Wednesday, December 23, 2015

Dilema Mommy



Hi guys Assalamualaikum.


Antara dilema seorang ibu adalah time nak hantar anak ke taska/play school. Allah je yang tahu betapa leganya hati masa hantar Nia kat rumah kakak sendiri sebelum ni. Sumpah takde rasa risau langsung. I kerja dengan happynya kat tempat kerja. Siap selalu balik lewat dari sekolah je daripada waktu sebenar. (Eh,bukan suka-suka balik lewat. Tapi buat kerja yang bertimbun & meeting yang tak tentu masa habisnya bila). So kalau balik lambat siket pun akak i chill je.


Tapi sekarang i dah pindah rumah sendiri kat Nilai Impian. Jauh dari rumah kakak. Memang amat mustahil untuk hantar Nia kat sana lagi. So, me decide cepat-cepat cari taska/ play school untuk Nia. Kat area sini semua muda-muda lagi dan semua gigih bekerja. Mana ada yang duduk rumah volunteer nak jaga anak orang. Plus iols memang tak kenal siapa-siapa. Tapi i fikir biarlah Nia duduk school. Nia boleh belajar something selain aktiviti tidur. So i terjumpa taska fun learning. Baca review pun mommies cakap puas hati. Tengok facebook dia pun banyak aktiviti fun learning yang agak meyakinkan hati kitorang. I pun terus laju-laju contact principal school tu booking untuk Nia. Untuk todler Rm350. Harga macam okey-okey lah.


1. Visit taska/ play school

- Hubs and i visit taska tu. Tapi masa tu hari Sabtu. Takde budak-budak kecuali teacher je yang tinggal kat situ. Environment semua cam puas hati. Bersih. Ada CCTV. Memang suasana yang fun untuk budak-budak. Memang dah survey taska lain. Tapi i memang tertarik dengan Taska Zaza Cerdik ni. Principal dia pun sangat mesra. Then i register je terus. Malas nak fikir banyak kali.


view kat school. konon-konon hepi masa ni.


2. Orientation Day

- Tiba lah masa yang menebeskan mommy. Next week i dah start ada meeting kat school. So minggu ni memang kene jugak test hantar Nia kat school. Seminggu sebelum memang i dah explain kat Nia yang Nia akan duduk school. (Even dia tak faham. Tapi i cerita jugak kat dia). Umur 10 months memang tak tau pape kenss.

- Pagi after 8.30 am i hantar Nia kat school. Memang nangis lah dia masa teacher amek bawak masuk. Nak buat camne. Bertabah lah Nia. Hurmmm. Sepanjang hari i whatsaap teacher tanya pasal Nia. Teacher cakap Nia okey. Harap-harap betul lah apa yang teacher cakap. Petang 3.30 i amek Nia awal. Masa Nia nampak i dia terus macam tak sabar nak capai i. Duduk dalam car seat terus ketawa and cakap-cakap bahasa baby dia tu. (Mesti dia nak cerita kat mommy kan). Tapi mommy tak faham.

- Balik rumah dia continue main mainan dia. Malam tu lepas maghrib Nia tido awal. Hahaha letih agaknya seharian kat school.




aloooo syian anak mommy.





Nia kat school dia


3. Pengasuh vs Taska/play school

-  Hantar Nia kat pengasuh memang i rasa tenang sebab kakak sendiri yang tolong jaga. Semestinya dia jaga Nia macam anak dia sendiri. Kalau Nia demam pun kakak jaga okey. Lagipun kakak dah ada 3 orang anak. Kompem dah ada pengalaman kan. Thats why i memang 100% lega.


- Taska/ playschool? Mesti cari yang under JKM. Review bagus. Ada CCTV. I nak anak i kat situ dia belajar something new. Selain daripada tidur, i nak Nia kenal dunia luar. Tahu berkawan. Tahu abc, 123, bentuk, rasa, dll. Before ni Nia takut orang dewasa. Hopefully bila duduk school dia jadi seorang yang berani. Before ni Nia tanak pegang botol susu. Puas mommy ajar tapi dilepaskan je botol tu. Tapi baru sehari duduk school dia dah pandai pegang botol susu. Itu yang i nak. Belajar.


I tak berani nak tulis lebih-lebih. Kena bagi Nia masa untuk menyesuaikan diri kat school. I tak minta lebih. Hari-hari i doa agar Nia jadi bijak, membesar dengan sihat, cepat bila belajar dan paling penting happy kat school. I harap teacher kat sana jujur dan sayang anak i sama macam dia sayang kanak-kanak lain. I kene kuat semangat,sentiasa berdoa dan tawakal. I percaya kalau kita buat baik kat orang, orang akan buat baik dengan kita. Jumpa kat entry seterusnya. Harap entry tu nanti i akan tulis point-point yang happy tentang Nia kat school dia. Amin.. see ya.




Tuesday, September 15, 2015

Solid Food for baby (Frozen)


Hi Assalamualaikum.


Alhamdulillah my baby dah 7months sekarang. Sejak umur 6 bulan dah bagi dia makan. Sebenarnya mak dan kakak-kakak dah suruh bagi makan awal lagi. Tapi i je tak nak bagi sebab trend zaman sekarang kena bagi baby makan umur 6 bulan demi kebaikan usus baby dan sebab-sebab kesihatan lain, tak macam zaman dulu umur 3 bulan dah kasi bubur/nestum. (sorry, tapi hidup sihat je kita yang baby zaman dulu ni kan.)



