Wednesday, June 11, 2014

i'm pregnant

Assalamualaikum and hye guyss...!



Ini cerita minggu lepas and hari ni baru ada mood menaip.
Amaran, entry ini panjang!!!



Alhamdulillah and yes i'm pregnant..!!! Finally setelah lama menunggu berita gembira akhirnya berjaya. Setahun 3 bulan adalah jangka masa yang agak lama bagi pasangan yang inginkan cahaya mata sendiri. Kalau tengok fesbuk kawan-kawan yang baru je naik pelamin terus share berita happy dorang. I iz telan air liur je baca status dorang. hihi.. takpe, maybe belum ada rezeki. Semua kejadian adalah telah tertulis oleh-Nya. Seperti mana yang kawan-kawan tahu kite ni kahwin diusia yang muda. ecehh muda ke?? 24tahun masa tu. So, mak kite masa sebelum kawen ada cakap la dia risau kalau saya mengandung awal plus masa tu saya belum lagi posting sekolah before kawen. And masa tu, kite macam tersentap. Tapi bila difikir-fikir maybe mak risaukan saya. Lepas kahwen pulak my hubby kene kerja 3 bulan kat Japan. Ia adalah cabaran yang gila-gila nye lah sebab kena tinggal. So, lepas hubby balik dari Japan lah masa tu kite betul-betul siyes, "Yes, Mai nak beby" and perasaan nak jadi ibu tu sangat membuak-buak. 



Tapi dari bulan ke bulan macam belum dapat petanda yang i iz pregnant. Pernah delay 1 weeks period and masa tu berharap sangat. Tiba-tiba pagi tu im period. lepas tu menangis. isk3. Kat sekolah pun selalu la kakak-kakak tanya, "Mai, da bape bulan?" i jawab "0 bulan.." dorang pun gelak. hoho. And kawan-kawan pun ada cakap kalau delay seminggu jangan check lagi, tunggu sampai at least 2 weeks. okey paham roger and out!



My fren, Fara and dia adalah seorang nurse. Dia kadang-kadang wassup i and tanya i dah ada ke belum? and dia selalu jugak la bagi tips and nasihat. And 1 nasihat dia yang i tak akan lupa adalah dia suruh i cakap dengan mak and minta izin nak pregnant. sebab mak pernah cakap jangan dulu. lepas tu i fikir-fikir betul jugak cakap kawan i tu. 1 ari i msg kakak i. hahaha and i suruh kakak cakap kat mak,  tolong doakan i mengandung. And rupanya, mak i tak pernah putus-putus doakan i supaya mengandung. Lepas tu, time kakak i pergi umrah pun, doa first yang i kirim kat depan kaabah adalah doa nak cahaya mata.



Owhhh tetiba teringat 1 hari my Geng Jemahss and i hang out kat Times Square. Masa tu i pakai long skirt. dorang bising la, sebab nak main roller coster apekah kalau pakai skirt? hahahaa okey fine i memang taknak naik, i nak main mainan kanak-kanak je. And salah sorang dari kawan i tu nama dia Fas. Dia memang lah sopan santun orangnya. and dia pun awal-awal lagi cakap tak mau main roller coster sebab nak jaga perut. Bila masing-masing sibuk shopping baju, i cakap lah yang i haus sangat. pastu i tarik tangan Fas untuk temankan i beli air. Masa tu i beli Air 7up. And i offer dia minum air i, tapi dia cakap takpe la Fas tak minum. Okey takpe. Pastu sambil jalan sambil minum air, Fas tegur, "ishh ishhh macam mana nak jadi mommy ni minum pun comot". Erkkk gullppp i tengok baju i terkena air. Sejak dari tu, i terus nak jadi lebih mature dari sebelum ni.. And i tak pernah pun kecil hati dengan kawan i tu, sebab dia yang sedarkan diri kite ni. Cara dia yang matured and tak minum air gas menjadikan saya pun nak jadi ibu macam dia. Fas sekarang preggy 7months! tahniah...!


Kawan i Eza pun selalu bagi tips kat i. Sebab, dia rajin buat research and membaca. tak macam i, menadah je apa orang bagi. wakakaka.. Dia ada suggestkan i untuk pergi urut bidan. Tapi i ni selalu je tak sempat and sebenarnya tak tahu nak pergi urut kat siapa? So suami and i masih percaya kepada rezeki. So, Eza, kite harap sangat you pun akan dapat berita gembira macam kita. kalau bukan sekarang, mungkin akan datang itu pasti. insyaAllah. 



