Wednesday, July 29, 2015

Enfalac A+


Assalamualaikum and hi guys


I nak share pengalaman menyusukan my baby. Demi Allah I pun nak jadi macam mak-mak di luar sana yang berjaya menyusukan baby sehingga umur 2 tahun. Sememangnya Allah Maha Mendengar. Kerana ketika saya mengandung saya sering bercakap di dalam hati. "Boleh ke aku menyusukan anak nanti? Aku ada susu banyak ke tak?" Apabila seseorang itu yakin dia mempunyai susu dan akan menyusukan anaknya, maka memang banyak rezeki susu untuk anaknya. Begitulah sebaliknya. So, aku adalah yang sebaliknya. Menyesal sangat-sangat sebab ada pemikiran tak yakin  macam tu. Untuk anak kedua nanti, aku nak tanam azam kuat-kuat bahawa SAYA ADA BANYAK SUSU BADAN. SAYA NAK BF BABY SAYA!


Rezeki susu badan untuk my baby setakat usia 3 bulan sahaja. Itu pun dah puas segala tips dan milkbooster saya beli dan cuba. Tetapi baby menangis sebab susu semakin kering dan bila saya buat pumping or power pumping hasilnya memang menyedihkan. I tak pernah give up! Tapi akhirnya kalah bila usaha yang dibuat takde hasil. Emm.



Moment mengumpul susu badan selepas baby kenyang direct feed untuk bekal masa I kerja nanti. Mengonon bila baby tidur, I nak kumpul EBM. Tapi tak lama.



So, lets me share penggunaan susu formula yang terpaksa mak-mak bagi sekiranya tiada jalan lain untuk baby kesayanggan kita. (Ayat redha).


*Masalah bila minum susu formula adalah kekerapan baby berak. Kalau tak berak hari-hari itu akan menimbulkan kerisauan dan masalah kepada mak dan baby.








Memula I try bagi susu S26. Harga yang berpatutan dengan kandungannya yang bagus. RM46 or 40 something la. Eceli dah beli dalam 2 kali. Tapi stop setakat itu sebab baby macam berak selang 2 or 3 hari. Tak puas hati.





Next! Try Anmum. Harga RM52 lebih kurang macam tu. Sebab ada member cakap baby dia minum Anmum bagus je. I pun excited nak tukar kat baby I. Memula minum baby luak susu. Aigooo. Tapi lama-lama baby minum je. I biarkan baby minum Anmum sampai dah beli 3 kali. Sesungguhnya I menyeksa my baby sebab minum anmum membuatkan dia SEMBELIT!! Tak pernah I tengok my baby menangis time berak. Memang keluarlah seketul najis macam tahi kambing. Sedih. So memang Pangkah! x x x x x









Then my hasben cakap, apa kata kita bagi semula susu S26. Sebab dulu minum berak lembut cuma selang 3 hari. Tapi try yang S26 Gold sebab khasiat kononnya lebih bagus. Harga RM65 something kot. Hurmm I agreed je lah time tu. Tapi bila try bagi minum beberapa hari, my baby tetap berak selang 3 hari dan sembelit. Kecewa!
I cepat-cepat tanya member lain pulak. Member cakap anak dia dulu minum Novalac okey and bagus je. Okey cepat-cepat search. Then baca-baca tulis Novalac IT adalah rumusan khas untuk baby sembelit. Ape lagi, terus teks hasben suruh beli hari tu jugak. Harga RM75 something. Beli kat Giant sebab Novalac ni tak semua kedai ada jual. Google banyak cakap beli kat Giant kompem ada, then beli je lah kat Giant. Resultnya lebih mendukacitakan. Masalah berak selang 3 hari masih berlaku, malah I perasan kulit my baby jadi kasar dan keluar allergic merah-merah kat badan dan kaki. OMG!