Nia 7 months. 


I pun ikut jugak trend sekarang untuk buat food frozen for my baby. Since i memang tak akan sempat bangun awal pagi nak buatkan makanan Nia, memang i prefer buat food frozen. Bagun 5.30 pagi terus kocoh-kocoh mandi and solat subuh. After that terus ke school di USJ. 
(Bdr Sg Long-USJ. fiuhhhhhh lap peluh)



Di mana food frozen lebih menyihatkan berbanding bagi my baby nestum @ cerelac. So far i memang tak pernah lagi beli cerelac. So, i prefer untuk buat food frozen. Pagi-pagi tinggal masuk dalam bag Nia je untuk bawa ke rumah babysitter. 


Memula pada usia awal 6 bulan (wahh ayat aku) i ikut jadual 4 day rules. Sebab nak try perut Nia sesuai tak dengan makanan. Kalau takde keluar ellergic dan tak sembelit maksudnya okey! Memula memang i try apple, then banana, pear, lai, papaya. (i tak beli avogado/peach.. wakaka mahal beb.Sebiji RM4.50) 
Tak sampai sebulan pun..i dah try bagi Nia makan bubur nasi pula. Sebab i rasa macam tak kenyang je bagi makan fruits only. 


Jadual 4 day rule


Camne tu buat food frozen? Senang je rupenya. Cuma kalau nak buat penyimpanan stok pelbagai tu, memang lama lah aku kat dapur. Sebab memula kene buat proses kupas-kupas kulit buah, cincang-mencincang, cuci-mencuci, stim-menyetim,then baru blend. 



Ini contoh untuk kalau i nak buat stok frozen. Stok untuk seminggu.




Steamer! 

I tak beli baby cook, beli pengukus je. Alasan hasben, boleh buat kuih/ kek kukus. 
Baeklah..alasan diterima. Lulz




Untuk buat frozen:

apple / lai / pear

- Cuci buah, kupas kulit, buang biji, cincang apple, stim 5 minit, tunggu sejuk kejap, blend dengan sedikit air/susu ebm.


banana / papaya

-kupas buah, buang biji, blend dengan sedikit air / susu ebm. 
(tak perlu rebus @ stim)


kurma

- buang biji, kupas kulit, stim 5-10 minit, tunggu sejuk kejap, blend dengan sedikit air/ susu ebm


brokoli / bunga kobis

-cuci sayur, potong-potong kecil, stim 5-10 minit, tunggu sejuk kejap, blend dengan sedikit air 


bayam @ sayur seumpama dengan bayam

-cuci sayur, potong kecil, rebus 5 minit @ sampai layu, toskan, tunggu sejuk kejap, blend dengan sedikit air rebusan tadi. 


carrot / potato / keledek / pumpkin

-kupas sayur, potong kecil, rebus 15 minit, toskan sayur, tunggu sejuk kejap, blend dengan sedikit air rebusan tadi


then masukkan dalam bekas kiub ais. Yang berpenutup comel-comel ni boleh dapatkan di supermarket giant. 
Tujuan guna bekas kiub supaya membolehkan kita guna untuk sekali makan tu guna beberapa kiub sahaja. Takde lah isitilah membazir. 



banana & apple



 kurma




hujung tu kurma, yang lain pumpkin





Bayam



Hasil selepas di frozenkan. then boleh transfer ke dalam bekas or plastik lain. Sebab bekas kiub nak buat stok lain pula kan. Jimat tempat pun ye jugak. 




 Pumpkin




Senang je untuk mommies yang bekerja. Pagi-pagi tinggal bawa food frozen. Nanti babysitter tinggal cairkan je. Cara difros boleh rendam dalam air panas macam susu ebm juga. (Masukkan buah frozen dalam bekas, pastu rendam dalam air panas.)




Ready to feed your baby!


I bagi Nia makan fruit time breakfast dia. Lebih kurang kul 9 pagi camtu la. pastu baru mandikan Nia, susu, main and tidur. Nanti bangun tidur tengah ari lepas dah main-main, kul 1 ke gitu, bagi Nia makan bubur nasi pulak.
Fruit paling feveret Nia adalah banana and papaya. Harusla sebab manis kan.
Tapi momies kena pandai la gilir-gilir bagi fruits ni.  




Cara buat bubur nasi :


- I belajar dengan my friend. Cuci 1 pot beras, toskan beras, letak beras atas kuali panas tanpa minyak, balik-balikkan beras sehingga kering, blend beras sehingga hancur, simpan jadikan stok beras baby.


- Bila nak masak bubur, ambil 2 or 3 sudu beras hancur tadi, letak air then guna api slow untuk masak. Boleh juga guna slow cooker. Tapi i x beli slow cooker, just buat guna periuk comel je. dalam 10 minit boleh matikan api. (Jangan sampai hangus uolsss)


- Masa masak bubur nasi tu, boleh campurkan dengan 2 kiub ayam frozen juga. Kasi sedap siket maaa.



Cara buat chicken frozen :


-Ambil isi ayam, rebus isi ayam 5-10 minit, tunggu sejuk kejap, blend dengan sedikit air. 





 kiub ayam frozen. 
Senang, campak je dalam bubur nasi.



