Friday, December 26, 2014

Popia Goreng simple

Assalamualaikum and hai guyss..!


Kali ni nak share resepi Popia Goreng yang simple dimple senang gila..! Bahan pun yang senang-senang je. Tak guna ayam or daging sebab kalau guna ayam cincang ni takut cepat basi. Sebab iolss kan bekerjaya, so kene simpan dalam fridge, kalau tak tau nak makan apa, senang je keluarkan and goreng. Boleh lah tahan seminggu gitu..



So, lets try..!


Kan dah cakap, mudah je kan.. owhh plus guna sedikit minyak untuk menumis and  1 sudu kecik garam untuk bagi sedap.



Tumis je bawang merah dan bawang putih. Lepas tu masukkan kiub ayam. Then masukkan carrot,sengkuang dan taugeh. Tak perlu lama sangat, agak-agak sayur dah layu, boleh matikan api dan biarkan inti sejuk kejap baru menggulung.



Tak tahu macam mana nak gulung popia? or kompius? ke lupa? Ecececceeee... sini kite ajarkan sekali..!



* lekatkan hujung dengan bancuhan ----> (bancuh 2 sudu tepung gandum + air)



Gulung sampai inti habis. Lepas tu simpan dalam bekas dan boleh start goreng. Balance tu boleh masukkan dalam fridge. Makan esok, lusa, tulat...!



Sos?

Ermm kalau malas sangat, korang gaulkan je sos dengan sedikit air panas. Jadilah sos pencicah..! (malas gila kan...) Hihihi..




Senang je kan? 

okey papai...!



No comments:

Post a Comment

student tanye cikgu jawab =))