** Sebenarnya sejak try S26 Gold I dah perasan kulit my baby macam tak lembut. Bila bagi minum Novalac IT bertambah dasyat la sehingga kulit mengelupas teruk. (Allergic maybe)
Then terus bawak ke klinik. Doctor cakap memang my baby allergic susu lembu. Haihh masalah sembelit tak selesai, tambah pula masalah allergic. Doctor suruh kami try bagi my baby susu yang mengandungi Hypoallergic (HA). Memang rumusan khas untuk baby yang ellergic susu lembu. Last try baru cuba Isomil sebab soya. Tapi Doctor suruh try susu lembu yang mengandungi HA dulu.





Bila try NAN HA ni Alhamdulillah kulit baby dah tak mengelupas. Maksudnya pulih daripada allergic. Dah tak sembelit. Hari-hari berak. Dah beli dekat 8 kali. Nampak setuju di situ. Tetapi I sedar kentut my baby busuk gila dan eceli minum NAN HA ni najis baby jadi warna HIJAU. Berak okey sEmua okey cuma najis hijau. Hurmmm mula lah I rasa tak puas hati.



Time checkup baby, kat klinik I pergi ni dapat sample susu free. Memandangkan kat klinik tu takde sample NAN HA, so doctor bagi Dumex Mamex Gold HA. Dah 8 tin beli NAN HA, maka I try bagi minum Dumex Mamex HA ni. Sebab alasan dah dapat susu free, apa kata try. Alhamdulillah hari-hari berak dan najis warna kuning dan kentut dah tak busuk gila. Hahahaha.. Harganya kalau kat kedai RM35 dan kadang-kadang kat kedai lain jual RM39. Tapi 450g sahaja. Dah 4 tin kecil I try.

I sengaja ask to my hasben. Apa kata kita stop bagi susu yang ada HA. HA ni mahal la. kita should try milk with out HA. Jiran I baby dia minum Enfalac A+. I tengok bambam gila. Mula lah I berkira-kira nak bagi my baby Enfalac A+ jugak. Pada I, I tak kisah tentang duit asalkan ia adalah terbaik untuk my baby. I try google ramai yang berpuas hati bila bagi baby dieorang Enfalac A+. Dieorang cakap susu ni seperti sama dengan susu ibu. Menipu je. Wakaka.. Tapi jika kandungannya menyamai susu ibu memang I happy la even memang maybe harapan pelsu.  Harga untuk 1 peket RM75. Tapi kalau beli sekali 2 peket dapat harga RM135 / RM140. So far my baby berak hari-hari dan warna najis kuning. Sekarang my baby dah boleh makan solid food. Alhamdulillah still beraknya okey.
** Tips beli susu formula kena pandai survey semua kedai yang berhampian dengan rumah la. Kadang kedai tu murah brand lain-lain. Kedai harga yang agak okey adalah kedai ubat cina. Kedai Manjaku pun okey jugak.



Ni lah my baby yang bucuk-bucuk tu. Hihi
Kepada reader, I harap uolss tak judge kami yang tak dapat meneruskan BF selama 2 tahun. Tolong memahami situasi kami. Tak semua rezeki itu hadir dengan mudah. I dah berusaha walaupun niat pada awalnya tak yakin. Tapi tak bermakna kami mak-mak yang tidak BF perlu dikecam. Bersyukurlah kepada rezeki masing-masing. Yang penting anak-anak sihat. Anak I Alhamdulillah sihat. #syukurselalu.
Sharing is caring. Assalamualaikum

35 comments:

  1. anak sy cirit jer..doctor suh tukar ke isomil.. tp berak x cantik.. selang 2-3hari baru kuar.. thank 4 info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi nik...
      yup mmg lain budak mmg lain jenis susunya. Mmg kene try and error.. Klu masih berak 2-3 hari tu mmg kene try susu cap lain pulak agaknya.. Mcm anak saya, enfalac A+ hari2 berak.

      Delete
  2. I bg bf..tp 345 x dia sendawa pun dia tk ckp2.. mesti bilas ngn enfalac A+.. br kenyang n diam je.. dr dlm hospital dah bg sbb tk de susu lg lps bersalin.. dah bersalin byk susu tp dia mesti nk enfalac gak.. so far ok.m berak lebih 4 x sehari.. which is ok la kn..warna pun kuning..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi baby nak cuci mulut dgn enfalac a+ ye... comel la baby awak..