Bubur nasi Nia. 
Yang ni nasi kosong je. Nanti tinggal letak seketul bayam/carrot/pumpkin/kurma beserta sedikit ikan bilis yang dah dikisar. 



Kadang-kadang kalau malas, i masak sekali untuk 2 hari makan. Ada mommies yang masak bubur nasi hari-hari takut nasi tu basi. Tapi i rasa macam okey je simpan dalam fridge untuk 2 hari. Depends la kan. 



Stok makanan frozen Nia.
Tak banyak sangat stok sebab i malas. Kahkahkah




Budak tak sabar nak makan.


Alhamdulillah Nia jenis suka makan. Jenis excited nak makan. 
Setakat ni licin je mangkuk makanan dia. 
Cuma kalau dah last-last tu mula la dia main sembur-sembur tanda da kenyang. 



Picture from my sis @ babysitter Nia. 


Okey till then. Harap entry ni dapat memberi inspirasi untuk mommies yang baru nak start buat food frozen for baby. Hihi. 



Lepas ni nak try buat sup ikan pula. Bila da besar siket nanti, makin senang la menu makanan baby ni kan. Dah boleh makan macam orang dewasa makan. 



Bye!




Wednesday, July 29, 2015

Enfalac A+


Assalamualaikum and hi guys


I nak share pengalaman menyusukan my baby. Demi Allah I pun nak jadi macam mak-mak di luar sana yang berjaya menyusukan baby sehingga umur 2 tahun. Sememangnya Allah Maha Mendengar. Kerana ketika saya mengandung saya sering bercakap di dalam hati. "Boleh ke aku menyusukan anak nanti? Aku ada susu banyak ke tak?" Apabila seseorang itu yakin dia mempunyai susu dan akan menyusukan anaknya, maka memang banyak rezeki susu untuk anaknya. Begitulah sebaliknya. So, aku adalah yang sebaliknya. Menyesal sangat-sangat sebab ada pemikiran tak yakin  macam tu. Untuk anak kedua nanti, aku nak tanam azam kuat-kuat bahawa SAYA ADA BANYAK SUSU BADAN. SAYA NAK BF BABY SAYA!


Rezeki susu badan untuk my baby setakat usia 3 bulan sahaja. Itu pun dah puas segala tips dan milkbooster saya beli dan cuba. Tetapi baby menangis sebab susu semakin kering dan bila saya buat pumping or power pumping hasilnya memang menyedihkan. I tak pernah give up! Tapi akhirnya kalah bila usaha yang dibuat takde hasil. Emm.



Moment mengumpul susu badan selepas baby kenyang direct feed untuk bekal masa I kerja nanti. Mengonon bila baby tidur, I nak kumpul EBM. Tapi tak lama.



So, lets me share penggunaan susu formula yang terpaksa mak-mak bagi sekiranya tiada jalan lain untuk baby kesayanggan kita. (Ayat redha).


*Masalah bila minum susu formula adalah kekerapan baby berak. Kalau tak berak hari-hari itu akan menimbulkan kerisauan dan masalah kepada mak dan baby.








Memula I try bagi susu S26. Harga yang berpatutan dengan kandungannya yang bagus. RM46 or 40 something la. Eceli dah beli dalam 2 kali. Tapi stop setakat itu sebab baby macam berak selang 2 or 3 hari. Tak puas hati.





Next! Try Anmum. Harga RM52 lebih kurang macam tu. Sebab ada member cakap baby dia minum Anmum bagus je. I pun excited nak tukar kat baby I. Memula minum baby luak susu. Aigooo. Tapi lama-lama baby minum je. I biarkan baby minum Anmum sampai dah beli 3 kali. Sesungguhnya I menyeksa my baby sebab minum anmum membuatkan dia SEMBELIT!! Tak pernah I tengok my baby menangis time berak. Memang keluarlah seketul najis macam tahi kambing. Sedih. So memang Pangkah! x x x x x









Then my hasben cakap, apa kata kita bagi semula susu S26. Sebab dulu minum berak lembut cuma selang 3 hari. Tapi try yang S26 Gold sebab khasiat kononnya lebih bagus. Harga RM65 something kot. Hurmm I agreed je lah time tu. Tapi bila try bagi minum beberapa hari, my baby tetap berak selang 3 hari dan sembelit. Kecewa!
I cepat-cepat tanya member lain pulak. Member cakap anak dia dulu minum Novalac okey and bagus je. Okey cepat-cepat search. Then baca-baca tulis Novalac IT adalah rumusan khas untuk baby sembelit. Ape lagi, terus teks hasben suruh beli hari tu jugak. Harga RM75 something. Beli kat Giant sebab Novalac ni tak semua kedai ada jual. Google banyak cakap beli kat Giant kompem ada, then beli je lah kat Giant. Resultnya lebih mendukacitakan. Masalah berak selang 3 hari masih berlaku, malah I perasan kulit my baby jadi kasar dan keluar allergic merah-merah kat badan dan kaki. OMG!

** Sebenarnya sejak try S26 Gold I dah perasan kulit my baby macam tak lembut. Bila bagi minum Novalac IT bertambah dasyat la sehingga kulit mengelupas teruk. (Allergic maybe)
Then terus bawak ke klinik. Doctor cakap memang my baby allergic susu lembu. Haihh masalah sembelit tak selesai, tambah pula masalah allergic. Doctor suruh kami try bagi my baby susu yang mengandungi Hypoallergic (HA). Memang rumusan khas untuk baby yang ellergic susu lembu. Last try baru cuba Isomil sebab soya. Tapi Doctor suruh try susu lembu yang mengandungi HA dulu.





