Tuesday, September 2, 2014

Makan-makan Hari Raya


Hye guys assalamualaikum..!

Entry ni dah lama taip, tapi sekarang baru ada masa nak sambung menaip and publish. Hahadoi sori ye baru nak update cerita hari raya. hihi..



i paksa suami beli lampu ketupat.. lalallalaaaaaa


Puasa tahun ni seperti tahun-tahun yang lepas, kite and kakak kite bisnes kuih raya. Alhamdulillah sambutan masih memberangsangkan. Terima kasih semua pelanggan, tahun depan mohon order lagi. hihihi.. Tapi maybe tahun depan aku dah tak bisnes kot, kakak je teruskan perjuangan. Antara beskot yang 'Hot selling" tentunya Tart Nenas Gulung and Nestum Chocolate..! 


ini antara beskot sebelum deliver ke ejen. 

Alhamdulillah kite telah berjaya berpuasa Ramadhan dengan jayanya tanpa ada morning sickness. Eceli ada lah muntah 2x time sahur sebab cannot go lah dengan susu. I memang tak suka susu..! Menci..! 
Okey suasana raya tetap sama sebab rumah kite and rumah belah suami dekat sangat. So kerja kiteorang jap kat sana jap kat sini. Raya kali ni azam aku adalah makan banyak. Sebab time puasa berat menurun 2kg. Untuk mengelak daripada kene bebel, maka aku makan dengan bersungguh-sungguh setiap kali datang beraya rumah sedara sekiranya dihidangkan makanan. hihi.. So hasilnya berat aku naik semula 2kg time raya. Syabas!!



Raya pertama kami. Tahun ni masih berdua. Time ni preggy 3 bulan.


 
Eh, anak dah 3 rupenye..!


Anak emak..! 

Macam biasa, tahun ni pun tak sempat nak amek gambar 1 family. Menci tau.. Sume dok sibuk makan, sibuk uruskan anak-anak pagi raya tu. Hurm harap-harap raya haji ni dapat amek gambar 1 family...!


Okey, raya rahun ni lagi sekali aku konon-konon buat makan-makan untuk family aku. See, title pun hanya 'makan-makan' not open house. Sebenarnya bukan tak nak buat open house, tapi macam takde kawan je kat KL ni.. hihi... pastu timing asyik tak kene je. Last-last buat makan-makan family je ahhh... 



Bukan open house so menu nye pun tak banyak lah kensss.. Menu utama adalah Mee Kari. Pastu suami kate dia nak roti jala. Hahahahaa sebenarnye kat dalam gobok tu tepung ada 1 bekas segitu je.. So i bancuh je tepung yang hado, maka hasilnya pun segitu je lah.. Saja nak buat tambah-tambah menu untuk dimakan dengan kuah kari. Pastu kakak i belikan satay Kajang Hj Samuri. yeayyyy i suka! Pastu i ada buat samosa. Pastu i buat fruits coktail yang simple je. Janji anak-anak sedara i suka! Then suami buat air teh O panas and air anggur. Tembikai harus ada.



Umah tak hado set meja makan. So memasing duduk bersila je lah ye.. Tunggu rumah baru nanti baru beli meja makan..hihi



my kakak ipar dan anak kenit pompuan dia yang comel..!



ni Eza and her hubby.. orang paling last sampai rumah i..hahhahaa



kekonon i pun ada kuih raya. gitewwww



Bila dah kenyang, akhirnya seme orang lepak.. ngeh3..!


So macam tu lah raya i tahun ni. Mungkin lepas ni ada kot kawan sekolah i nak datang rumah even dah habis raya. hihihi takpe.. i suke kalau orang datang rumah, tapi nebes nak hidangkan makanan ape tu yang lebeh. 
by the way tq semua yang sudi datang and tq my hubby yang bertungkus lumus menolong bini dia ni dari segala benda.. hihihi.. semoga tahun akan datang dapat buat open house pulak.. 

papai!



1 comment:

student tanye cikgu jawab =))