      Delete
  3. Salam..anak saya pon minom susu ni sbb masa bersalin dah bg formula n hosp bg susu ni..dr hari pertama smpi skrg dah 34 hari..alhamdulillah ammar ok sihat dgn jayanya..hehehe..susu pon dah 6 kotak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... asalkan anak sihat dan membesar dgn sihat dah syukur dah kan..
      BTW, bila da membesar siket, sy try tukar susu yg lebih berpatutan. skrg anak sy dah 1 tahun.. 2 bulan lalu sy dah tukar kpd ANMUM step 2. RM50 sekotak.

      Delete
  4. Sis..msa anak minum nan ha berat bby nmpak naik tak.atau msa dgn enfalac lg ok.. ank sy skrg mnum nan ha..tp sbnarnye kes trsilap beli asalnye.huhu

    ReplyDelete
  5. Salam akak..msa minum nan ha berat bdan bby ok x.. atau masa lpas mnum enfalac lg bdan baby ok ye..skrg ank mmg mnum nan ha.. tp sbb kes trsilap beli baru tahu tu ssu rumusan khas.ingt nk tukar enfalac

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasala.. Berat okey..bila dukung rasa semangat je. Cuma anak sy minum susu NAN HA ni tahi kaler hijau and kentut busuk. hihi.. tu yg tukar susu lepas tu. Tapi berak hari2.. okey. Tapi yg kandungan HA ni untuk yg ade allergic susu lembu biasanya. sebab tu mahal siket.

      Delete
  6. Salam..alhamdulillah my baby getting one year old this coming 1st April 2016 and memang fully breastfeed. Actually breast milk pon dah berkurang so ade jugak try bagi baby Zara fm tapi she refused. Mcm2 susu dah try dri yg murah smpi yg mahal tpi enfalac blom try. I rase I dah mula terdetik nak try bagi enfalac lah. Hope dia suka and xde allergy. Btw, tq for ur sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam sis Ziela.. Yup jenuh jugak mommies nak keep trying susu fm yang sesuai untuk baby. Nanti kalau dah jumpe susu yg sesuai boleh lah update ye. hihi. Enfalac a+ bagus. cuma mahal je. sekarang sy pon dah tukar ke susu anmum step 2. sebab enfalac mahal sgt. cukup 3 bulan try enfalac, then tukar anmum step 2. so far anmum pun kandungannya bagus. :)

      Delete
  7. I feel you..😢gigih b.power pumping..sgala mcm milkbooster d telan hsil ttp sama..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki stiap manusia berbeza-beza kan sis. insyaAllah next baby kite try yg terbaik smeula. :)

      Delete
  8. Saya pun dulu sampai stress teruk sbb tak dpt fully bf baby. Awal2 lg try Enfalac A+ mmg ok sgt dgn baby. Pastu saja la try tukar susu kambing KariHome. Tapi sy tak brp gemar sbb bila baby muak, bau mcm muntah org dewasa je. Lepas tu try Frisolac. Pun ok jgk. Berak semua ok. Skrg tukar balik Enfalac A+ sbb org ckp bagus kalau baby tak selera sgt makan, khasiat dlm susu InsyaAllah boleh tampung keperluan bdn dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah jika baby sis nak susu yang sesuai. anak sy sekarang dah 1 tahun 3 bulan. sekarang sy bg anak sy Anmum pula.

      Delete
  9. Sgt setuju. Enfalac A+ mmg ok sgt. Saya try juga susu kambing KariHome tapi bau muak baby agak busuk. So try la pulak Frisolac. Pun ok dgn baby sbb tiada masalah sembelit. Skrg tukar balik Enfalac A+ sbb baby sy sgt memilih utk makan. Mengikut pembacaan sy,Enfalac A+ blh la menampung keperluan khasiat utk bdn baby. InsyaAllah harapnya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kalau anak sis serasi. rezeki masing-masing

