Wednesday, March 29, 2017

Jaga Anak Chicken Pox



Hi assalamualaikum.


** Entry ni saja mommy type untuk kenangan dan penceritaan pengalaman jaga Nia pernah chicken pox.


3 Mac 2017 (Jumaat)

Balik amek Nia kat school. Dari pintu school nampak bintat merah kat leher Nia. Tapi tak tanya teacher pun. Dalam hati maybe kene gigit semut/nyamuk.


4 Mac 2017 (Sabtu)

Tengahari ni memang saje nak balik kampung Kluang (umah mak) sebab macam dah sebulan tak balik kampung. So memang niat balik nak jenguk mak abah even tidur hanya 1 malam.  Siang tu Nia macam biasa aktif je dalam kereta dan kat rumah nenek dia pun aktif je. Tapi since pagi, kadang-kadang rasa badan dia ada dedar-dedar. Tapi maybe sebab cuaca panas kot.


Tapi start lewat petang, apesal badan dia makin macam panas. Naseb baik kalau travel pun mommy memang bawak termometer. Lepas je maghrib sah demam sebab suhu 37.6


Bila makin malam, suhu semakin tinggi 38.9. Haishhh kenape pulak ni ek. Selalu kalau Nia demam pun takde lah suhu tinggi sangat. Then teringat bintat kat leher dia. Aku check jap. Okey fine serius! Hati terdetik "chicken pox" ke?? Sebab bintat tu menggelembung. Terus panic la mommy. Panic sebab risau & takde pengalaman jaga anak chicken pox dan alamak mommy kene amek cuti panjang la camni. (Kerja banyak pulak tu kat sekolah. Adusss dugaan.)


Malam tu tidur mommy terus jadi tak lena. Kejap-kejap check suhu Nia. Tapi memang still 38 je. Mommy pun bangun setiap 2 jam sebab nak tuam dahi and badan Nia. Mujur Nia tak meragam just tengah malam tu ada gigil-gigil siket.


5 Mac 2017 (Ahad)

Bangun awal kejut Nia terus mandikan dia. Bagi breakfast, Nia pun tak nak makan sangat. Siket je Nia makan. Kul 8.30 terus ke KPJ Kluang sebab nak minta doctor declare chicken pox or not. Fuhhh kiteorang patient first untuk doctor paed. Memang nak awal pun sebab tak nak sesak ramai orang dan tak nak Nia merengek tunggu lama-lama.


Masuk bilik doctor, doc tengok je dia dah confirm yang tu chicken pox. Pagi tu chicken pox dah start merebak kat bahagian bawah mata dan kat private part Nia. Kesian dia.


Doctor bagi ubat antiviral dan ubat batuk/selesama and cream sapu. Antiviral tu kene habiskan selama 5 hari. Antiviral tu  untuk mengelakkan blister keluar dengan banyak and lambat baik. Ubat batuk/selesema tu doctor bagi sebab Nia memang tengah batuk & selesema. Ubat demam pun doctor bagi, just bagi in case demam tinggi sangat. Bayaran kena around RM200 plus. Bertabahlah papa. Mujur boleh claim kat company. Hihi. 


Tengah hari tu dengan rasa rendah diri try call pengetua nak apply Cuti Khas kuarantin anak sakit. Call-call tak angkat. Aduiiiii semakin tak tenang hati ni. Hasben pulak baru bagitahu esok 3 hari dia nak outstation Bintulu. Hurmmm semakin risau mommy. At last mommy whatsApp je pengetua terangkan cerita sebenar. Tak sampai 5 minit dia pun balas okey boleh cuti 5 hari. Masa tu hanya Allah je yang tahu betapa leganya hati ni. Lega lah sebab boleh cuti jaga anak dengan tenang.


Malam.

Hasben dah balik KL. Mommy and Nia stay kat kampung sementara kebetulan hasben nak outstation. At least mommy tak panic duduk rumah sorang-sorang jaga Nia. Ada nenek and atok at least tak meroyan and boring kiteorang. Hihi. Lucky sangat balik kampung semalam. Percaturan Allah. Alhamdulillah.


Malam ni Nia start merengek time tidur sebab gatal miang kot badan dia. Tapi bila bagi susu naseb baik terus tertidur semula. Tapi masih terjaga-jaga tidur sebab miang gatal. Mommy pun memang tak tidur lena.


