Tuesday, October 14, 2014

Resepi Jemput-jemput Bawang Paling Mudah

Hye guys assalamualaikum..!

Hihi baca tajuk pon rasa dah lawak. Yelah kompem semua orang pandai buat jemput-jemput bawang. Tapi maybe ada adik-adik atau kakak-kakak kat luar sana yang baru nak belajar menggoreng jemput-jemput. Jadi, i nak share resepi lah walaupun kedengaran mudah, tapi kadang-kadang tak menjadi sedap.

ini resepi paling mudah, simple, senang kacang, guna bahan apa yang ada kat dapur je..


Bahan-bahan :

1. tepung gandum - sesuka hati nak berapa banyak.
2. bawang merah besar - 1 biji
3. ikan bilis - 1 genggam
4. air biasa + sedikit air suam
5. garam - 1 sudu kecil
6. baking powder - 1/2 sudu kecil

** kalau ada daun bawang / jagung / daun kucai / udang lagi lah sedap.. hihi..



Cara-cara

1. tuang tepung gandum ke dalam bekas. kalau untuk makan 2 orang je, tuang je lah siket. nanti takut membazir.

2. Potong dadu bawang merah besar

3. ikan bilis

4. masukkan garam + baking powder

5. gaul dengan air biasa + air suam sampai sebati. Jangan cair sangat dan jangan keras sangat.


** i tak suka letak air panas or air suam semata-mata. sebab ia boleh menyebabkan jemput-jemput korang meresap minyak.


6. biarkan adunan dalam beberapa minit. maybe 5 or 10 minit. bagi lah masa baking powder tu bertindak balas. hihi.

7. owhh ye.. dalam masa korang buat preparation tu, panaskan lah minyak siap-siap dalam 10 minit gitu.

8. goreng  sampai warna keemasan baru sedap..






okey dah siap..!! makan cicah sos dan  minum dengan teh O panas time sarapan or minum petang memang syiokk!!!

selamat mencuba..!