Monday, October 20, 2014

Trimester 2 mommy

Hi guys Assalamualaikum..!


Sekolah menengah area Selangor or KL kebanyakannya dapat cuti seminggu untuk Perayaan Deepavali. Hihi dapatlah aku berehat kejap kat rumah sebelum kena jaga exam SPM awal bln November ni. Bunyi macam sedeh je kan mommy preggy kene jaga SPM. Tapi takpe lah, insyaAllah aku kuat lagi. Biar satu hari nanti anak mommy baca blog ni, dia tahu mommy dia seorang yang kuat walaupun badan kecik.. krik krik krik..



Sekarang beby dalam perut ni dah 26 minggu (6 bulan lebeh senang cite). Untuk trimester kedua ni, aku selalu jugak sakit badan. Kadang tengah driving tu lah sakit badan suka menyerang. Terpaksa la sebelah tangan pegang stereng sebelah tangan urut-urut belakang badan. Kata orang sebab beby da semakin membesar, so that beby akan menekan tulang belakang kita. Kaki belah kiri pulak selalu jugak lenguh and kadang-kadang simpul biawak. Orang tak suka minum susu, hurmm rasakan kau Maizatul..! sobs3.
Tapi tiap-tiap malam akan suruh Hanis urutkan kaki and badan lah. Hihihi 



Tapi selera makan aku sentiasa ada. Alhamdulillah sejak preggy makan memang tak ada masalah, malah tak ada pun alah apa-apa. Cuma simptom 'malas' sikit tu ada lah. Dalam seminggu 3x je mood masak tu datang. Hari lain memang malas nak masak. Mulalah kelip-kelip mata kat Hanis soh order dominos la, makan KFC la, makan Chicken chop lah.. Hehehehe..



Dan disebabkan aku kuat makan, berat aku bulan lepas naik hampir 4 kilo lebeh. Huguhughugu.. Alah sebenarnya ceritanya macam ni. Aku datang kat klinik tu kul 8 malam. Tapi Doctor tu tak sampai-sampai lagi. So, lepas daftar aku pergilah makan nasi goreng kampung kat kedai mamak sebelah klinik tu. So, bila doctor timbang berat aku naik lagi sekilo daripada berat sedia ada. Menyesal mommy makan tadi..!!
Tapi apa-apa pun lebih baik kita kena minum air gula, sebab boleh detect if kita ni ada diabetes atau tidak. Bahaya untuk beby kalau kita tak kesan diabetes ni. Gitewww kekdahnye...!




So, kesimpulannya aku kene jugak minum air gula. Kena puasa 8jam dulu sebelum minum air gula. Nasib baik air gula kat klinik ni ada flavour orange and doctor ni siap buatkan sejuk lagi. Sedaplah sikit. Rasa dia macam minum air orange yang teramat manis. Tak likat, memang sedap. Aku boleh licinkan air dalam mug ni dalam masa 2 minit je. 



Tapi lepas minum, doctor suruh balik rumah. After 2 jam datang semula. Dalam masa 2 jam ni memang rasa loya gila. Nak muntah pun hado. Tapi jangan sampai muntah, nanti kena minum semula. Uiiii jangan cari nahas! Alhamdulillah bacaan gula di bawah paras diabetes. Means selamat lah!! Tapi apa-apa pun still kena jaga makan and berat badan. Kalau tak kene minum lagi.. Mak tak sanggup uollssss!



Yang atas sekali tu, masa mula-mula pergi jumpa doctor, nak make sure kompem ke aku ni preggy. masa ni 5 weeks. Kecik je kan macam benih kacang panjang.. wakaka..


Yang second ni masa 10 weeks. Dah nampak macam beby yang kecik. ada tangan and kaki yang kecik. Hihi masa ni tangan beby gerak-gerak. Nampak macam comel je...



Haaaa, yang ni mommy suka! Dah nampak beby besar. Cepat gila beby membesar. Dah ada tulang belakang, jari kaki and jari tangan, jantung and size semuanya doctor cakap normal. Alhamdulillah.
Gender?? Hihi nanti lah ye. Tungguuuu...!


Kandungan dalam 5 bulan kita dah boleh rasa beby gerak-gerak. Seronokss sangat tau. Time ni dah boleh bual-bual dengan beby, time ni lah tarik telinga hubby suh dia dengar apa ada dalam perut. Kahkahkahkah. Time ni jugak seronoks nak shopping barang beby. Betul orang cakap, memang best shopping beby sruff! Tapi aku kadang-kadang blur, tak tahu nak beli apa, padahal dah bawak list dah. Kena banyak google and baca feedback mommy-mommy kat luar sana baru senang nak membeli. 


See you at next entry. Papai...!

**hospital and taska tak cari and book lagi. Acaner ni Johan??



2 comments:

  1. tak sabar nak tunggu baby comel dia ni. kejap je dah nak bersalin eh. hihi..

    ReplyDelete
  2. hihi nebes sebenarnye.. biarkan beby dlm perut mummy dlu.. hihi

    ReplyDelete

student tanye cikgu jawab =))