      Delete
  10. Salam myzatulfarahin nak tanya baby tukar mnum enfalac A+ dari umur brapa sampai umur brapa ya? Sebab anak saya pun ada masalah allergy susu lembu so kena beli yg ada HA try Nan HA betul awak ckp kentut &poo hijau busuk sgt hehe..skrg minum susu dumex Mamex HA ok tp mahal sgt ada tin kcik je tahan 4.5hari..ingat nak tukar susu enfalac A+ baby myzatul.masa tukar ke susu enfalac A+ yg bukan HA tu ok ke..kulit merah2 ruam tak?moga2 kputusan nk tukar ke.susu biasa ni akan ok..bole.mntak emel address atau wassap.no tak.senang nk tanya..huhu.klu bg emel.je pun bole..

    ReplyDelete
  11. Salam myzatulfarahin nak tanya baby tukar mnum enfalac A+ dari umur brapa sampai umur brapa ya? Sebab anak saya pun ada masalah allergy susu lembu so kena beli yg ada HA try Nan HA betul awak ckp kentut &poo hijau busuk sgt hehe..skrg minum susu dumex Mamex HA ok tp mahal sgt ada tin kcik je tahan 4.5hari.semua ok poo lawas n xbusuk sgt mcm Nan HA.tp saya ingat nak tukar susu enfalac A+ baby myzatul.masa tukar ke susu enfalac A+ yg bukan HA tu ok ke..kulit merah2 ruam tak?moga2 kputusan nk tukar ke.susu biasa ni akan ok..bole.mntak emel address atau wassap.no tak.senang nk tanya..huhu.klu bg emel.je pun bole..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sis..
      boleh2.. emai : myzatulfarahin89@gmail.com
      whatsapp : 0132075363
      yes.. sy pun masa anak saya allergy, try NAN HA.. then ada jugak try Mamec HA juga. betul mahal sbb tin kecik je kan.
      sy teruskan dgn NAN HA je. sampai 2 or 3 bulan mcm tu, try susu yg bukan HA iaitu enfalac A+. alhamdulillah dah okey.

      Delete
  12. Ank sy mnum enfalac a+ allergic susu..hbs merh 1 bdn..tukr nan Ha..adoiii poo ijau kntut mucuk shangt..arge pn bole thn..sy nk tnya mamex gold brpa yee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm39 utk 450g (tin kecil) sis. rasanya memang kedai jual size tin kecil je. tapi kene pandai cari kedai yg jual murah.. ada yg rm38..rm39..rm42..

      Delete
  13. Anak sya minum enfalac a+ ni start umur dia 2hari.. now dia dah umur 29 hari.. dah habis minum 400g + 650g.. baru2 ni beli tin kecil lg 1.. apa yg pelik, bila bancuh susu tin baru ni, buih bnyk sgt.. seingat sy, bancuh susu sebelum2 ni, x la buih bnyk sgt tp yg ni mcm berbuih sgt.. adakah susu tu bermasalah.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis..
      alhamdulillah kalau serasi dengan anak sis.
      mungkin ada 2 teori:

      1) perlu kurangkan sedikit jumlah scoop yg disarankan oleh jadual scoop di tin susu.
      2) kadang kala or mungkin batch susu tersebut yg lain jenis sedikit. mungkin jenis terpekat. kadang kala mmg boleh berlaku macam tu. so, kalau berbuih sgt, sis boleh kurangkan jumlah scoop susu.

      tq

      Delete
  14. Anak sya minum enfalac a+ ni start umur dia 2hari.. now dia dah umur 29 hari.. dah habis minum 400g + 650g.. baru2 ni beli tin kecil lg 1.. apa yg pelik, bila bancuh susu tin baru ni, buih bnyk sgt.. seingat sy, bancuh susu sebelum2 ni, x la buih bnyk sgt tp yg ni mcm berbuih sgt.. adakah susu tu bermasalah.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis..
      alhamdulillah kalau serasi dengan anak sis.
      mungkin ada 2 teori:

      1) perlu kurangkan sedikit jumlah scoop yg disarankan oleh jadual scoop di tin susu.
      2) kadang kala or mungkin batch susu tersebut yg lain jenis sedikit. mungkin jenis terpekat. kadang kala mmg boleh berlaku macam tu. so, kalau berbuih sgt, sis boleh kurangkan jumlah scoop susu.