Bila try NAN HA ni Alhamdulillah kulit baby dah tak mengelupas. Maksudnya pulih daripada allergic. Dah tak sembelit. Hari-hari berak. Dah beli dekat 8 kali. Nampak setuju di situ. Tetapi I sedar kentut my baby busuk gila dan eceli minum NAN HA ni najis baby jadi warna HIJAU. Berak okey sEmua okey cuma najis hijau. Hurmmm mula lah I rasa tak puas hati.



Time checkup baby, kat klinik I pergi ni dapat sample susu free. Memandangkan kat klinik tu takde sample NAN HA, so doctor bagi Dumex Mamex Gold HA. Dah 8 tin beli NAN HA, maka I try bagi minum Dumex Mamex HA ni. Sebab alasan dah dapat susu free, apa kata try. Alhamdulillah hari-hari berak dan najis warna kuning dan kentut dah tak busuk gila. Hahahaha.. Harganya kalau kat kedai RM35 dan kadang-kadang kat kedai lain jual RM39. Tapi 450g sahaja. Dah 4 tin kecil I try.

I sengaja ask to my hasben. Apa kata kita stop bagi susu yang ada HA. HA ni mahal la. kita should try milk with out HA. Jiran I baby dia minum Enfalac A+. I tengok bambam gila. Mula lah I berkira-kira nak bagi my baby Enfalac A+ jugak. Pada I, I tak kisah tentang duit asalkan ia adalah terbaik untuk my baby. I try google ramai yang berpuas hati bila bagi baby dieorang Enfalac A+. Dieorang cakap susu ni seperti sama dengan susu ibu. Menipu je. Wakaka.. Tapi jika kandungannya menyamai susu ibu memang I happy la even memang maybe harapan pelsu.  Harga untuk 1 peket RM75. Tapi kalau beli sekali 2 peket dapat harga RM135 / RM140. So far my baby berak hari-hari dan warna najis kuning. Sekarang my baby dah boleh makan solid food. Alhamdulillah still beraknya okey.
** Tips beli susu formula kena pandai survey semua kedai yang berhampian dengan rumah la. Kadang kedai tu murah brand lain-lain. Kedai harga yang agak okey adalah kedai ubat cina. Kedai Manjaku pun okey jugak.



Ni lah my baby yang bucuk-bucuk tu. Hihi
Kepada reader, I harap uolss tak judge kami yang tak dapat meneruskan BF selama 2 tahun. Tolong memahami situasi kami. Tak semua rezeki itu hadir dengan mudah. I dah berusaha walaupun niat pada awalnya tak yakin. Tapi tak bermakna kami mak-mak yang tidak BF perlu dikecam. Bersyukurlah kepada rezeki masing-masing. Yang penting anak-anak sihat. Anak I Alhamdulillah sihat. #syukurselalu.
Sharing is caring. Assalamualaikum

Monday, May 25, 2015

Nia's story


Hi readers.







Sejak ada baby ni, memang takde masa nak update blog. Ni pun dok dalam draft kemain lama. Sekarang baru sempat nak update. Nia dah masuk 4 bulan. Kejap je masa kan? Alhamdulillah. Lepas je habis pantang 40 hari, terus je balik rumah Kajang sebelum nak masuk kerja. Konon-konon la nak latih diri jaga anak sendiri tanpa bantuan mak abah. Memang betul-betul mencabar la mula-mula tu. First time tu rasa berdebar gila bila hasben pergi kerja pagi-pagi. 
I pandang Nia,Nia pandang i. Wakaka. "Please be nice with me, Nia sayang".  As usual, bangun pagi main-main dulu dengan Nia. Kadang Nia nak tidur lagi sekali sebelum mandi pagi. Dalam kul 9 or 10 tu baru mandi. Lepas mandi mesti susu then tidur sampai tengah hari. Kalau mood baik Nia tidur 2jam. Kalau tak, setengah jam je uolss.. memang memang.....!!!







Now dah start kerja, Nia tinggal dengan my sister kat area Balakong. Memang mencabar lah sebab kul6 pagi Nia dah kene ikut my hasben keluar sekali pergi kerja. Hurmm before kul6 jugak lah budak kecik ni dah pandai bangun. Mata bulat senyum memanjang. Nia memang......excited!! Alhamdulillah. I selalu doa agar Nia happy kat rumah sendiri and rumah orang. Tak mau Nia sedih-sedih. Kalau i balik dari sekolah ambil Nia, selalu Nia tengah tidur or tengah susu. Pastu sengeh-sengeh bila nampak i. Happy letewww.



By 2 months ++ Nia dah pandai cakap-cakap. Haha bahasa baby la kensss. I excited gila. Masa tu dalam kereta. Nia macam berusaha keluarkan suara dia. Lepas daripada tu memang tak henti dia bercakap. Seronok la layan dia cakap.



Anak bapak. Hahaha


Bila 3 bulan lebeh pulak, dah tunjuk dah belang dia. Kemaruk nak meniarap pulakkk. I macam, eh betul ke baby 3 bulan dah boleh meniarap? Hampir 2 minggu jugak Nia berlatih sendiri. Lama-lama aik, meniarap dah budak ni? 