6 Mac 2017 (Isnin)

Macam biasa mandikan, sapu cream, bagi makan, bagi makan ubat. Naseb baik ada semula selera makan and Nia ni sejenis yang suka makan ubat. So senang mommy. Mommy bagi jugak air kelapa muda. Kata orang supaya cepat blister tu keluar kat badan. Mujur Nia nak minum air kelapa tu. Owhh air kelapa yang tak habis minum tu, boleh jugak curah kat badan anak selepas mandi. Petua orang tua. 


Macam biasa, makanan Nia tak boleh yang gatal-gatal. Nenek masakkan sayur bening and ikan goreng yang jenis tak gatal. Dan orang cakap jangan bagi kicap dan jangan kene hujan. Nanti berbekas. Banyakkan bagi anak minum air masak jugak.


 lepas mandi sapukan calamine losyen


Blister makin banyak keluar kat bahagian leher, muka dan badan bahagian atas.


Selasa-rabu

Blister makin bayak yang menggelembung dan mula sampai kat bahagian belakang badan dan kaki. Seperti yang dijangkakan, kalau makan antiviral, blister tak keluar terlalu banyak dan teruk. Just siket-siket je. Tapi makin hari makin berkerumping.


budak ni sejenis tak suka 'berlenggeng' @ tak pakai baju. so, mommy pakaikan jela baju kat dia. Ni tidur tengahari. 

Khamis

Papa balik Kluang. Petang tu kiteorang terus balik rumah sebab esok papa kerja. Masa ni semua blister dah berkerumping.


Jumaat-Sabtu

Yeayyy blister dah kering. Tapi mommy and Nia still mereput dalam rumah. Sebab tak nak lah nitizen menjeling kat mommy sebab sebarkan virus kat orang lain. Owhh tidakkk. Mommy rela mereput dalam rumah even dah jemu gila duduk dalam rumah. Hahahahaa. (** mommy and papa dah kena chicken pox lepas kahwin aritu. So, kebarangkalian jangkit Nia adalah sangat rendah. Fuhh)




Tapi mommy still risau sebab chicken pox Nia belum semua tertanggal. Risau lah sebab Isnin mommy nak kerja. Kalau school belum boleh terima Nia acaner??


Ahad

Pagi tu mommy check badan Nia. Macam banyak yang dah tertanggal. Tinggal 5 6 bijik je belum tanggal. Aduiiii risau. Siang tu whatsApp principle school Nia tanya boleh tak hantar Nia esok kat school. Mommy pun ada send gambar Nia. Alhamdulillah teacher cakap blister dah kering dah boleh dah hantar school. Gambar Nia pun dah cukup meyakinkan dah. Baru la mommy lega.


yang kat muka semua dah tanggal. ada sebijik dua je kat badan yang belum tanggal. tapi dah kering dah. 


Isnin

Hantar Nia kat school macam biasa. Alhamdulillah. Esoknya semua bekas chicken pox dah tanggal dah. Yeayyyy. Tamat dah proses chicken pox Nia. 


Kesimpulan:
1. Sebelum nak kena chicken pox anak akan dapat simptom batuk/selesema/badan dedar-dedar. 
2. Ada bintat macam jerawat kat mana-mana bahagian badan
3. Tiba-tiba demam suhu melebihi 38
4. Bintat jadi menggelembung macam bentuk mata.
5. Sah chicken pox! Terus jumpe doctor.


Tips penjagaan :
1. Kalau anak dah lebih 2 tahun ke atas sesuai bagi ubat Antiviral supaya chicken pox tak dasyat sangat.
2. Bagi minum air kelapa muda dan jaga pemakanan. Air masak jangan lupa. 
3. Sapu losyen calamine.
4. Rehat sahaja kat dalam rumah.
5. InsyaAllah dalam 7 hari anak akan sembuh. 


Terima kasih Allah sebab memberi percaturan yang sangat cantik dan teratur. Dipermudahkan urusan penjagaan anak dan tenang dengan adanya cuti khas dan dapat kebenaran boss. Rasa bersyukur kerana Malaysia masih aman dan tahun 2017 mula diperkenalkan Cuti Khas untuk jaga anak sakit tanpa rekod untuk penjawat Kerajaan. Kadang-kadang fikir positif, time jaga anak ni seminggu rehat duduk rumah, rehat daripada bebanan kerja. 


Selain itu, terima kasih atas pertolongan dan peneman daripada nenek dan atuk at least mommy tak panic sangat. Last but not least tenkiu kepada yang mendoakan kesihatan Nia. Sekian..