Monday, December 1, 2014

sakit-sakit manja sepanjang mommy pregnant

Assalamualaikum

Alhamdulillah aku dah selamat menyelesaikan tugasan sebagai Pengawas Peperiksaan SPM bagi tahun 2014. Pengalaman pertama yang agak seronok juga sebenarnya. Memula tu sangat sedih kenapa tengah sarat mengandung (7 bulan) macam ni pihak sekolah nak juga aku pergi jaga SPM. Mentang-mentang cikgu baru dan muda, maka kene mengikut arahan sahajalah. Tapi tak sangka, pengalaman pertama jaga SPM ni sangat memudahkan. Dapat sekolah yang senang untuk aku pergi pagi-pagi (tak jauh and stress dengan jem pagi yang maha dasyat), dapat Ketua Pengawas yang baik dan bertimbang rasa, kawan-kawan lain pun memahami aku dan dieorang tak bagi aku kerja berat and berjalan sangat. Syukur..


Macam dah lama tak update blog cerita tentang pengalaman pregnant anak pertama. Alhamdulillah minggu ni dah masuk 32weeks = 8 bulan. Cepatnya masa berlalu..! Sepanjang tempoh pregnant ni aku tak banyak sangat ragam. Alhamdulillah tidak merasai morning sickness sepanjang 1st trimester. Cuma adalah muntah 2x sebab minum susu time sahur pukul 5 pagi. Lepas tu takde muntah-muntah lagi dah. Masuk awal 2nd trimester ada pening-pening kepala tempoh dalam seminggu gitu. Lepas tu macam biasa takde pening lagi. Time 2nd trimester jugak aku ada alami sakit gigi. Tak pasti lah sakit gigi or sakit gusi. Yang penting berdasarkan pembacaan aku kat google, time pregnant memang akan rasa sakit gigi. Tapi lepas aku amalkan OsteMatrix Shaklee alhamdulillah dah tak sakit gigi. Uolss try lah..!



mommy 4 month



mommy 5 month..!


mommy 6 month

mommy 7 month


Tapi, bila masuk 3rd trimester, masyaAllah macam-macam mula sakit. Doktor cakap sebab baby dah semakin membesar, so baby menekan tulang kita.


1. Mula rasa kejang kaki bila malam. (simpul biawak) orang tua cakap. Kadang-kadang kalau jalan lama-lama time shopping pun tiba-tiba je kaki kejang. Ni mesti mummy tak minum susu ke? Maybe! tapi mummy dah ganti dengan pil kalsium. Lepas amalkan pil kalsium, agak jaranglah kene kejang kaki kecuali cuaca sejuk sangat.


2. Sakit belakang badan. Ermmm yang ni selalu sakit bila tengah driving. Huhuhuhu sangat menguji kesabaran. Kadang-kadang rasa nak nangis. Dah lah perjalanan dari rumah ke sekolah 40-50 minit (kalau tak jem). Tangan kanan pegang stereng, tangan kiri urut-urut belakang badan. Mampu buat?? Dah letak bantal pun still tak membantu. Ubatnye hanya baring kat tilam. Wakakaka.. Tapi tiap malam hubby memang tolong urutkan kaki and belakang badan. rasa selesa lah siket.. Ecececcee...


3. Sakit pedih ulu hati. Haaaa yang ni lagi siksa uolsss. sakit ulu hati selalu datang menyerang aku bila malam lepas makan sampai lah time nak tidur. Sakit tang ni seolah-olah tak bagi kita baring. sebab kalau baring lagi semakin sakit dan pedih. acaner tu?? Ubatnya kene duduk tegak bersandar kat bantal. Pernah beberapa malam aku tidur sambil duduk. Tragis jugak lah.. 


4. Sakit malas. Hihihi yang bukan buat-buat malas tau. Tapi memang rasa malas. malas nak masak, malas nak mengemas, malas nak mandi pun ada jugak. Hahahaa.. Yang ni mintak maap eh, tak ada ubat! tapi takde la aku teruk sangat, buat jugak lah semua kerja rumah, cuma malas. emmm
Setakat ni, hanya 4 penyakit tu je yang aku rasa sepanjang 7bulan-8bulan ni. Lepas ni tak tahu lah rasa apa pulak kan. Mintak dijauhkan la...





Antara bahan ubatan yang aku gunakan sepanjang pregnant. Hihi

- Obimin (untuk nutrisi baby)
-OsteMatrix (Kalsium)
-Bio-Oil untuk sapu kat perut setiap malam untuk elak strecmark. Harap-harap berjaya!
-Losyen Yusmira/Mustajab untuk sapu kat kaki dan otot nak elak kaki lenguh-lenguh
-Losyen Vaseline untuk sapu kat tapak kaki bagi elak permukaan kaki berkerak, sapu kat kaki, kat tangan. Sebab kulit kita yang tengah pregnant ni mudah kering, so nak bagi lembut lah tu konon...
- Susu coklat yang jarang sekali aku minum sebab memang tak susu susu even flavour apa pun.



Tapi yang seronok sangat bila dah masuk 6bulan ke atas tu, setiap hari kita boleh main-main dengan baby dalam perut. Sebab lebih kurang setiap 1 jam baby akan menendang or mengeliat ke agaknya. Hihi amazing angattt!! Kuasa Allah kan! Time macam ni jugak, selalu lah berbual dengan baby. Kadang-kadang rasa risau kenapa baby macam tak gerak-gerak je. 


"Baby..kenapa petang ni baby macam tak gerak je? gerak la..." , kata Maizatul Farahin si risau. 

Tak lama lepas habis ayat kerisauan aku tu, tiba-tiba baby tendang! Kuasa Allah kan..! Yup komunikasi itu sangat penting... 


Next week ada check up dengan doctor. So far aku dah booking hospital dan untuk 3 bulan terkahir before deliver ni memang check up dengan doctor kat hospital ni. Harap-harap baby okey. Kalau baby okey, mummy pun okey. Kalau tak mummy risau.. huhu..




Next entry : checklist barang baby and mummy!
papai..

1 comment:

student tanye cikgu jawab =))