Tapi lama-lama Nia mengaruk sebab penat dada dia. 



Ape lagi ek perkembangan terbaru Nia?
owhhh bab ajar dia ABC 123. Agak nampak la minat tu. Sebab Nia akan tenung warna-warna and gambar tu. Macam serius sangat belajar. Kahkahkah. Tapi untuk baby, cukup 5 abjad sekali belajar. tipss.



Study time with papa.



Pastu, alhamdulillah baby cot yang i beli berguna sangat. Kalau malam, i tidurkan Nia depan TV dulu sebab kitorang memang spend masa kat depan TV sampai kul 10. Pastu i angkat Nia terus letak kat baby cot. Sebab tu Nia tak sedar pun dia tidur kat mana. Hihi. Nanti kul 2 pagi gitu Nia merengek nak susu, then tidur semula. Camtu lah setiap hari.





Sweet dream~



Tapi tak semuanya indah belaka. Satu hari masa kat kampung Nia melalak-melalak kul 4 pagi. Memula ingatkan nak susu, tapi Nia menangis kuat lain macam. I sangat panik masa tu sebab Nia tak pernah macam ni. Pastu i tepuk-tepuk pujuk suruh tidur semula. Pagi tu terus pergi klinik, doctor cakap ada ulser kat tekak Nia maybe panas dalam sebab tu Nia takde selera susu. Alaaaa syiannn. Then doctor bagi ubat suruh titik kat tekak Nia. Pastu baru Nia nak susu semula. 





Lebih 5jam tahan taknak susu. Syiannn Nia


Eceli i yang suka window shopping. Boring la duduk rumah kalau weekend. Memula risau jugak Nia okey ke kalau bukan kat rumah? I beli Boba 4G kat kedai Lunatots. Eh, suka lah Nia kat dalam boba. serius! Tak sampai 10 minit mata dah terlelap kesedapan dalam boba. Kalau 2jam kat shopping mall, memang 2jam lah Nia tidur.  I happy la,senang la nak jalan-jalan. Kehkehkehkeh. 


Tapi papa la yang pakai boba. Bukan mommy. Hehu


So, sejak umur da nak masuk 4 bulan hari tu, i saja nak train Nia pegang botol susu sendiri. Konon-konon je ni, baru pegang kejap dah lepaskan dah. aigoooo



Botol tomme tippe yang cute.
Rm30 kalau beli kat ig. Kalau kat kedai Rm40 kot



So Nia, be a good baby okey. But don't grow up too fast pwincesss...! Mommy always lebiu. Kalau Nia degil tak nak tidur then mommy marah, tu maknanya mommy marah manja je. Lepas tu Nia dah tertidur, mommy menyesal marah Nia. Pastu mommy kiss you non stop! (mintak maap leteww).




Okey bye. See next yaaa!



Monday, May 11, 2015

Tips Elak Baby Jaundis


Hi, Assalamualaikum


Nak share tips dan amalan untuk elak baby daripada jaundis / kuning. Sebelum ni banyak baca kat google untuk elak baby jaundis. Dalam hati cakap, okey aku try, nak tengok berkesan atau tak for my baby nanti. Alhamdulillah syukur my baby tak terkena jaundis/kuning. Macam tak percaya bila pergi klinik kesihatan nurse cucuk ambil darah baby. Bacaan hanya 5.9 sahaja. Maknanya tiada jaundis. Memang peluk cium-cium my baby masa tu. Mommy happy!



So, antara amalan yang mommy to be kena amalkan adalah :

1. Kurma - sehari sebiji pun okey


2. Pati Jus Delima - I beli jenama Gulsan tu. memang sebotol habis sepanjang preggy. Bancuh Pati jus delima dalam cawan,masukkan dalam peti sejuk. minum sejuk-sejuk baru best. Hari-hari minum. 


3. Madu : Ermm yang ni tak selalu. Sebab cannot go laa.. manis sangat. Tapi ada la minum 2 3 kali. 


4. Kacang pandai : Yang ni suka makan. Tapi sakit gigi la kunyah banyak-banyak.


5. Air zam-zam : Minum selalu. 


6. Susu kambing : I is tak suka susu. So susu kambing ni i tak amalkan la.


7. Kismis : Kismis pun i tak suka makan. 


8. Baca quran & doa



Tips supaya baby kuat :

** For me yang tak boleh telan susu, i gantikan dengan supplement kalsium daripada shaklee (Ostematrix). Alhamdulillah takde sakit gigi dan kurang kekejangan apabila malam. Yang lagi seronok, badan baby pun kuat, kepala dan tengkuk baby pun kuat. So, tak takut nak dukung my baby sebab baby kuat. (banyaknya penggunaan perkatan kuat. Haha)



Tips kulit dan rambut baby bersih ketika dilahirkan :


** Bila kandungan masuk 9 bulan, amalkanlah minum air kelapa muda. Hari tu setiap minggu hasben balik kerja belikan. 4 biji RM10 kat area Cheras. Sedapnyeeee.. Rasanya 12 biji i minum sepanjang bulan ke-9 tu. Resultnya, alhamdulillah kulit dan kepala baby bersih. Takde kerak-kerak or kekotoran yang seumpama dengannya. 