      tq

      Delete
  15. Sy baru2 beli susu enfalac a+ utk anak umur 29 hari.. sejak lahir bgi dia minum susu ni. Susu ni memang serasi dgn anak sy. CUMA, apa yg menghairankan sy, susu yg baru beli ni bila bancuh buih bnyk sgt.. adakah susu yg baru sy beli ni bermasalah.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis...cuba tgk balik susu. Sy mengalami perkara yg sama. Susu trrlebih buih. Bila check rupanya suami salah beli susu. Tin enfalac a+step 1 lebihbkurun je dgn enfalac a.r. enfalac a.r mmg byk buih...

      Delete
    2. owhh yeke... tapi sy selalu buat susu kurangkan scoop daripada suggestion yang tertera di tin susu. maksudnya kurang 1 scoop. terpulang kepada mommies.. :)

      Delete
  16. Salam sis,anak sy pun ada alergik susu start dari lahir lg sy cume bf smpi la nak dkt setahun ni,skrg tga survey susu yg ok n last time pnh admit hospital sbb tsalah mkn biskut wafer yg ada susu tu abes satu bdn merah gatal2 huhu n doc soh guna susu yg ada HA , sy nk tnya susu enfalac A+ tu sy bole trus try x tanpa guna nan HA ? Ke kena try Nan HA dulu baru tukar ke enfalac A+ sy dlm dilema ni huhu nk bli susu tu harga mhl2 semua nya tkot da terbeli anak xnk minum plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. allergic anak sis teruk sgt ke. klu teruk, memang anak sis alergic dengan susu lembu. kalau minum susu biasa anak sis allergic juga, maksudnya sis boleh try susu yang ada HA. tak kisah brand ape. tapi ada tulis HA. sehingga dah tak ellergic, baru boleh tukar susu biasa yang takde HA. Kalau susu HA pun anak sis allergic, maksudnya anak sis kene guna susu yang daripada soya pula. itu yg saya dengar dari doctor anak saya.

      Delete
  17. awak betul ke susu nana ha tu hypoallergenic .. rasNYa gambar yang awak tunjuk tu nan ha biasa.. yang hypo allergenic tu dia ada tulih besar kat depan hypoallergenic.. jenuh mencari nan ha hypoallergenic sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak pasti susu NAN HA yang lain. tp jenis tu yg memang sy guna daripada saranan doctor. HA mean Hypoallergic.

      Delete
  18. assalamualaikum
    saya nak cerita kisah anak saya..sampai sekarang masih mencari susu formula yang sesuai..wife dapat bf sebulan je then sy bagi la susu s26..mula2 memang okay tapi baby susah nak berak so kitorang pon risau la kan..then sepupu suggest bagi karihome..so try karihome baby pon mula2 je nak..lepastu dah taknak..ada balance satu tin lagi kat rumah..try tukar s26 balik baby still taknak n selalu kembung..setiap malam takleh tido..sebagai parents confirm risau kan..menangis je..lepastu kitorang try bagi lactogen..lagi teruk kembung dia..bagi susu berasaskan soya..pon tak jalan..jumpa paed dia cakap kene bagi susu untuk elak kembung..beli lah novalac ar..habis satu tin then baby taknak dah..lepastu sy ngan wife buat research n expect that baby takleh minum susu yang ada lactose..so beli laa similac af..baby taknak susu gak..so bila baca review kat sini enfalac a+ macam okay je..so nak try lahh..apa pendapat semua..ni dah pukul 5 pagi still tak tido risau pasal anak..esok keje ni..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam
      ye anak tak berak sangat merisaukan parents. walaupun ia dikatakan normal. tapi still tak best kalau tak berak hari2. sabar ye encik. baby memamng macam tu. nanti kalau dah 7 or 8 bln ke atas baru stabil berak dia. encik kene try and error pelbagai jenis susu. terpaksa leburkan duit utk try and error. selamat mencuba encik!

      Delete

student tanye cikgu jawab =))