Friday, July 15, 2016

Aidilfitri 2016

Hi guys assalamualaikum..!

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin. Mohon Maaf atas kekhilafan dan keterlanjuran dalam menulis blog serta dalam ungkapan kata-kata. Salam 0-0. 


Sekejap je Ramadhan dah berlalu dan berkahir kan? Bila dah meningkat dewasa ni, rasanya bulan Ramadhan lah yang paling best sekali. Sayu je rasa. Kalau zaman kecik-kecik, bulan Syawal yang paling best! (zaman childish).  Alhamdulillah dah mengakhiri Ramadhan dengan jayanya. Kini Syawal pula hampir mengundurkan dirinya. Kalau Syawal pulak, rasa kejapnya raya kat kampung. Tak sama macam zaman sekolah dulu. Merasai syawal tu betul-betul. Ikut bontot mak beraya, marhaban 1 kampung. Bestnya..! Sekarang dah kawen. Dah ada anak pun wei. Dah kerja paling penting. Komitmen kena balik ke pangkuan kerja tu paling sadis. Hurmm bila dah balik rumah masing-masing, kompem-kompemlah macam dah tak raya. Jemputan open house takde sangat pun. Nampak gaya, kuih raya kat rumah tu makan sendiri je la. LOL.


Famili kecik saya. Dah malam baru nak snap gambar.


Tahun ni, first raya kat rumah belah suami. Walaupun rumah mak i dengan mertua dekat je pun (20 minit), tapi taknak jadi macam tahun-tahun sebelum ni. Penat jap kat sana jap kat sini. Tahun ni, i cakap, biar seharian kt rumah mertua. Raya ke-2 and raya seterusnya  kat rumah mak i. :p



Our potrait. Pink theme. 



Raya ke-3. Our boria theme. my mak, my siblings. 
Mak i yang belikan baju kat kiteorang. Haha.



okey uolss... selamat hari raya again! semoga kta ketemu lagi pada tahun akan datang. InsyaAllah. 



** Baru perasan, tahun ni baju asik pink je. 

No comments:

Post a Comment

student tanye cikgu jawab =))