So last period i  21April2014.  Masa ni i da delay 10hari. i macam okey sabar sabar.. tak mau harapan pelsu..hihi.. i dah start tanya member, macam mana nak beli pregnancy test? Ahkasss sori sangat sebab i memang seumur hidup tak pernah beli UPT. Delay seminggu pun tak pernah cek UPT. Tapi kali ni instict mommy to be tu kuat.. Petang tu MSG hubby cakap nak keluar gi kedai beli sayur. padahal nak menyinggah sekali gi Watsons. Okey dah depan mata, i tak tahu nak pilih which one? Main bedal je beli 1 murah and 1 mahal. Masih rahsia dengan hubby. Then, esok paginya, bila hubby dah keluar gi kerja, dengan nebesnya i masuk toilet and buat UPT tu. And masa check ni i da delay 13hari. rasa nak cukupkan 14hari baru nak check tapi hati tak sabar nak check jugak hari ke13. Anddddd it was double line and positive and too clear!!! Masa ni rasa syukur tak terkata. 





pastu pikir macam mana nak bagitau hubby. Okey aritu tu dia sampai rumah lambat..dalam 8..30. i macam nak start geram tapi control.. lepas je makan, i bawak dia naik bilik suruh dia buka laci. pastu dia pun nampak la UPT ni, then dia tengok. i nampak tangan dia mengigil.. i plak senyum-senyum sambil gulung-gulungkan rambut.. wahahahaa bengong pun hado! So, malam tu tak pergi lagi klinik. esok lah baru pergi.




esoknya, pergi check kat klinik untuk kompemkan dengan doc. And doc tu terus suruh i baring untuk scan kantung beby. See..! rahim i ada kantung beby...!!! masa ni terlalu kecil lagi. Doc cakap i dah 6weeks masa ni. syukur sangat. Hubby nampak excited..Dia pula yang banyak tanya bila tengok beby kat scanner. 


SO, kat sini i nak share siket apa yang i amalkan semasa nak pregnant :


  • Baca Quran setiap pagi selepas subuh. (Sebab i mengajar sekolah sesi petang, so i free time pagi.)
  • Makan kurma at least 1 biji tiap pagi. (Before this i tak suke kurma, tapi i fikir kurma ni ada 1000 jenis kebaikan, so apa salahnya i cuba makan.)
  • Amalkan acid folic. (Before this i try shaklee, tapi macam tak serasi. then try Amway, alhamdulillah bagi tindak balas yang pantas.)
  • Puasa sunat. (i fikir dengan cara puasa i boleh bersihkan perut yang semalam maybe makan yang bukan-bukan..haha.)
  • Sedekah. (i cuba bagi sedekah semampu yang ada. kadang-kadang hulur duet kat pakcik yang minta sedekah time kat traffic light, makcik kat restoren, and belikan baju kat kawan yang ada anak kecik. Dalam hati sentiasa doa supaya mereka mendoakan saya semula. )
  • Segala tips yang ada kat internet macam posisi and bla bla saya try.. hihi
  • i kannn jenis yang ikut pantang larang. kalau orang cakap jangan makan itu ini, i memang takut nak makan. So, segala jenis buah and sayur  (nenas, tembikai, tauge, timun, betik, serai, bla bla bla) memang i tak makan. Black pepper pun sama. Pernah i order burger, then tengok banyak gila black pepper, i sanggup tak makan. Bihun yang ada bubuh black pepper pun i takut nak makan. kadang-kadang sup dorang bubuh white pepper pun saya takut nak makan.. sobs3. 
  • Doa. (doa setiap masa, doa ibu bapa adalah penguat segala doa. )

Tanda i pregnant :

  • Sebelum tahu i prengnant i makan banyak gila. simptom sama macam nak period. kadang pun i kompius.
  • Breast sakit. selalu kalau nak period sakit dalam 3 hari je. tapi ni sampai 2 minggu pun still sensetip macam tak selesa.
  • Tiap pagi perut macam tegang. Macam nak period tapi tak period.
  • Kadang-kadang pening kepala.
  • Kerap sangat buang air kecil. 
  • Delay period sampai 2 weeks and check UPT!
  • Bila dapat tahu dah kompem pregnant, tiba-tiba je selera makan menurun.
  • Asyik nak tidur like a beby!
  • Pernah muntah awal pagi jam5.30 a.m
  • Kaki kiri selalu lenguh.
  • Mengidam.

Rasanya i takde banyak muncul simptom. macam biasa-biasa je. setakat ni belum lagi morning sickness yang teruk.. Fuhhh berdebar pulak rasa. So, next 3 weeks doc suruh i buat check up lagi. Hopefully sangat rahim saya kuat, beby and i sihat. Then baru buat buku pink! 




till i type again. xoxo mommy to be!