Tuesday, August 29, 2017

Nia and Playschool

Assalamualaikum


School t-shirt


Entry kali ni nak share lagi pengalaman Nia di playschool. Alhamdulillah ketentuan Allah now i duduk kat Nilai Impian. Walaupun jauh siket dari tempat kerja, tapi i percaya rezeki semua telah ditentukan oleh-Nya. Btw lama-lama i suka duduk kat Nilai Impian ni. Aman tenteram je. Yang penting tak jem dan tak stress. (Berbanding duduk kat Cheras dulu, MasyaAllah jem dia..).


Eh i nak story tentang playschool Nia la. Now da 2 tahun dia kat Zaza Cerdik. Untuk mommies area Nilai Impian yang tengah mencari taska/playschool tu, Zaza Cerdik is the best..! Perasaan risau tu takde langsung. InsyaAllah.. i percaya kat principal dia, percaya kat teachers dia.. harap-harap kepercayaan ini terbalas kepada semua mommies yang hantar anak dia di situ. Paling puas hati bila start from last 2 year, anak-anak ditempatkan di Zaza Cerdik berbeza mengikut peringkat umur. Kalau nak tahu lebih lanjut korang kene tanya sendiri kat principal Zaza Cerdik.



Belajar tampal-tampal.


Belajar kenal warna



Belajar kenal abdomen

Sepanjang tahun macam-macam aktiviti yang Zaza Cerdik ada. Yang i nampak modul pembelajaran berbeza setiap bulan yang sesuai dengan peringkat umur. Contoh Januari - belajar numbers, februari - alphabet.. Kadang-kadang ada juga aktiviti luar kelas contohnya cara menggosok gigi, penjagaan mushroom dan lain-lain. Kalau umur 4-6 tahun  dapat pergi lawatan luar. Tak sabar nak tengok anak i keluar dengan kawan-kawan and teachers with out papa and me. Haha.Nia sebelum ni takut dengan stranger. Tapi sekarang okey la.. dah berani and behave. Cuma dengan orang luar dia malu-malu (like papa and mommy) tapi kalau kat rumah, menari dan menyanyi kemain..
 


Pendedahan tentang mushroom



Dengan kawan-kawan


Biasanya setahun sekali or dua kali akan ada open day. Time ni parents akan berjumpa teachers tanya perkembangan anak-anak. Siap ada file kemajuan.. mommy sangat kagum. Kawan-kawan i pun kagum. No, open day ni bukan tujuan nak blame anak. Tapi hanya nak inform parents yang anak dah pandai suap makan sendiri, buka baju sendiri, komunikasi dengan kawan, dll yang parents sendiri tak sedar anak dia dah pandai apa. 



Yang ni time kat Zaza Cerdik Playgym



Open day




Pertengahan tahun pula Zaza Cerdik buat Sport Day. Seronok tengok anak-anak bersukan. Sukan simple-simple je. Nia? Nia ni sejenis budak yang tak suka tempat crowded. So Nia agak stress dah berpeluh-peluh kalau sport day. Hihihi. Tapi dia akan join la acara yang teacher dah daftarkan. Even bersukan sambil menangis.. hahahaha.. Tapi suasana sport day memang meriah..! Tahniah teachers..



Muka penat. Tapi anti sukan barangkali

Kadang ada majlis sambutan macam-macam kat school. Contoh majlis sambutan Hari Guru..Hari Raya dan lain-lain. Comel je tengok dieorang.



Raya tahun 2016



Raya tahun 2017. Beraya dengan kawan-kawan.

  Kalau nak sambut birthday kat school pun boleh. Tapi everything parents akan sediakan contohnya cake and simle food. Teachers akan setting meja, kerusi, pinggan cawan. Seronok jugak la sambut kat school. Pengalaman..!



Sambut birthday dengan kawan-kawan



Nanti akhir tahun biasanya zaza cerdik akan buat konsert / hari terima sijil kat anak-anak. Rasanya pilihan i pilih Zaza Cerdik ni adalah pilihan yang tepat. Kalau hati parent senang hati dan lega, insyaAllah anak selamat kat school. Setakat ni takde masalah kat school, kalau Nia tiba-tiba demam time kat school teacher akan inform i, dan i minta teachers tolong monitor dulu sebab tempat kerja i jauh. I akan ambil Nia awal dari biasa untuk jaga Nia.I pun sedia maklum kalau suhu lebih 37.5, tak boleh hantar anak ke school. So that parent kene selalu check suhu anak kat rumah dari semasa ke semasa.



Kalau time i cuti sekolah, biasanya i akan hantar juga kat school selagi Nia sihat. Bukan sebab i dah bayar untuk sebulan semata, tapi i nak Nia bergaul dengan kawan-kawan. Anak i ni sejenis yang "cepat lupa daratan". Hahaha.  Kalau dia dah best duduk rumah, nanti dia akan nangis bila i nak hantar dia ke school time i betul-betul nak pergi kerja. So i rasa, lebih baik i hantar je, at least dia belajar dan tak mengada sangat kat rumah.

 
Teachers yang sangat friendly sudi datang beraya kat rumah.




Alhamdulillah i perasan umur 2 tahun setengah ni Nia dah banyak bercakap. Kepoh jugak kadang-kadang. Before ni tak jelas sangat ayat dia. Now dah jelas dah. Contoh, "mommy..Nia nak ni" "mommy, tengok ni.." (sambil menunjukkan sesuatu di TV misalnya) "mommy jom sleep" "papa jom take a bath" "wah..cantiknya." "what is this/ that?"
Kalau ABC, 123 till 20, Alip Bata Ta, kenal warna tu, MasyaAllah cepatnya pandai. Thank you teachers banyak membantu dan mengajar Nia dan anak-anak kat school. Kadang mommy baru ajar siket kat rumah, Nia akan cepat dapat. Maksudnya Nia memang sudah ada pendedahan kat school.  



Dah banyak pula i membebel. Hahaha. Harap semuanya okey-okey dan selamat. Pasti di tempat korang pun ada tempat yang selamat dan best untuk anak-anak sementara korang pergi kerja kan. Siapa tak nak anak happy dan selamat kan.. Okey sambung entry lain pula ye. 


Thank You,
Mai

No comments:

Post a Comment

student tanye cikgu jawab =))