Thursday, November 6, 2014

Resepi Mexican Bun sedap, mudah, nyum-nyum



Hi guys assalamualaikum..!

Hari ni macam rajin lah nak update resepi roti mexican bun  atau nama seangkatan dengannya roti boy/ papa roti / mama roti. Alaaaa korang mesti cakap, "kalau nak makan setakat sebuku dua tu beli jelah. Baru RM2 seketul". ye dok? Tapi perempuan yang comel dan rajin pasti nak try buat sendiri dengan air tangan sendiri. Baru suami sayang lebeh.. eceh!


Untuk doh roti, aku gunakan breadmaker Noxxa jenama AMWAY. Lebih senang guna breadmaker. Bubuh je bahan, terus jadi doh. Tak yah nak menguli bagai. 

Bahan DOH roti :


  1. 500g tepung high protein
  2. 250ml susu segar (sejuk)
  3. 1 biji telur
  4. 6 sudu gula biasa (ni dah kurang manis)
  5. 60g buttercup
  6. secubit garam
  7. 3/4 peket yis mauripan


Masukkan segala mak nenek tadi ke dalam bekas breadmaker. Dimulakan dengan bahan cecair, bahan kering dan atas sekali yis. Set doh. (1jam 30minit)


Tadaaaa! Doh roti dah siap.


Owhhh, sementara tunggu doh roti tu, korang perlu siapkan TOPPING.

Bahan topping:

  1. 200g butter (100g)
  2. 160g gula halus (80g)
  3. 3 biji telur (1 1/2 biji)
  4. 200g tepung gandum (100g)
  5. 1 peket nescafe 3in1 @ coffee 3in1 @ nescafe kosong
  6. perasa /pewarna coklat (untuk warna bagi gelap siket)


** yang berwarna pink tu aku guna untuk buat topping setengah adun. Sebab makan untuk 2 orang kan.. malas nak membazir kalau banyak lebih. 

Cara-cara:

  1. Mix butter bersama gula.
  2. masukkan telur
  3. masukkan nescafe 3in1 
  4. masukkan perasa/pewarna coklat
  5. Gaulkan dengan tepung.
  6. masukkan ke dalam bekas piping. 
  7. masukkan ke dalam peti sejuk. Biar dia rehat dalam tu.



How about FILLING?

Untuk Filling, boleh gunakan pilihan korang sendiri :

  1. Hirisan Buttercup @
  2. Hirisan coklat bar @
  3. Jem 


Aku suka yang lite lite je. Nanti masukkan je Buttercup dalam doh kecik-kecik tu. Yang ni akan diajar kat bawah. 


  1. Okey berbalik dengan doh tadi, Bila doh dah siap, keluarkan doh dari acuan breadmaker tu. Then korang kene tumbuk-tumbuk doh tu guna penumbuk tangan korang. Biar kasi angin keluar. 
  2. Bahagikan doh tadi menjadi 15 biji (50g) setiap 1.
  3. Ambil doh kecil tu, buat kepingan di tapak tangan korang, dan masukkan sedikit BUTTERCUP sebagai filling. Then korang buat bulat-bulat.
  4. letak 4 biji dalam 1 tray. Kalau tak nanti melekat pulak kalau letak rapat-rapat.
  5. Biarkan doh yang dah letak filling tu naik 2x ganda.


Bila doh dah naik 2x ganda, baru boleh pipe kan topping ke atas doh tadi.

Hehehe comot lah pulak aku buat. =p


Dah siap piping, masukkan ke dalam oven. Make sure korang dah panaskan oven dulu tau. 170 celcius. Bakar selama 20 minit.



Yeayyyyyyy!!!! dah siap..! Topping tu memang akan melimpah ruah macam tu. sebab aku pipe topping tebal-tebal and banyak. Kalau korang tak nak melimpah macam ni, korang pipe la topping tu nipis-nipis je. Eceli yang macam ni lagi sedappp ohhhh! nyum nyum nyum..


Tips :

** Kalau nak buat roti pastikan cuaca pada hari tu panas. Baru doh naik dengan cantik.

** Kalau lah korang dah puas makan, tapi mexican bun ni ada lagi balance, konon nak buat breakfast pulak untuk esok pagi, make sure korang panaskan semula roti ni kat dalam oven tau. Barulah rangup semula. Hihihi..



Selamat mencuba uolssss...!

lebiu.. papai.


2 comments:

  1. Sedapnya lahai. Tp xsuka kopi dan nescafe. Mai, pos 15biji. Hihi..

    ReplyDelete
  2. ieza : hihi mai pon x minum nes or coffe.. tp topping ni sekadar nak bau nye je.. hihi

    ReplyDelete

student tanye cikgu jawab =))