Friday, July 25, 2014

Aidilfitri 2014


Assalamualaikum semua..!



Diam tak diam hari ni adalah 27 Ramadhan. Maksudnya dah 27 hari kita semua umat Islam berpuasa. Ramadhan jangan pergi! Tahun 2014 adalah tahun yang aku rasa dan aku percaya tahun ni adalah tahun kesedihan. Sebab untuk family aku sendiri pada tahun ni kitorang kehilangan pakcik tersayang. Dan kawan sekerja aku pun kehilangan ayah dan ibu tercinta. Rakyat Malaysia juga telah dikejutkan dengan kehilangan MH370 yang masih tiada lagi kabar berita dan berita terhempasnya MH17. Tak ketinggalan penduduk Gaza yang tak henti-henti dikejami oleh puak Zionis yang kejam. Semoga kita semua kuat menghadapi dugaan semua ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 



Jadi tahun ni adalah tahun ke dua aku berpuasa dan beraya menjadi isteri orang. Alhamdulillah. Tapi puasa kali ni merupakan tahun paling malas untuk aku. Sejak berbadan dua (hamboiii berbadan dua kau), aku adalah seorang yang pemalas. Malas gila nak masak. Rasanya baru 6 kali kot aku masak untuk berbuka. Sahur jangan haraplah. Memang laki aku yang sediakan. Memang selalunya aku bangun, lepas tu pergi toilet gosok gigi pastu stanby atas tilam tunggu laki iteww bawak makanan and air. amboiiiiiiii...kalau mak aku tau perangai buruk anak dia ni...!!! hihihihi.. Makanan tu bukan nasi pun.. macam biskut ke, roti ke, nugget ke, or makanan yang dipanaskan. pastu makan kurma, susu coklat and acid folic. 




Tapi bab shopping rajin la pulak..! hihi biasalah.. Mai kan.. kaki shopping. Syukurlah baju raya sendiri, baju raya suami, mak abah semua ada. ahaaaa tahun ni pun iteww jual biskut raya lagi. Alhamdulillah tahun ke-3 myLinda Cookies berniaga. Masih mendapat sambutan yang memberangsangkan. Walaupun sebenarnya kakak and aku sentiasa tak cukup masa, kadang-kadang sampai tengah malam bersengkang mata. Kuih Tart Gulung adalah kuih paling leceh.. Lap air mata.. Then Chocolate chips pulak senang, tapi 1 adun hasilnya siket. So kene buat banyak kali. Yang lain tu boleh bersabar lagi ahh.. Apa-apa pun really enjoy berniaga ni tau. At last dapat siapkan semua order. TQ guysss! 



Macam biasa raya kitorang senang je. Sebab rumah mak and mertua dekat je. So boleh ke sana dan ke sini. Tapi dekat pun kadang-kadang gaduh jugekkk.. Berebut nak tidur mana. haihhh..! Tapi biasanya memang rumah mak aku lah yang paling lama lah kan. Harussss la!!!! wekkk :p




Di sini iteww nak memohon ampun dan maaf kepada semua umat Islam yang menyambut Aidilfitri. Maaf Zahir Batin terutama kepada suami tercinta sebab aku selalu merajuk dengan dia (sebab mengade), kepada mak abah serta keluarga mertua semoga kalian semua sihat selalu dan panjang umur. Aku masih belum bersedia untuk kehilangan kalian semua dan selalu sangat mendoakan mereka dalam keadaan sejahtera. Kepada kakak-kakak dan abang ipar serta anak-anak saudara maaf zahir dan batin. Tak lupa kepada kawan-kawan, 0-0 ye!! Halalkan makan dan minum dan sekiranya ada terkasar bahasa. 



Tak sabar nak balik kampung. Petang ni oiiii!!!!! ho ho balik kampung...
ho ho... hati girang...!





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..!!!