Korang try la. InsyaAllah berkesan. Mommy disiplin dan rajin, baby pun akan sihat nanti. :) 






Friday, March 13, 2015

Dania Adreena lahir ke dunia



Hi Assalamualaikum everyone!





Aku jenis yang tak reti cerita depan-depan apa yang aku rasa. So kat sini aku nak share pengalaman masa operation keluarkan Baby Nia. Nia, baca nanti kalau dah besar tau. This for u beby. 



Before ni aku ada tulis Surat Untuk Baby 'N' kan. Tunggu punya tunggu sampai dah due date, aku pun pergi kat hospital untuk check sama ada baby dah engage or belom. Malangnya lagi sekali doc buat VE kepala baby masih belum engage.  Kalau boleh aku nak bersalin normal tak pun try to induce dulu. Tapi doc cakap langsung tiada bukaan, so no point u induce, nanti u akan rasa sangat sakit tapi pintu u tak buka-buka. Senang cerita tulang punggung aku kecik, pintu tak nak bukak. Since baby pun dah kurang gerak so aku rasa sangat susah hati. Perasaan 'mak-mak' ni feeling dia lain macam siket. Husband suruh extand lagi hari untuk tunggu, tapi semahunya aku tak nak. Sebab mental dah ready nak deliver, so aku tak nak tunggu-tunggu lagi. So finally kami terpaksa memilih untuk elective caesarean. Bila dah discuss betul-betul, doc suruh kol hospital untuk book tarikh yang kita nak. 




Sabtu and Ahad tu macam biasa aku still round 1 shopping mall ke shopping mall lain kononnye nak excersice bagi jalan terbuka. Lastly husband yang sakit pinggang dan belakang yang teramat sangat siap dapat MC from doc. Erkk ni siapa yang patut rasa sakit ni? Aku sihat walafiat je lagi. hihi..  




Isnin malam tu bermulalah episod sedih pilu aku. Start packing baju and siapkan segala keperluan after bersalin, letak depan pintu rumah. Sebab lepas ni nak berpantang kat Johor. Sempat lagi aku bersihkan dapur sebab aku jenis tak suka tinggalkan rumah kalau dapur not clear. Lepas dah siap, aku baring kat katil. Terus moody. Pandang orang sebelah lepastu terus nangis. I said, sorry for everything then peluk nangis sekuat-kuatnya kat bahu dia. Aku rasa takut sangat yang teramat nak hadapi untuk esok. Husband pujuk, jangan nangis abg kan ada esok teman syg. Tapi aku terus je menangis teresak-esak sampailah tertidur. 




Pagi lepas subuh terus ke hopital. Kul 7 pagi kena ada kat sana sebab kul 8 pagi dah ready untuk caeser. Sampai je sana nurse tanya nak bilik apa, then aku jawab nak single room. Lepas tu nurse suruh aku tukar pakaian. Then aku kena baring kat katil and nurse masukkan tiub air kencing. Feelnya sangat tak selesa time nurse nak masukkan tu. Banyak kali aku keraskan kaki sebab takut. Jangan keraskan kaki tau. Ermm memang tak sakit cuma ngilu siket je pastu akan rasa macam nak kencing,kencing je. Masa ni dah nervous. Bisik dengan hasben, "bila kita nak balik? Jom balik". Gila ke hape.







Beg mak budak sampai 2. Bag baby 1. Tapi tak guna mana pun barang. Nyesal bawak beria.



Ni bilik masa tu. Pakej kalau ceaser 3 hari 2 malam. Sangat selesa macam kat hotel pulak.
Aku nak bilik yang normal single room. Tapi dapat yang ni. Bila dapat bill aik nape mahal pulak? Rupanya ni bilik Dulax. Sebab single room biasa dah ada patient lain. LOL
Terpaksa upgrade RM200. Sedangkan single room kena ugrade RM60 per 1 night
Hmm apa-apa jela. 



Around 7.45 pagi doc bius datang. Dia explain pasal ubat bius tu pastu aku kena sain borang. Bila da setel doc setelkan drip kat tangan kiri. Lepastu nurse sorong aku atas wheelchair ke labour room. Husband boleh masuk dan kene tukar baju kat 1 bilik tu. Sampai dalam labour room, aku rasa menggigil sangat-sangat. Sejuknya kat dalam tu tahap dewa. Aku duduk kat atas katil tu. Doc bius explain lagi. Aku dengar sekali lalu je. Soalan aku hanya 1, berapa jam ubat bius saya akan habis? LOL. Owh dun worry nanti around 12 or 1 pm ubat tu akan habis siket demi siket. 



Then aku disuruh duduk membongkok sambil peluk bantal. Doc bius mula masukkan suntikan jenis spinal (Spinal injection) di tulang belakang. Tak sakit langsung. Pastu aku start baring and doc bedah aku pun sampai. Masa tu aku dah mula rasa kesan daripada ubat bius tu. Rasa macam benda merayap-rayap kat badan, rasa macam nak mual tapi tak muntah.Tapi sekejap je rasa macam tu then okey. Doc suruh aku angkat kaki kanan, mula-mula boleh angkat siket, beberapa saat kemudian terus berat sangat dan tak boleh angkat lagi untuk kedua-dua kaki. So maksudnya ubat dah berkesan then START! (wah githcuuu!)



