Friday, March 18, 2016

School Nia - Taska Zaza Cerdik, Nilai Impian


Assalamualaikum and hi guys.


Seperti yang dijanjikan (3 bulan dulu, di entry ---> Dilema Mommy) i nak update tentang Nia kat school dia. Yeayyyy alhamdulillah Nia happy kat school (i guess). Dia nangis seminggu je masa i hantar kat pintu. Lepas tu dia dah chill dah, agaknya redha and pasrah je. Kesiann anak mommy. Ayat "mommy work, papa work, Nia school.." sering i ungkapkan kat Nia sebab biar dia faham erti realiti kehidupan sebenar. Lol. wahhh eceh!






1. Setiap hari i tak pernah miss bekalkan Nia bubur dia. I belikan bekas tahan panas biar suam-suam je bubur tu. Rasanya tecer memang suapkan dia sebab pernah nampak mulut Nia comot dengan lauk i bekalkan. Tanda memang bagi makanlah bubur i tu. Kat school tu memang disediakan makanan 2x sehari. Tapi i yang decide sendiri nak bekalkan Nia dengan bubur yang i masak. Sebab Nia still kecik sangat lagi, so i perlu tahu jenis makanan and kandungannya apa. Kalau i sendiri masak, i tahu apa yang Nia makan. Principal Nia pun selalu explain yang pihak school sangat menggalakkan makanan dari rumah sendiri. So, selagi i mampu bekalkan bubur sendiri untuk Nia, i bekalkan lah. Tunggu dia dah boleh makan makanan lain baru i stop bekalkan bubur kot. (Makanan lain, i mean nasi goreng,mee goreng, dan lain-lain)






2. Nia dah pandai jalan since 1 week before she turn to 1 year. Jenuh kat rumah ajar bertatih. Tak mahu langsung! Sekali satu hari tu time ambil Nia kat school, tecer cakap Nia da pandai jalan. I siap "Eh, yeke..macam tak caye je". Balik tu tecer post video baru i percaya. Memang betul Nia belajar berjalan kat school. Alolololo..





Yang ni belajar nak berjalan. 



3. Pandai tengok tv and mula pandai nak berjoget. Kemainnn sekarang layan Hi5, Didi and Friends, mickey mouse and ntah semua video lah dia suka. Pastu pandai nak joget-joget. Haihhh cepatnya dah besar budak ni.



4. Sejak bila ntah dah pandai and berani nak salam cium tangan, kiss pipi, and berhigh5!. Bila nak makan pun kita sebut bismillah, Nia pandai tadah tangan and amin sapu kat mulut kecik dia tu. (mulut je bukan 1 muka. Hahahadoii). Yes itu yang i nak. Belajar. Parents memang ada ajar kat rumah. Tapi bila kat school dia tengok kawan-kawan pun buat, so rasanya anak kita pun nak buat benda yang sama. 




Cantek angattt lukisan anak mommy. Dengan apron mencecah bumi. :p


5. Bab mudah demam, selesema, batuk tu memang tak dapat dinafikan. Memang terpaksa hadap lah benda ni. Kalau musim anak-anak kat school tak sihat, anak kita pun terjangkit sama. Kena positif je sebab siapa lagi yang sanggup nak jaga anak kita time kita kerja kan. Bukan sentiasa anak tak sihat. Hanya sekali sekala. I berdoa je selalu supaya Nia sihat, Allah yang menentukannya. Tapi suhu 37.5 ke atas memang school tak nak jaga. Memang jenuh lah kan terpaksa amek cuti sekali. Haihh


















Antara aktiviti a.k.a main-main kat school. Seronok kalau nampak tecer post gambar anak kite kat fesbuk. So that parents tahu apa yang anak kite buat seharian kat school. Alhamdulillah. 



So far okey la Nia kat school. Dia belajar banyak benda. At least sel-sel otak dia saling berhubung. Wahahaha! Tecer pun banyak bersabar dengan kerenah parents and anak-anak. Thank You tecer. Harap Nia jadi bijak, berani and happy kat school. Kalau Nia happy, mommy and papa pun happy. Tenang nak kerja. Taska Zaza Cerdik ni i sangat recommended kat parents yang tercari-cari taska/school kat Nilai Impian ni. Antara 1 sebabnya, school ni ada 2 jenis rumah. (baby-2 years di Laman Akasia) and (2 years-3 years di Delfina). So dalam 1 rumah tak terlalu pack sangat. 1 rumah ada 5 or 6 orang tecer. Nanti kalau umur dah 4-6 tahun boleh jugak masuk tadika under principal yang sama, Brilliant Kids di Laman Akasia.


Okey tu je nak story. See ya!

No comments:

Post a Comment

student tanye cikgu jawab =))