saiz besar)
  3. 3 biji bawang putih
  4. 1 genggam ikan bilis
  5. serbuk kari
  6. ayam potong dadu (optional)


Cara-cara membuat inti :

1. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.



3. Masukkan serbuk kari (3 atau 4 sudu besar). Kite main bubuh je sesuka hati. hehe..
4. Letak sedikit air supaya kari tersebut tidak hangus.
5. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong dadu. 




6. Tunggu 5minit sehingga ayam masak. 
7. Kemudian masukkan kentang yang telah dipotong dadu kecil. Masukkan air separas dengan kentang tersebut.
8. Masukkan garam dan sedikit gula.(kite bubuh 3 or 4 sudu kecil garam dan 1 sudu gula. Atau rasakan sesedapnya)

9. Tutup kuali supaya kentang empuk. Biarkan selama 10-15 minit. Atau jika kentang telah empuk boleh padamkan api. 

** jangan biarkan air tersejat lama. nanti inti akan hangus!!




10. Apabila kentang dah empuk, boleh padamkan api.



11. Letakkan inti ke dalam bekas atau pinggan. Biarkan sejuk.



** Biarkan inti sejuk baru buat karipap atau samosa supaya mengelakkan inti anda menjadi basi!!!


dah siap!!! kite hanya share resepi cara buat inti je tau. tapi kali ni kite buat samosa. Emmmm buat samosa senang je. Beli sahaja kulit popia. Beli yang 40sheet. Pastu korang gunting kulit popia tu kepada 3 bahagian. Then buka kulit popia tu sehelai demi sehelai. Pastu korang balut lah inti ni bentuk 3 segi. 

**balut 2 lapis tau. kalau tak hasil samosa korang jadi buruk dan meresap minyak.



Balutlah samosa korang sampai habis. Pastu simpan dalam bekas and letak dalam freeze jadi makanan frozen. kalau lapar bila-bila masa boleh goreng. hihi

**goreng dengan api yang panas tetapi jangan guna api besar. *_*






Tadaaaa..siap! Perasan tak 3 segi kite ni lain siket daripada samosa biasa. Sebab? Sebab kite suka bentuk comel kecil-kecil. Motip sangat... hurmm! 

Selamat mencuba..tata!


2 comments:

  1. Asalammualaikum cikgu,klau tak payah letak bawang takpekan...saje je tanya...

    ReplyDelete
  2. Nadzirah : waalaikumsalam.. heeee awak x makan bawang ye? Masakan apa2 selalu mmg letak bawang dear.. tp if x suke bawang x pe la kot x letak bawang. Kite x pernah try lg x letak bawang.

    ReplyDelete

student tanye cikgu jawab =))