Thursday, January 16, 2014

Tokyo trip Day 6, 7


Hye guysss!


Tokyo Trip Day 1, klik sini
Tokyo Trip Day 2,3 klik sini
Tokyo Trip Day 4,5 klik sini


Eh, tiba-tiba mood nak update trip Tokyo semakin merundum. Padannn.. sape suruh asyik postpone je. 


Friday morning- Day 6 


Perjalanan hari ni adalah pergi ke Hakone. Tempat ni sangat klasik untuk dikunjungi. Dipercayai musim autumn lah penduduk japan sendiri akan excited untuk datang Hakone ni.. Dorang suka tengok nature.. tengok pokok-pokok menguning. Sepanjang perjalanan dalam train tu dorang memang excited tengok nature! Aku macam...Zzzzzz.. siap tidur hokey tidur...!


Memula kiteorang datang naik train ke Odawara. Pastu kene naik Hakone Tozan RAilway . Time ni lah semua orang japan excited tengok nature. Hihi.. pastu landasan dia zig zag tau. Masuk ke 1 terowong ke 1 terowong. Very klasik owhhh..








Bebudak comelsss ni pun tengok pokok-pokok tu. Iollsss suka usik-usik that boy. Mesti dia nak luku je aku kot time tu.


Train ni akan stop kat cable car. Pastu sambung naik Sauzan cablecar. Tapi...! Cable car ni kat darat tau..atas landasan tau. Macam train jugak. Okey masih tengok nature lagi.. zzzzz



Pastu sampai ke  Togendai, untuk naik Hakone Ropeway. Haaa yang ni macam cable car kt langkawi. Naik ropeway ni korang boleh nampak gunung ganang. Paling excited boleh nampak Gunung Fuji..! Terjakun..!






Ropeway ni akan stop sekejap kat Owakudani. Kat sini merupakan kawasan gunung berapi dan korang akan bau sulfur. Haha kat sini ada orang jual keledek bakar. Kalau lapar memang akan tertarik untuk membeli.






as usual.. aku adalah terpendek.. hmmmmm


Hokey...teruskan lagi perjalanan. Sambung naik ropeway untuk ke Lake Ashi. Kat sini tak ada tasik yang luassss...sebelum tu posing dulu kat pokok-pokok daun kuning..hihi








Tak sabar sebenanrnya nak balik yokohama. Sebab aku bukan manusia yang cintakan alam sesangat. Tapi kalau nak balik kene jugak habiskan pakej dorang ni. Maksudnya kena teruskan perjalanan ikut step dia. Kat tasik ni, kiteorang akan naik kapal lanun.. hahaha.. sangat!






Last station adalah kena naik bus. Fuhhhhh lega..boleh sambung tidur..eh..!

Okey pastu naik train semula balik ke Yokohama. Panjang kan perjalanan Hakone ni.. walaupun bagi aku agak membosankan sebab tengok pokok je manjang, tapi puas hati sebab dapat posing kat pokok kuning. Motippp..? 



.................................................



Saturday- Day 7

Lastt dayy...!! Sobs sobs sobs... so pagi tu kitorang check out. Tapi luggage still simpan kt lobby. Then kitorang ke Gotemba Premium Outlet for our last shopping. Hehu. Gotemba ni sebijik sejiban macam JPO kat JB tu. Yang uniknya Gotemba ni terletak kat kawasan macam perkampungan ada sawah padi.. nak ke situ selain naik kereta, harus naik shuttle bus.

By the way, kat sini tak lah shopping sangat pon. Semua pon mahal. Sabar jelaaaa.. tapi kite ada terbeli purse and barang rumah siket. Hihi.


Gunung Fuji owwhhh!!!!





Hokeyyy petang tu kiteorang terus gerak ke yokohama semula untuk ambil luggage kat hotel pastu terus naik train ke Haneda Airport. Flight kitorang malam tu. So bye bye Tokyo..!



 Last but not least, nak say thank you mucho mucho kat incik sayangsss ni sebab bawak wifey and family dia jalan-jalan kat Japan. Thank you jugak kat family members yang susah senang bersama-sama sepanjang trip kita. So....next is? Hihihi


Yang paling seronoksss adalah budak tecik ni. Dia kan tidur je manjang..best agaknye sejuk-sejuk tu.haha..


Thanks for reading this entry. Xoxo..!