Tuesday, December 2, 2014

Baby & Mommy Checklist

Assalamualaikum


Entry kali ni nak share checklist keperluan baby and mommy. Sama jugak aku sendiri pun google sana sini untuk dapatkan info. Mana yang kita rasa kita patut beli, haruslah beli. Mana yang rasa kurang perlu better tak payah beli. Ikut kemahuan dan kemampuan sendiri senang cerita. Hihihi kadang-kadang orang lain cakap tak perlu, tapi kita rasa nak jugak. So depends lah..


Untuk barang baby, aku start beli siket-siket masa mengandung 5 or 6 bulan. Kena beli siket-siket lah uolsss kalau beli selepuk mau pengsan oiii.. Sebab barang baby ni ada yang murah dan ada yang mahal. So better setiap bulan bermula 5 bulan tu belilah siket-siket supaya tak terasa duit mengalir bagaikan air. So, entry ni jugak aku share sekali dengan harga. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi supaya senang untuk mommy to be tahu budget yang diperlukan before pergi shopping. sama jugak dengan aku, kadang-kadang bila search tu mesti nak tahu berapa budget yang diperlukan untuk membeli. Takde lah nanti sampai kedai terkene kejutan harga pulak kan. Tapi jangan risau, apa yang aku beli selalunya pilihan yang paling berbaloi dan berpatutan serta tak mahal senang cerita termurah mengikut kesesuaian barang. heeee =) 



Newborn (clothing) / 0-3month / 0-6month

Bil Item Qty Brand Price RM      (each)
1 Baju lengan pendek & seluar 5 Pureen/Disney 6.50/9.00
2 Baju lubang-lubang & seluar 5 Purren/Anakku  6.50
3 Baju lengan pjg & seluar 4 Anakku/Pigeon 12.00
4 Short Rompers 10 FOS/Carters 10.00
5 Sleepsuit/jumpsuit 5 Disney/instagram 30.00/13.00
6 Barut 8 Pureen/ManjaKu 5.50/8.00
7 Bedung corak comel 2 Carters/instagram 10.00
8 Blanket corak comel 2 Carters/instagram 10.00
9 Hat 2 Baby expo  5.00
10 Mittens & Booties 10 Pureen/Cuddle/Tollyjoy 5.00/6.30/6.90
11 Handkerchief 10 Manjaku 8.90 (set)
12 Bib 3 Baby expo 5.00/8.00
13 Seluar harian 3 Baby expo 5.00
14 Baju jalan cantik



Baby Care & Grooming

Bil Item Qty Brand Price RM (each)
1 Towel 2 Anakku  12.00
2 Set mandi (shower,shampoo,lotion,bedak) 1 Anakku  13.90
3 Yuyie oil/telon 1 Cap Limau  5.90
4 Nappy rash cream 1 Dropoline 11.90
5 Sikat rambut baby  1 Fiffy 7.90
6 Clippers baby nail 1 Tommee Tippee  13.90
7 Scissors 1 Tommee Tippee 14.90
8 Safety Pins 1 Fiffy 2.80 (peket)
9 Cotton Buds baby 1 Guardian
10 Cotton Ball  1
11 Baby Oil  1
12 Thermometer 1



Diapering


Bil Item Qty Brand Price RM (each)
1 Diapers Newborn & Small 4 Drypers 24.90
2 Changing mat 2 Anakku/Fiffy 19.90/11.90
3 Wet tissue pack 2 Anakku  5.00
4 Wet tissue bottle 1 Pureen 8.90
5 Bath tub 1 Ikea 19.90
6 Bakul baju kotor cartoon 1 Ikea 15.90
7 Cloth detergent 1 Pureen ABD 17.90


Bedding

Bil Item Qty Brand Price RM (each)
1 Mattress set (Tilam,pillow,bolster) 1 Baby Love(expo) 78.00
2  Quilt set mattress (quilt,pillow,bolster) 1 Maryamsdream (instagram) 190.00
3 Mosquito nett mattress 1 Smartkidz 39.90
4 Baby cot  1 Mudah.my
(New not pre-loved)
250.00
5 Mattress for baby cot  1 Manjaku 99.00
6 Bumper pad for baby cot 1 Ikea 59.00
7 Playgym  1 Simple Dimple 79.00



Feeding


Bil Item Qty Brand Price RM (each)
1 Newborn bottle 4oz 2 Tommee Tippee 20.00
2 Berus pembersih botol 1 Tommee Tippee 26.90
3 Bottle drying rack 1 Fiffy 11.90
4 Breast pump set (electric) 1 Autumnz Belum beli
5 Cooller set bag 1 Autumnz Belum beli
6 Steamer 1 Autumnz Belum beli



After baby deliver

1. Car seat - Perlu beli sebab nak hantar baby ke nursery. Maybe Sweet cherry tak nak yang mahal.
2. Stroller - Perlu beli untuk jalan-jalan. Maybe Quinny sebab nak yang ringan and senang aku nak sorong.                        
3. Baby carrier  - Tak tahu lagi nak beli atau tak. Emm kalau beli maybe Bobba 4G.


