Wednesday, January 1, 2014

Tokyo trip Day 4,5


Hye guys, happy new year..! 


Okey try nak update seringkas dan secepatnye sebab sekolah dah start maka cikgu meijatul ni pon konon-konon busy takde masa sangat nak tenung blog lelama.

Tokyo trip Day 1 klik here
Tokyo trip Day 2, 3 klik here

Wednesday - Day 4 :

Pagi-pagi lagi after having breakfast kat bilik, kitorang  dah siap-siap keluar ke station sky tree untuk pergi Tokyo Disneyland!!! Yeayyyy... suka suka suka! Sampai situ around kul 10 pagi. Tengok dah ramai orang line up untuk beli ticket. Ticket untuk dewasa seorang 6200yen.



Kalau datang awal masih tak ramai sangat manusia. Aman je rasa. Kalau nak main game pun kejap je beratur amek turn tak sampai 10minit. Tapi dah tengah hari dah start ramai manusia. Beratur pon sampai sejam memang tak la nak main semua game. Keciwa hubby kite. Hahaha



Owhhh sampai-sampai je terus serbu kedai aksesori. Grab lah satu scarf minnie mouse yang macam kat kepala kite tu. Kalau tukar duet Malaysia RM60. Sebab nak sangat, so beli jugak. Sila bawak scarf comel sendiri yang lebih murah di Malaysia kalau datang Disneyland k!




Kat belakang tu istana cenderella uolsssss.. tantek angat. Siap ada cenderella menari. Okey tipu je takde cenderella pon. yang ada sejarah dia je.


Benda paling i teruja adalah popcorn box ni. Chomel kan! Harga dia 1500yen including popcorn. Yang ni popcorn perasa chocolate. Dia setiap popcorn lain-lain jenis box. Ada box ultromen,pooh, ahh macam-macam lagi. Tapi ribbon mickey ni je paling chomel!


Sebelum kul 1, semua orang duduk beratur bawah pokok.siap bentang tikar picnic.  Ingatkan kenapa. Rupenya nak tengok pertunjukkan kartun. Gigih betui depa ni..!


Sambil tengok pertunjukan kartun, kiteorang lunch 'onigiri' kat bawah pokok. Onigiri ni nasi kepal inti tuna. Memula memang tak lalu nak makan, tapi sedap rupenya. Makan sebiji kenyang! Harga 105yen boleh dibeli di family mart. Hehe..


Kakak ipar and untie aida rupenya busy menyopping. Haihhh.. kalau namanye mak mak ni memang la kan. Baju,beg,selimut semua nak beli untuk anak and cucu memasing. Limited edition katenyer..

Petang dalam kul3 kiteorang balik and singgah lagi kat Asakusa. Kat Asakusa sekali lagi dinner Tendon my feberet eva after! Kihkihkih


Pastu shopping souvenir. Yang mana tak dapat tu i am sorry.


Ini di antaranya.. fridge magnet sebiji 300yen =rm9.90 and keychain sebiji 350yen. Kite beli 20biji fridge magnet. Lap peluh..fuhhh~
Beli banyak langsung tak bole dapat discount. Kedekutsss.. hahaha eceli japan memang fix price.
T-shirt memang tak beli sebab mahal gila.. T-shirt macam i love tokyo tu sehelai rm30. Memang good bye!


 .............................................................................

Thursday - Day5 :

Hari ni perjalanan diteruskan ke Yokohama. Yokohama ni tempat hasben kita kerja 3 bulan aritu. Haha. Untuk ke Yokohama kiteorang naik shinkansen (bullet train). Kalau naik train biasa perjalanan memakan masa sejam. Kalau naik shinkansen 15 minit je uollssss.. hehe ticket ke Yokohama 1320 yen.


Sampai Yokohama kiteorang check in hotel dulu. Then jalan-jalan kat Hakkeijima Sea Paradise. Ticket 3800yen. Kat sini tengok ikan.



Acha and me play with cutess penguin.

Pastu tengok jugak persembahan dolphin.


Ahahahaaa.. gediks jugak nak naik dolphin. 3 minit Rm15. 3 minit okey 3 minit..!! Sobs sobs sobs..

Dah malam balik and dinner kat kedai Minato Mirai.



Macam sedap je macam sedap je.. hihi.. yang atas tu udang,sotong,ikan goreng. 850yen. Yang bawah tu ikan salmon masak kicap 1000yen. Semua set dengan nasi. Memang kenyang.


Okey lepastu singgah hardrock cafe yokohama. Biasalah auntie aida kompem shopping t-shirt. Lepastu balik hotel tidur.


See you on my last entry Tokyo trip!!! tata!