Maka bermulalah operation tu. Husband kat kanan, doc bius kat kiri aku. Rasa cuak sangat. Mulut tak henti baca selawat and lailahaillaanta.... Doc cakap u tak akan rasa sakit, cuma bila i tekan-tekan perut, u akan rasa tapi still tak akan sakit. Alhamdulillah aku tak menangis dan tak kena pasang bantuan oksigen. Hihi kuat jugak aku ni rupanya. 



Tepat 8.18 pagi aku dengar suara baby menangis. Dalam hati, eh tu suara baby aku ke? Cepatnye? Doc cakap, "ini baby, ini baby, baby dah keluar". Ya Allah leganya.. Pastu staff nurse ambil baby untuk dibersihkan and inject vitamik K and HepB. Husband pun terus ke tempat nurse tu untuk tengok baby and azan dan iqomat. Masa tu doc sedang berhempas pulas menjahit perut aku semula. Tak sakit jugak. Then staff nurse bawak baby kat aku yang sedang dijahit tu. Aku cium-cium baby sebelum baby dibawa keluar daripada labour room. Alololo halusnya kulit Nia, wanginyaaa bau syurga. Maybe dalam setengah jam gitu doc siap jahit. Aku tengok habis baju doc and nurse tu penuh darah. Walaupun dalam tu sejuk gila tapi aku tengok doc tu berpeluh-peluh. Lepastu aku dibersihkan and ditukarkan dengan baju yang tak berdarah. Pastu doc and doc bius tu sendiri yang sorong katil ke bilik aku. Hihihi baik and ramahnya doc tu. Sambil naik lift sorong katil pun boleh bual-bual dengan aku lagi. 






Syiannye baby Nia. Time ni Nia tengah melalak atas kaki mummy.


Sampai je bilik, aku disuruh rehat and tidur. Doc and nurse cakap u akan rasa mual, menggigil, pening or rasa gatal-gatal macam benda merayap. Tapi alhamdulillah aku tak merasai semua kesan tu kecuali rasa macam benda merayap-rayap kat badan je. Baby masa ni ada pada nurse and aku terus tidur sampai tengah hari.








Ni la Nia..Budak yang tak mo kuar-kuar dari perut mommy tu.
Semoga jadi anak yang solehah ye beby.


Hari pertama, nurse sentiasa datang tiap beberapa jam untuk tengok tekanan darah and tukar drip, cucikan bahagian bawah, tukarkan pad, masukkan ubat tahan sakit kat bontot. Huuwaaa segannya rasa tapi terpaksa serah diri je lah. Pagi hari kedua lepas doc datang check kul 9 pagi, nurse cabut tiub air kencing. Fuhhh lega. Tak suka la benda alah ni. Then aku disuruh try bangun untuk pergi ke toilet untuk berus gigi and cuci muka. Seharian just berbaring, mak aii sakit badan oi. Memula kena baring mengiring dulu, pastu try tampung guna tangan untuk duduk. Husband nak tolong. Nurse terus cakap takpe biarkan dia buat sendiri. Tak guna punya nurse, baru i nak romantik siket. Hahaha. Then slow-slow aku try jalan sambil tampung perut guna tangan. Alhamdulillah aku takde rasa nak pitam. Feel selepas operation perut rasa menegang. Hari kedua and tiga tu nak kencing rasa ngilu. Macam baru belajar nak kencing pulak rasanya. hihi. Lagi satu urat kentut pun rasa macam terputus je aku rasa. Sebab nak kentut tu macam malu-malu je dia nak keluar. Hari ketiga gitu baru okey. One more thing time camgini memang tak boleh nak ketawa, batuk and bersin. Omaiii. So yang datang melawat tu jangan sesekali buat lawak. Hahaha..




Petang and malam parents, family and kawan-kawan datang melawat aku. Tapi kat hospital ni baby tak dibenarkan berada di bilik bersama mommy kalau ada visitor. Maybe dieorang tak nak baby dapat jangkitan daripada luar kot. So visitor datang dapat tengok baby daripada cermin bilik khas tu je. Waktu melawat kat sini dari pukul 9 pagi-11 malam. 


Sian baby Nia. Masa kat hospital susu badan aku tak keluar lagi. Aku try feed dia, tapi mengonon jela. pastu baby mengamuk sebab susu tak keluar. Hihi. Nurse tolong picit-picit susu i pun still tak keluar.Baby terpaksa minum susu formula dulu. Balik rumah after urut baru susu keluar la. Tu pun belum banyak sangat. 




Nia with nenek, Ni masa nak check out.


Aku memang puas hati dengan servis kat hospital ni. Nurse dia semua baik la. Before nak balik tu siap bekalkan baby Nia susu ready made (exp boleh tahan 5 bulan) 5 botol untuk bekalan nak balik Johor. So aku tak payah nak bancuh susu dalam kereta. Lagi satu, nurse kat sini akan hantar patient and baby sampai masuk dalam kereta. Best lah hospital ni. 




Nurse yang paling aku suka. Kalau shift dia je mesti aku rasa lega. Sebab dia paling baik.