Extra. maybe beli maybe tak beli. Haha

1. Mainan baby
2. Almari baju baby
3.Penyidai baju baby


Mommy checklist


Bil Item Qty Brand Price RM (each)
1 Nursing bra 3 Autumnz 33.00(Belum beli)
2 Nursing pad (1 kotak) 1 Pureen 9.00
3 Maternity pad 2 Kotex/Pureen 7.00/9.00
4 Niple cream 1 Belum beli
5 Set berpantang 1 Shaklee/Tanamera     
6 Bengkung 1
AMWAY
(kakak bagi)
50.00
7 Kain batik/skirt 5
8 Button blouse 5
9 Tukang urut 1
10 Air zamzam/selusuh 1
11 Sweater 1
12 Stokin 1



Kesimpulannya:

1. Ini antara checklist yang aku dah beli and ada yang belum beli tak kurang juga ada yang kakak bagi (dia punya lah dah tak pakai lagi). Hehe.. Kuantiti tu tak semestinya, maybe terlebih atau masih tak cukup. takpe, nanti boleh beli lagi jika perlu.


2. Beli barang-barang ni tak kisah kat mana-mana pun. Selalunya beli kat kedai Manjaku kat Bangi. Kat Manjaku ni harga dia dah kira murah dah.. semua benda kompem ada kat sini. Kalau nak shopping baju baby selalu aku pergi kat Jusco lebih banyak pilihan dan murah. SOGO pun okey jugak, tapi malas nak redah LRT, kalau naik kereta jem pulak. Haha. Kalau kat Ikea tu beli barang yang kat Ikea jual murah, tapi kat luar jual mahal. Contoh Bath tub, kat luar ada yang jual RM26, seratus lebih pun hado.


3. Baby expo? Ermm yang ni sekali je aku pergi time kat Midvalley. lepastu taubat taknak pergi dah. Sebab ramai sangat manusia berpusu-pusu, rasa lemas sangat. Sekali pergi tu, beli je apa yang patut yang dirasakan kat luar mahal. 


4. Pureen wholesale punnnnn taubat tak nak pergi dah. Hahaha.. Senang cerita apa-apa yang baby sale macam dah tak nak pergi. Sebab terlalu ramai, parking jauh, kena jalan jauh, berebut barang, beratur panjang. Lepas tu penat. Hahahaha.. Harga tu murah lah dua tiga ringgit daripada harga pasaran biasa. 



5. Baby cot. Antara barang keperluan yang ramai orang cakap tak payah beli tapi i iz degil nak jugak beli. Biasalah first baby kan, semua yang comel-comel ni ingin ada. tapi aku akan cuba supaya baby cot ni digunakan bukan hanya hiasan semata-mata. By the way, baby cot yang aku beli ni rasanya sangat murah sebab siap sekali ada roda. So that boleh tolak cot ni ke sana ke sini dengan senang tanpa ada bunyi geseran lantai. Hihi.. 



6. Set Bersalin. Yang ni setelah aku google berhari-hari, aku dah nekad dah tak nak beli yang set. Ramai cakap banyak benda dalam set tu yang dorang tak guna habis/ tak guna langsung. Soooo, kenapa aku nak beli jugak kan. sebab aku kenal aku ni siapa. Hihihi kompem tak makan jamu/minum teh herba ke apa benda lagi tu. Oleh itu, aku beli loose contoh,



- Brown Herba Soup Tanamera untuk mandian RM15.00
- Faminin wash Tanamera RM26.00
- VCO capsule (untuk pelancaran before bersalin) RM39.90 


Yang tu je kot set berpantang ala-ala tradisional kononnya. Nanti mak aku mesti sediakan air rebusan serai wangi untuk mandian. Pilis or Tepal tu emm tak yah lah rasanya.. kakak aku pun macam tak pakai je. Owhhh bengkung jenis ikat Zipzap brand AMWAY pun dah ada kakak aku bagi. Hehe


Yang lain aku pilih set berpantang modern iaitu Set Berpantang Shaklee 


- (ESP,Alfafa,B-complex,Zinc,Ostemetrix). 
Kebetulan ada pil yang aku dah ada. So, beli yang tak ada je lagi. Jimat siket lah... 



Rasanya tu je untuk entry ni. Sorry guyss panjang lebar pulak explanation iolss.. Lagi sekali ingin katakan, ini hanya sebagai guide sahaja, terpulang kepada mommy to be kat luar sana untuk nak refer or tak. Hihi.. Percayalah, keperluan baby pertama ni sangat memerlukan simpanan budget yang banyak. Ini baru checklist before baby deliver, nanti bila baby dah keluar, rasanya macam-macam lagi yang kita sebagai parent kena sediakan. (Tarik nafas... hembus kuat-kuat) Hihi..



See you on next entry!



No comments:

Post a Comment

student tanye cikgu jawab =))