Hashtag: gemoknye si tudung biru tu. sape tu. tak sangka iolss. ni bukan mai yang sebenar. Hurmmm



Pakej Caeser kat Britannia Women & Children Specialist Centre, Kajang ni RM4800 (4 bed). Kalau nak single room kena top up RM60 per night. Tapi nanti akan ada charge pelbagai. Aku kene rm5990.  Okey lah harga dia. Aku memang nak cari pakej yang berpatutan + single room. Layanan semua baik puas hati la. Hihi cuma buat check up pregnancy kat sini agak mahal tapi kalau puas hati and tak kisah takpe. 



Last but not least, terima kasih atas doa kalian semua. Untuk insan yang bernama Hanis Syahmi, terima kasih banyak-banyak atas segalanya. I really Love You. Kita sama-sama jaga Nia ye. *Lap air mata*



Okey, itu sahaja. Terima kasih luangkan masa membaca. 



Thursday, January 22, 2015

Surat Untuk Baby N

                                                              
Surat Rayuan Untuk Kosongkan Perut Boyot Mummy As Soon As Posible




Myzatul FarahinSatimin
Pemilik Rumah Sewa,
Perut Memboyot,
43000 Kajang,
Selangor

39 Minggu 3 Hari Memboyot



Kehadapan anakku Baby N. Sudah masuk 39 minggu 3 hari Baby N duduk rumah sewa a.k.a perut boyot mummy yang serba sempit ni. Tak pernah bayar duit sewa pulak tu. Takpe anak beranak, mummy tak berkira sangat. Tapi dah 39 minggu ni, mummy tertanya-tanya juga lah, Baby N selesa sangat ke kat dalam ni? Sure? Patutlah tiap-tiap malam mummy rasa kat dalam ni macam ada orang tengah lompat bintang, berombak-ombak tahu tak. Tapi mummy tak kisah, mummy suka!! Papa pun seronok tengok perut boyot mummy ni kejap-kejap senget kejap-kejap bonjol ke kanan kiri. Sebab punggung dan tapak kaki awak tu selalu terliuk-liuk, tertendang-tendang. So sweet!





       Ni, mummy nak cite ni.. Sabtu lepas kan, mummy pergi check up kat hospital yang bakal kita ketemu nanti. Doktor tu buat Vaginal Exam kat bahagian bawah mummy ni. Dia nak check sama ada kepala Baby N dah masuk ke pintu laluan keluar rumah ke belom. Mummy macam speechless gila. Tapi serah diri juga la baring kat atas katil tu. Selak lah kain untuk pertama kalinya. Mula-mula doktor tu masukkan macam tiub plastik, pastu dia pakai glove letak cecair kat tangan dia. pastu dia seluk kat bawah mummy. Masa tu mummy tutup mulut pakai tangan sebab takut sangat-sangat dan ada rasa ngilu siket. The result is, "kepala baby N masih tak masuk pintu laluan lagi" Okey mummy kecewa siket la.. Ingatkan esok lusa ni je kita boleh jumpa. Rupanya kene postpone lagi seminggu. 






Tapi untuk Baby N sebaliknya, doktor tak rasa kepala lagi. 
which means baby belum engage lagi.


     Doktor and papa asyik pesan je. kena banyak berjalan dan buat exercise Squat. Emmm dieorang ni pandai cakap je. Padahal mummy dah buat dah semua tu. 90x mummy buat squat setiap hari.  Dah tiap-tiap minggu tawaf kat Ikea, IOI Mall, Jusco bla bla bla.. Kat rumah naik turun tangga. Semua mummy dah buat. Tapi...


squat..!


     Sekarang berat baby N dah cecah 3.4kg. Wowwww beratnya awak? Awak makan apa ha kat dalam ni? Patutlah mommy 48 jam asyik lapar je. Rupanya awak sama-sama sedut makanan mummy eh? Berat mummy pun dah naik 15kg tau. Oleh sebab tu, papa awak dah bina jadual diet untuk mummy. Eleh papa awak tu, sekarang baru nak suruh mummy diet, dari bulan-bulan lepas biarkan je mummy melahap segala benda.. ngeh3.. Papa tak bagi mummy makan nasi, kalau makan pun ambik seciput je. Papa suruh makan daging panggang, ayam pangang, ikan, buah and sayur je. Emm emm 




Antara menu konon-konon diet siket laaa..

no1 : ayam panggang + telur goreng
no2 : jejari daging panggang
no3 : fruitss
no4 : ikan salmon panggang + bayam


    Lagi satu, nenek, atuk, mama Linda, auntie Nenie and mama Yana awak asyik call and whatsaap mummy je tak sudah-sudah. Tanya bila Baby N nak keluar? See, semua orang caring dengan awak. Awak je yang buat derk je kat dalam ni ek.. Doktor bagi tempoh sampai sabtu ni tau (lusa). Kalau tak, Baby N dapat surat saman sebab tak keluar-keluar. Kita kena set date untuk langkah selanjutnya. So, acaner? Apa pilihan Baby N sekarang? No talian hayat..




    Tapi apa-apa pun, mummy is tak kisah sama ada kita jumpa secara normal or elective ceaser. Sebab dua-dua pun mummy takut, mummy akan rasa sakit. Kalau dipikir-pikir mesti mummy nangis sebab takut. Tapi at the same time mommy tak sabar nak jumpa Baby N ni.. So, Good Luck untuk kita berdua my baby! Gimmie five!! Ganbatte..! Me love you..






Salam Peluk Cium,
Your Gorgeous Mummy!



**semoga saya dan baby selamat dan sihat. Doakan ye!